As Salam
Hari Jumaat hata dapat WFA tapi Hata demam. Lepas hantar aku ke LRT, hata ke klinik. Doctor bagi MC tapi Hata tak nak tukar WFA ke MC sebab dia ada kerja nak kena settled. Minggu ni Hata kena ke ofis dekat Selayang jadi ada kerja nak kena siapkan uttuk dibawa ke Selayang.
Hari tu aku adaa beli tudung bawal 1 pcs warna hitam & putih (macam dalam gambar) sebab aku perlukan tudung warna itu untuk mix match kan dengan baju aku. Dah seminggu aku tunggu tudung tu sebab pre-order. Sekali sampai...Ehhhhh warna lain kome. Aku dapat warna Nude-Brown. Bila tanya seller dia cakap aku nampak warna hitam putih sebab lighting kuat sangat. Lor...Dia ingat aku boleh terima ke jawapan macam tu. Dah la hanya cakap kod product tapi takde description warna tudung. Lepas tu dia macam salahkan aku sebab aku tak tanya host masa live. Masalahnya waktu aku pre-order tu, aku tak tengok live mereka. Aku terus pegi search, nampak macam warna hitam putih, add to cart & tunggu sampai seminggu untuk dapatkan tudung tu. Aku tak cakap banyak. Aku terus ke click return & refund. Alhamdulillah, esoknya J&T datang amik dekat ofis & tak lama lepas tu refund pun masuk dalam akaun tiktok aku.
Jadi, untuk mengubat luka dihati, aku cakap dengan Hata, lepas kerja aku nak singgah MUAZ Textile dekat Masjid Jamek dan mintak Hata amik aku dekat depan SOGO lepas maghrib. Alhamdulillah aku jumpa tudung yang aku nak walaupun tak 100% hitam putih. Tapi aku rasa boleh kot masuk dengan baju aku tu nanti. Dalam gambar nampak macam hitam & putih. Sekali dapat warna ni.
Suasana jam 8:00 malam dekat depan SOGO.
Hata amik aku depan sikit dari tempat aku snap gambar ni.
Waktu ni orang lalu lalang dah kurang. Jadi aku tak berani nak pegi jauh dari sini. Dekat sini masih ada orang lalu lalang lagi. Aku sampai sini waktu Hata dah ada dekat traffic light depan Pertama Complex tu ye. Aku tak lama dekat sini.
Hata amik telur masin je sebab lauk nasi goreng USA aku banyak.
Jadi kami share lauk.
Somtam Mangga campur betik. Aku mntak buat manis sikit. Sekali datang masam giler. Mintak tambah gula. Takde beza. Masih masam. Sudahnya makan aje la dengan muka berkerut-kerut. Somtam sini tak boleh challenge somtam dekat kedai Gombak tu. 😁
Lepas makan kami terus balik rumah. Hata mandi & makan ubat. Aku buatkan Hata air teh o panas letak kulit kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih. Letak gula sikit. Lepas tu minum suam-suam.
Seronok dapat jalan sorang-sorang selama 2 jam. Aku ralit memilih tudung dan jalan-jalan sikit je dekat dalam SOGO. Alhamdulillah, takde apa yang aku berkenan kecuali sehelai baju kebaya yang boleh dipakai dengan seluar jeans. Aku grab baju tu sehelai. 😁
Berapa lama korang pernah dapat me time?