May 15, 2026

UNEXPRECTED ORDER

As Salam

Sejak beberapa minggu / bulan yang lepas aku kan dah rajin buatkan chicken wrap untuk kids & Hata. Saje buatkan sebab seronok kids tak berlapar atau berebut dekat kantin masa waktu rehat. Biasanya che mek akan makan dekat rumah sebelum ke sekolah. Ammar & Hata memang bawak ke tempat masing-masing.

Ada la beberapa kali Ammar share chicken wrap tu dengan kawan-kawan sekelas dia. Udah kawan-kawan dia teringin jugak kome. Sebelum aku operate rasanya ada 2 kali kawan sekelas Ammar order. Aku cakap RM5/pcs. Sebab dalam tu ada sebiji telur, cheese slice & 2 chicken fillet. Aku letak jugak mayonis. Hari Rabu seorang kawan Ammar order untuk hari Khamis. Semalam balik dari sekolah, Ammar bagitahu ada 3 orang lagi kawan dia nak order chicken wrap ni. Sorang tu nak 2 pcs. 2 lagi nak 1 pcs seorang. Ada salah seorang dari mereka nak chicken slice. Mean 3 chicken wrap, 1 chicken slice.

Petang semalam aku tengok dalam freezer ayam yang aku dah perap tak cukup untuk 4 pcs order. Jadi jam 7 petang aku ajak Ammar makan malam. 7.30 malam solat maghrib then terus kami 3 beranak jalan kaki ke Giant Mini. Mujur la ada chicken fillet & beli jugak telur 10 biji sebab dekat rumah hanya tinggal 3 biji je. Nak guna 6 biji.

Pagi tadi jam 5.30 pagi aku dah bangun untuk masak 6 pcs chicken wrap tu. Gigih betul aku ye kome. Demi order dari kawan-kawan Ammar 😁.
4 Chicken Wraps order dari kawan-kawan Ammar.

Alhamdulillah rezeki. Tapi takde la untung besar pun ke macam takde untung? 😆. Aku buat ni bukan ada niat nak berniaga sangat pun sebab takde plan lagi nak berniaga. Aku niat bila kawan-kawan Ammar beli ni, mereka tak berlapar dan rasa seronok dapat makan apa yang Ammar makan & kira niat nak bagi makan jugak la pada kawan-kawan Ammar. 😁. Dapat modal balik pun ok la buat masa ni 😁. 

Tak pasal-pasal je dapat order. Ammar pun berani pulak tu amik order. Hata tetibe je mengusik cakap nak open order jugak. Ehhhhh..Aku cakap kalau dia open order idaklah RM5 chargenya kome. Aku double up lebih la sebab set Hata aku masukkan salad, capsicum, tomato & sos cili selain dari mayonis. 😆

Apa pun semoga kawan-kawan Ammar kenyang & rasa berbaloi bayar RM5 untuk chicken wrap ni. Amin.

BILA MODE RAJIN MENYERU

As Salam

Hari Rabu hari tu, lepas anak-anak ke sekolah, aku tengok jam baru jam 6.40 pagi. Jenguk dalam rice cooker nampak ada baki nasi yang masih elok. Lepas tu datang idea aku nak bawak bekal ke ofis. Laju je potong bawang, potong cili padi 1 biji. Lepas tu potong sayur-sayuran serba sikit. Lepas tu angkat kuali & panaskan dengan minyak.

Pecahkan sebiji telur, masukkan hirisan bawang, hirisan cili padi, letak serbuk perasa & goreng buat telur dadar. Dah masak angkat masuk terus dalam tupperware. Lepas tu tumis bawang & ikan bilis yang dah siap kopek. Aku terjunkan semua sayur yang aku potong tadi then letak serbu perasa, sos tiram & air sikit. Balik sana, balik sini. Siap angkat masuk dalam tupperware.

Masa nak pergi kerja, masukkan dalam bag, pegang dekat tangan & bawak ke ofis. Lunch time reheat sayur & snap photo sebelum makan...Inilah yang terhasil.
My lunch meal.
Sayur campur, telur dadar & nasi putih.

