As Salam
Hari Jumaat semasa Hata & Ammar ke masjid, aku uruskan bab kasut yang bertimbun dekat balkoni...Banyak jugak yang aku buang sebab ada yang terkoyak tapak, ada yang dah sompek-sompek kasutnya sebab dah lama tak pakai...Kasut cosplay banyak yang aku simpan...Selesai sorting kasut-kasut, aku kerjakan pulak snake plant aku ubah pasu...Transfer ke pasu yang lebih besar sikit...
Sebelum tu, dalam jam 10 pagi, aku & Hata ke management office rumah ni nak collect sticker motor, access card lobby & access card motor...Lepas tu kami order grab ke rumah lama sebab nak bawak motor ke rumah baru...Sepatutnya boleh je sekali jalan...Aku bawak sebuah, Hata bawak sebuah...Tapi aku TAKUT...Jadi kena la buat 2 kali trip...Trip kali kedua bawak motor aku...Tapi Hata cakap battery motor ni macam dah kong sebab lampu dekat meter semua tak bernyala dan kena start enjin manual...Tak boleh pakai starter dah...
Makanya kami ke kedai motor dekat area AEON Alpha Angle tu untuk tukar battery motor yang tak pernah tukar sejak motor ni dibeli iaitu tahun 2022...Terkejut uncle ni milage motor aku sikit sangat..Memang sikit la sebab aki bawak motor ni kemana je 😁
Terbang RM70...
Harga asal RM75...Aku mintak diskaun RM5 😁
My snake plant yang asalnya dalam pasu kecik je...
Disebabkan nak bawak masuk dalam rumah, jadi aku beli tong sampah yang sederhana besar dari kebiasaan & tanah organic dekat kedai ECO...Baja tu aku beli masa beli pokok ni...
Tambah tanah organic pada dasar pasu lepas tu letak pokok...Lepas tu tambah lagi tanah organic sampai habis 1 paket tu...Lepas tu aku letak baja dalam sesudu..Siram air..
Selesai letak dalam rumah tepi sliding door je...
Semoga dengan adanya pokok ni, kami dapat hirup udara segar dari pokok ni 😁
Aku beli table top mat ni...I loike..
Alhamdulillah courier dah berjaya hantar barang bertul-betul depan rumah...
Kiranya betul la alamat yang aku letak tu 😁
Dalam jam 3 petang kami ke rumah lama sekali lagi...Kali ni aku & Hata dissemble almari baju & meja solek letak siap-siap dekat hall supaya senang esoknya orang lorry nak kutip...Dalam jam 5 petang aku ajak Hata makan dekat Sarah Tomyam area tasik Sri Rampai tu...Lapar sangat rasanya...Kami order siakap steam limau, kailan ikan masin, ayam goreng kunyit..Nasi putih 3...Lepas tu add ok satay ayam,daging & perut titab...
Aku mintak kuah lebih...
Sekali datang..Dah macam berenang-renang ikan dalam bekas ni 😁
Ingatkan lepas maghrib nak turun kolam dekat rumah ni..Sekali hujan la pulak...Maka tak jadi la plan kita...






.jpg)
12 comments:
Oh pokok ni snake plant ya...ada panggil lidah mertua, ada panggil lidah jin...
Boleh bayangkan penatnya nak pindah, macam2 benda kena angkut dari rumah lama ke rumah baru. Kiteorang pindah tahun 2022, berapa kali entah ulang-alik angkut barang yang kecik2.
Dulu, masa pokok ni viral time cobid tu.. Linda tak heran pun, sebab memang belambak² dekat pejabat lama.. memang ditanam dalam pasu untuk landskap pejabat..terus macam "lah, pokok ni ke, hari² nengok dah".. hahaha
Cuba lain kali mintak ikan lebih pulak... tengok macam mana dia sampai...
Nampak cantik bila tukar pasu tu. Apa2 warna putih nampak la estetik.
pokok ni tahan lasak dan susah nak mati wpun tak jaga...dulu2 pernah ada dlm pasu yg ditinggalkan (dunno saper yg tinggal..lupa), tapi hidup jer wpun tak pernah siram atau buat apa2 kat pokok tu...last2 dh buang (lupa bila dibuang)...sbb mcm menyemak hahahah
Cantik pokok ular dalam pasu hiasan tu
Ezna : Betul...Byk nama pokok ni =D
Carneyz : Kan..Dah la dari rumah landed ke rumah yg brtingkat..mmg byk nk kena fikir...
Linda : Iye..Dkt ofis2 gov mmg byk pokok ni sbb pokok ni bagus ditanam…
Uncle : Ikan tu dia cincang terus =D
Cie : Betul tu Cie..Skrg sy suka pilih warna putih..
MZ : Betul tu sis...Pokok ni sy dh beli lama..Ade sekali smp smggu x dtg rumah masa renovation..Alhamdulillah masih elok hidupnya…
Wp : Kan..Sy sblm dpt kunci mmg dah survey pokok apa nak letak dlm rumah =D
Kak SA ada satu snake pplant tapi bukan warna kuning hijau ni tapi kaler hijau gelap..dah membesar dah...kalau dah besar sangat kita boleh potong je bagi pendek..
Kat rumah ada dua pasu pokok tu ..memang senang nak jaga ..mudah tanam dan mudah hidup
Pokok ni memang sesuai letak dalam rumah. Air purifier semulajadi. Subur tengok pokok Nieza.
SA : Wahhh..Byk jenis rupanya snake plant ni ye..Sy baru tahu…
CCL : Betul..Senang je nk jaga..=D
Tot : Itu la tu..Sy baru tahu bleh tanam dkt rumah =D
Post a Comment