BRAND'S : BIRD'S NEST with BROWN SUGAR

As Salam

Bulan lepas aku ade menang magazine contest...Alhamdulillah dapat product BRAND'S. Aku mintak pihak magazine post aje prize tu sebab aku xde mase nak pegi collect...Weekday & Opis hour..Memamg tak sompek ler....
6 bottles.. 
The ingredients...
Yang penting HALAL...Sebab majority BIRD NEST ni chinese yang amalkan....huhu 
Botolnya sama besar dengan botol BRAND'S perisa lain..Cuma JERNIH....huhu 
Macam ni la isi kandungannya....Yang macam hampas tu rasenye bird's nest tu...
Masa mula-mula tengok isi kandungan botol ni, tetibe je mind aku set MINUMAN NI MESTI PAHIT...Tapi bile dah bukak, tetibe laju je hidung aku gi hidu pulak dulu....Aku ni memang bukan orang yang jenis hidu dulu makanan baru makan kalo yakin kondisi makanan tu masih baik...Bile dah hidu, Alhamdulillah..takde bau yang kurang menyenangkan...

Sambil pejam mata aku pun minum....Terus bukak mata balik...SEDAP rupanya...Manis je...Hampas2 tu rase macam bunga kulat yang biase diletak dalam air lai chee kang..Huhu..Over sangat imagination aku ni kan?huhu...

Minuman ini sesuai utk kesihatan, kecantikan, pregnant women, kids & orang2 tua...Banyak lagi kebaikan minuman yang berasaskan sarang burung ni..

Meh kite kaji sikit KHASIAT SARANG BURUNG ni ye...

1.'Gen Kecantikan'
Sarang burung terdiri daripada hormon peptida yang sangat penting yang dikenali sebagai faktor pertumbuhan yang berhubung dengan kulit ("EGF"). EGF memainkan fungsi yang sangat penting terutamanya untuk gen mencantikkan. Ia merangsang pembahagian sel dan perkembangan, serta menggalakkan pembezaan sel, menyuburkan kulit dan luka daripada pembedahan dengan cepat, ia juga dapat menggalakkan penyembuhan luka. Ia membantu dalam meningkatkan kelembutan kulit dan mengurangkan kadar penuaan.
 
2.Untuk rawatan penyakit pernafasan
Sarang burung berfungsi ajaib untuk penyakit yang berkaitan sistem pernafasan. Beberapa buku perubatan purba menekankan terhadap kebergunaan sarang burung ke arah sistem rawatan penyakit paru-paru. Ini kerana, ia bertindak sebagai "agen pembersihan paru-paru" untuk perokok tegar.
 
3.Mengkuatkan Jantung, Kesan Antihipertensi
Ekstrak daripada sarang burung mempunyai keupayaan mengukuhkan jantung. Pengambilan kerap ekstrak sarang burung juga menunjukkan keputusan penting dalam menurunkan tekanan darah.
 
4.Anti-pengoksidaan, Anti-Penuaan
Kajian perubatan menunjukkan sarang burung adalah makanan yang mengandungi antioksidan di mana membantu dalam detoksifikasi. Penggunaan jangka panjang sarang burung juga dapat membantu melambatkan proses penuaan.
 
5.Produk kesihatan terbaik untuk wanita hamil 
Menurut kajian Prof. Wang Bing, pakar akademik dari Jabatan Molekul dan Sains Hayat, Mikrobiologi, Manusia Pemakanan University of Sydney, Australia. Sarang burung mengandungi asid sialik (SA) yang merupakan sejenis karbohidrat berguna untuk peningkatan sel-sel otak dan membran sinaptik. Oleh yang demikian sarang burung penting untuk pertumbuhan bayi yang sihat. Kesimpulannya, ibu-ibu mengandung mestilah memastikan bahawa mereka mengambil makanan yang mempunyai kandungan SA yang tinggi. 
Mengikut kajian Jepun, sarang burung walit mempunyai kandungan asid sialik yang tinggi. 
Kekerapan pengambilan sarang burung walit semasa hamil boleh menguatkan badan ibu dan janin kerana sarang burung walit kaya dengan protein dan ia boleh menggalakkan pertumbuhan tisu,dan meningkatkan imuniti.
 
6.Anti-Penuaan, Memperbaiki Saluran Pencernaan
Ia membantu menguatkan tenaga,meningkatkan gaya hidup aktif dan meningkatkan keupayaan memori terutamanya bagi golongan orang tua.
 
7.Menggalakkan peredaran darah yang lebih baik
Mencantikan kulit dan menjadikan kulit licin dan cerah. Serta boleh mengurangkan kedutan dan jerawat, menstabilkan kitaran haid, membantu melegakan sakit haid.
 
8.Mengelakkan arteri tersumbat, tekanan darah tinggi (hypertensi) dan penyakit- penyakit yang berkaitan dengan jantung.
 
9.Lain-lain faedah 
Membantu melegakan kesakitan sendi dan Mesopotamia, menguatkan bahagian belakang dan menyihatkan buah pinggang. Melegakan keletihan dari tekanan. 
Menguatkan daya tahan tubuh untuk mencegah demam, selesema, mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Berkesan dalam rawatan sirosis hati Hepatitis B.


Hari tu tengok dekat Watson / Guardian..4 botol dalam RM60++...6 Botol dalam RM90... Kalau mampu boleh la beli dan jadikan amalan...Dulu sebelum kahwin, aku amalkan minum BRAND's Inner Shine Prunes..Aku minum 2 hari sekali..Alhamdulillah...Sistem pencernaan lancar, kulit rase licin, OTAK PUN CERGAS...Part otak tu mmg aku tak nafikan..Memang jadi cekap...Aku sendiri dapat rasekan..Jadi, kite2 yg dh berusia ni..Kalo agak2 nk refresh blk sel2 otak utk berhubung, boleh la try minum Brand's Inner Shine pulak...huhu

Kalo korang pernah pergi KELANTAN..Dekat pasar Siti Khadijah, sometime bising bunyi burung...Actually dekat area situ, memang ade disediakan rumah untuk burung WALIT / Burung Layang-Layang utk buat sarang..Kadang2 dengar bunyi bising dari corong speaker yang digunakan utk menjadi daya penarik kepada burung walit utk pergi ke rumah tu dan buat sarang...

Nak tahu lebih lanjut? Click KHASIAT SARANG BURUNG




End

2 comments

bagus untuk ibu jugak mengandung yea..terbaik bird nest ni

Reply

rajin sungguh masuk contest..rezeki menang pula tu.tahniah..
JanjiKita

Reply
CodeNirvana
Newer Posts Older Posts
© Copyright My Story Board Published.. Blogger Templates
Back To Top