Sebulan dah rasanya aku rasa macam ni. Aku tak sure kejadian ni terjadi disebabkan berat badan aku yang menurun sedikit / banyak atau memang masa beli aku terambil yang panjang sikit dari ukuran standard pergelangan tangan aku. Cerita dia aku baru betul-betul perasan yang gelang aku ni dah makin melorot kebawah sangat. Ruang lebihan tu boleh masuk sejari sampai ruas kedua.
Aku rasa gelang ni terlalu loose dekat tangan aku sebab jatuh jauh dari pergelangan tangan.
Bila aku ukur panjang yang aku selesa pakai tak loose sangat, aku boleh keluarkan 3 pcs sauh tu dari gelang ni. Dah la ring kecik-kecik macam extension tu pun aku sangkut semuanya pada hook S tu. Bila ukur semula, ukuran lilit pergelangan tangan aku yang selesa hanya dalam 15.5cm - 16cm je. Tapi gelang ni rasanya macam 17.5cm ke 18cm? Aku pun tak ingat nak tengok panjang gelang ni. Panjang jugak tu lebihnya.
Aku cerita dengan Hata. Hata cakap nak gi kedai ke? Amik yang pendek sikit tapi berat yang sama. Aku jawab tunggu la tabung viral aku penuh dulu. In Shaa Allah dah penuh nanti kita fikir idea Hata tu. Sebab kalau nak trade in pun kena ada duit jugak sebab beza antara harga trade in dengan harga emas semasa baru / prelove tu TETAP ada sebab gelang ni baru je aku beli.
Kalau korang, korang teruskan pakai atau pendekkan?


0 Comments:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.