As Salam
Jumaat (kelmarin) lepas hantar kids ke sekolah, Hata ajak breakfast dekat Nasi Lemak Saleha. Jam 7.05 pagi dah sampai sana. Hata order menu nasi lemak bungkus & aku berjalan ke kaunter letak kuih. Plan nak beli sepaket 2 untuk dibawa ke ofis sebagai bekalan.
Makan nasi lemak bungkus sorang satu je. Tak banyak dan tak sikit.Just nice.
Tekak rasa nak minum air sejuk. Jadi aku order kopi o ais.
Aku suka la kuih ni.💜
Lepas makan Hata hantar aku ke stesen LRT Sri Rampai. Balik kerja aku turun dekat stesen yang sama jugak sebab lepas tu kami kena pergi ke Nagoya dalam Aeon Big tu untuk mencari kain. Ada misi alteration yang perlu dilakukan. Selesai urusan di Nagoya kami ke AEON AU2 untuk dinner. Ammar nak makan nasi lemak dari grocery AEON tu.
Lepas makan kami pun balik la kome sebab esoknya (semalam) planning nak pegi Lalaport untuk cosplay event. Aku cosplay sebagai apa semalam? Nanti aku share sini ye kome. 😁. Dah 5 bulan tak cosplay ni kome. Nervous cheq 😆
Hari ni nak kena beli grocery & lauk sikit.
Korang kemana hari ni?




0 comments:
Post a Comment