As Salam
Banyak cerita throwback aje ni kome. 😁
Hari Khamis minggu lepas masa dah dekat stesen Jelatek kot. Hujan turun dengan agak lebat. Waktu ni janji dengan Hata , aku tunggu dekat LRT Taman Melati. 10 minit lepas aku sampai, Hata pun sampai. Hujan dah renyai-renyai tapi masih kena pakai baju hujan sebab nak cover backpack aku.
Sampai rumah memang agak basah la dekat bahagian kaki dan back side aku sebab seat motor basah. Aku cakap dengan Hata kita keluar lepas maghrib aje la sebab maghrib pun masuk waktu awal jugak sekarang ni. Sampai rumah che mek tunjuk dia dapat 1 kotak kecik brownies dari cikgu sebab ada extra. Che mek pun ada tolong cikgu kemas meja makan untuk event apa aku pun tak sure. Jadi kami makan la brownies ni sikit sorang untuk lapik perut sementara menunggu masuk waktu.
Jadi lepas maghrib kami ke AEON AU2. Ammar nak makan nasi lemak dan aku nak cari energy bar sebagai bekal company trip nanti. Dah alang-alang nak keluar ni baik beli sekali. Lagipun energy bar tu lama lagi tempoh expirednya.
Sampai AEON AU2 tengok nasi lemak Ammar takde. Nasi korea che mek pun takde. Udah memasing tak nak makan dekat AEON AU2. Cari bahan untuk masak nasi goreng cina then beli energy bar & balik. Ingat nak makan dekat kedai tomyam tepi fiske, sekali tutup pulak. Lajak gi rumah lama. Ingat nak makan dekat nasi ulam..Tutup jugak mengkome. Perut aku dah nak start menjerit dah ni. Sudahnya lajakkan ke area Taman Melati. Aku ajak Hata pegi kedai tepi-tepi jalan area kami selalu briskwalk.
Alhamdulillah banyak jugak kedai yang bukak area situ. Cari parking, cari meja kosong, order menu sebab dari dalam kereta aku dah tanya setiap sorang nak makan apa sebab nanti dah sampai dekat meja tak payah tengok menu.Order je terus. Kami tak tunggu lama pun untuk menu sampai. Aku, che mek & Ammar makan nasi. Hata je makan mihun tomyam.
Paprik ayam & ayam goreng kunyit. Ammar & che mek cakap lauk masing-masing sedap. Boleh dimakan.
Paprik sotong aku pun not bad. Boleh repeat. Tapi lepas ni bungkus aje kot sebab tempat ni dekat tepi jalan je. Kereta pun parking dekat dengan meja makan. 😁
Lepas makan terus balik la kome. Waktu ni dah jam 9 lebih. Sampai rumah masukkan bahan-bahan beli dalam peti sejuk. Masak nasi, pilih baju nak gi kerja esoknya. Lepas tu tido le kome.
Malam ni planning makan apa?







