Puas hati rasanya dapat bawak bekal ni ke ofis. Tak perlu pening fikir nak beli apa dekat food truck yang aku dah hadap sejak 8 tahun yang lalu 😆. Kalaulah semangat tu hari-hari ada macam semangat aku nak prepare chicken wrap untuk kids & Hata kan best? 😆

Korang lunch apa nanti?

Yeay!!!! Hari ni Hata balik KL selepas seminggu outstation dekat Teluk Intan. 💜

May 14, 2026

BEZA ORANG KEDEKUT & SAYANG DUIT

As Salam

Korang dapat bezakan tak antara orang yang kedekut dengan orang yang sayang duit dia sebab dia fikir dia dah berusaha keras untuk dapatkan / untuk kumpulkan sejumlah wang yang dia ada waktu tu?

Aku tak sure orang yang kita nampak kedekut ni sebenarnya "mungkin" dalam kepala dia, dia fikir dia dah berusaha keras untuk dapatkan / untuk kumpulkan duit tu. Jadi kenapa dia nak simply belanja orang lain? Belanjalah untuk diri sendiri sahaja tau simpan untuk masa depan.Kita nampak dia kedekut...Tapi pada dia, dia tak nak guna duit tu untuk orang lain selain dari diri sendiri sebab dia yang berusaha untuk dapatkannya. Mungkin dia akan belanja jugak orang lain. Tapi select.

Orang yang sayang duit ni pulak kita nampak dia macam kedekut, tapi sekali dia membeli untuk diri sendiri, nahhh..Harga barang tu boleh tahan jugak. Sekali dia belanja orang lain. Pun macam meriah je tengok.

Jadi aku saje la tanya dekat Google Ai Mode...Ini jawapan yang aku dapat.

Apa pendapat korang?

Aku tak sure kenapa aku up entry tentang ini. Tapi ini yang terlintas dikepala aku sekarang. 

Kenapa kita panggil seseorang tu kedekut sedangkan kita tak tau usaha dia untuk sampai ke tahap dia sekarang?

Kenapa kita panggil orang tu sayang duit sedangkan sekali dia membeli barang, harganya mungkin pada fikiran kita diluar kemampuan dia yang kita nampak?

Korang bincangkan jugak ye?
Korang rasa korang tergolong tak dalam mana-mana kategori diatas?

ASAL NAK ISI JE...DAPAT YANG LAIN JUGAK...

As Salam

Hari tu tetibe je tekak ni teringin nak makan coklat Kitkat. Memang aku plan nak beli packaging yang besar. Baru puas dapat makan banyak kali bila rasa nak makan. Masa tengok dekat rak untuk yang 18 pcs, harganya RM17.99. Bila tengok packaging lagi satu, paket 10pcs each. Ada 2 paket RM18.99. Siap dapat lunch bag lagi. Jadi aku pun amik la yang dapat freegift tu. Mencari jugak lunch bag yang tak girlish sangat. Sekali nan hado. Mungkin harga promo ni untuk habiskan stock lunch bag ini aje kot.
Inilah lunch bag nya kome...Dari series Mario.
Muatla nak letak 1 tupperware tapi tak boleh 
lauk berkuah kalau sejenis bawak kasar-kasar. 😆
Dalamnya dapat 2 paket Kitkat mini 10pcs each pack.

Itu aje lah cerita dia. Aku nak kitkat tu je. Tapi disebabkan nak banyak dan harga murah, amik sekali la gegurl pink lunch bag ni. 

Ni sapa pulak nak pakai lunch bag ni?
Korang ada yang macam aku?
Grab aje any freegift dari item yang kita nak isi kandungannya?

May 13, 2026

MINI TRIPOD SELFIE STICK

As Salam

Itulah aku cakap bahaya duduk rumah sorang-sorang tanpa buat kerja. Sebab tak boleh buat. Kalau buat tempat operation tu akan rasa sakit. Jadi memang kena duk diam-diam macam orang dalam pantang. Kadang-kadang datang rasa bosan jugak sebab TIDAK DIBENARKAN buat kerja hatta masak simple-simple or jemur kain. Memang manja betul kali ni kome 😆.

Pagi tadi cerita beli phone landyard, petang ni nak cerita beli benda lain pulak..Aku memang suka gadget-gadget gini. Walaupun dah ada dalam cart, tapi masih belum check out sebab nak tunggu harga yang aku rasa berbaloi untuk dibeli. Of cos la tunggu waktu flash SALE sebab waktu tu harga memang macam menjunam sekali dengan free shipping.

Tak ingat jam berapa aku check out. Take time jugak seller nak shipped out. Semalam courier message bagitahu tentang parcel untuk lanyard dah sampai. Tengahari tu sekali lagi courier guy yang sama update parcel tripod ni pulak sampai. Tapi dalam system hanya update dah sampai dekat Klang je. Takpelah..Janji selamat sampai order aku dan bukan kena scam.😁
Inlah bendanya kome...Dapat beli dengan harga RM11.30 with free shipping.
Boleh jadi tripod tapi tak tinggi macam yang lain. But still OK.
Grip phone dia lembut je tak keras macam tripod
 yang sedia ada dekat rumah ni.

Yang bestnya, tripod ni dia boleh jadi macam external shutter untuk phone camera...Letak tripod ni dekat hujung phone, connectkan dengan fon secara bluetooth then boleh snap gambar macam kita pegang DSLR.
Ini contoh yang aku amik dari shopee...
Macam ni pun boleh.


Maksudnya kalau nak selfie tu tak perlu jari kita ni gigih nak klik snap button dekat screen / selected button dekat fon. Dengan tripod ni kita boleh snap macam ni je. 😆. Aku superrrr like ye gadget ni. Ok..Kira berbaloi la beli...Kan? Tak membazirkan? 😁

Oh ya...Pagi tadi dalam LRT suasana agak tegang sikit bile selepas beberapa stesen dari stesen LRT Taman Melati, LRT ni brake mengejut masa dah nak sampai stesen berikutnya. Memang terhuyung hayang jugak la badan aku ni. Mujur aku memang sentiasa berpaut pada pemegang. Dekat stesen mana aku tak ingat. Staff Rapid masuk dalam LRT kami. Then tetibe dengar macam suara seorang perempuan bercakap dengan nada marah. 

Rupanya dia bercakap dengan staff Rapid. Tak dengar sangat dia cakap apa. Tapi yang aku dengar macam dia cakap " Setiap hari ada je problem". Lepas tu aku nampak staff Rapid tu berjalan menuju kearah aku untuk ke koc depan sekali.

Kali kedua jadi masa dah nak sampai stesen Dato Keramat. Ini impak dia lagi kuat dari yang 1st. Lepas tu dekat stesen Dato Keramat pintu tak bukak. Again badan aku terhuyung hayang menahan dari tersembam. Mujur la mamat tepi aku ni memang sentiasa bersedia. Aku pun kaki takde la kepit benor. Memang dalam keadaan berjaga-jaga jugak. Tapi kalau dah momentum brake mengejut tu lagi kuat dari jarak kaki aku, memang melayang jugak rasanya 😆.
Sampai dekat stesen Ampang Park tangan rasa pedih..Sekali tengok tapak tangan....Nohhhhhh...Merah merghe kata orghe kelate.

Hari ni sampai ofis jam 8.20 pagi. Sempat beli kuih 3 ketul then buat air dekat ofis. Hari ni aku bawak bekal ke ofis sebab ada nasi putih lebih dekat rumah yang masih elok. Aku reheat then bau masih OK. Jadi lepas kids pergi sekolah, aku cepat-cepat masak. Breakfast chicken wrapped untuk kids masih diteruskan. Alhamamdulillah.

Korang suka tak gadget-gadget gini?
Gadget vlog pun makin popular sekarang. 😆

May 12, 2026

PENANGAN CERITA BLOODHOUNDS

As Salam

Sapa layan cerita Korea season 2 lakonan my fevret actor Rain dalam cerita Bloodhounds? Season ni ada 6 episode je. Season 1 bukan Rain yang berlakon. AKu rasa season 3 nanti Rain jugak yang akan berlakon bila tengok ending cerita ni 😆.

Tapi sekarang ni aku bukan nak cerita tentang K-Drama ni. Ni aku nak cerita tentang penangan tengok cerita ni waktu dah nak sampai ending. Kan si Kim Geon-Woon & Hong Woo-Jin makan ramen panas-panas direct amik dari periuk??? Udah kami 4 beranak teliur kome.

Sudahnya petang hari Ahad. Hata masakkan untuk kami. Udah la waktu ni hujan & mendung sejuk aje...Memang syiok la makan kome. Makan pulak dengan jeruk lobak putih yang Hata buat sendiri & rasanya dah nak hampir sama dengan rasa jeruk dekat dakgalbi tu. Memang bertambah-tambah la kami makan. Che mek pun layan makan jeruk tu.
Cheese Ramen & Jeruk Lobak Putih.

Hata letak periuk atas meja, kami amik mangkuk kecik setiap sorang. Kami bertiga makan guna chopstick kecuali Ammar. Memang feel macam dalam cerita itu kome. Sedap giler 😆

Jeruk tu memang kena betul bila makan dengan ramen ni. Jeruk ni Hata buat sendiri sebab aku yang suruh Hata buatkan. Senang aje cara buatnya...

- Hiris nipis lobak putih.
- Sediakan balang.
- Masukkan air.
- Cuka.
- Gula batu.

Perap semalaman. Rasa.Siap.

Hata cakap caranya sama macam dia buat cili jeruk untuk char kuetiau tu.

Ini Hata buat sebalang. Sekali hadap dah tinggal separuh dah. Nanti habis nak kami hanya perlu add on lobak putih je. 💜

12.5.2026 - BACK TO ROUTINE

As Salam

Alhamdulillah hari ni adalah hari pertama bekerja selepas 11 hari "bercuti". Alhamdulillah pagi tadi bawak motor ke LRT macam biasa. Lepas tu pegi bank in cash. Sampai area ofis singgah beli kuih untuk sarapan.
My view pagi ni dari Maybank UTM Space ke ofis.

Semalam jam 9 pagi amik grab ke KPJ Ampang Puteri. Sampai-sampai tu terus ke tempat untuk request GL. Dalam setengah jam menunggu GL pun dapat & terus ke Tingkat 2 Room 1 untuk ambik nombor giliran. Aku dapat no.4. Lepas tu terus turun ke cafe untuk makan. Memasing dah lapar. Lepas tu dekat cafe ni memang cepat betul menu breakfast habis. Waktu kami sampai ni dah ada menu untuk lunch dah.
Awe ni senyum senget pulak. Ammar cuti peristiwa semalam sebab hari sukan sekolah hari Sabtu hari tu.
Menu aku. Sayur campur & patin masak tempoyak tapi tak sedap. Tak berasa tempoyaknya kome. Ikan pun ada bau hanyir macam tak masak betul-betul. Aduhai....

Lepas makan dalam jam 11 terus kami ke tingkat 2 semula. Doctor masih belum sampai. Jadi aku tunggu sampai jam 11.50. 10 ke 15 minit lepas tu dapat masuk bilik & jumpa doctor yang sama operate aku. Aku baring dekat katil pesakit then doctor pun bukak jahitan. Alhamdulillah proses ni cepat je walaupun pedih sikit sebab bukak jahitan tanpa sebarang ubat kebas. Mentah-mentah je doctor tu bukak 4-5 jahitan tu 😁.

Doctor kata jahitan elok mencantumkan semula bahagia yang dioperate. Takde side effect macam luka bernanah atau sebagainya. Jadi lepas ni tak perlu lagi follow up. Dah boleh mandi dengan sempurna. Bahagian jahit tu dah boleh kena air cuma kena letak cream yang diberikan sebelum ni 2x sehari. Pagi & sebelum tido.

Jam 12.35 panggil grab terus ke M3 Mall sebab masa on the way nak panggil grab, che mek message aku cakap ada bahan dia nak kena bawak ke sekolah esok. Che mek bawak tab ke sekolah Isnin sampai Khamis kecuali hari Jumaat & minggu peperiksaan. Maka mencari la aku & Ammar bahan-bahan yang che mek nak tu. Dawai & aluminium foil. Lepas tu naik grab lagi balik ke rumah.

Sampai rumah penat dia jangan cakap la. Udah la dengan pedih bukak jahitan tak hilang lagi. Aku belikan che mek sosej corndog Kaiju je untuk dia balik sekolah nanti. Ammar masih kenyang. Jam 2.45 petang kot aku ajak Ammar tido sebab tetiba aku sakit kepala..

Jam 4 petang bangun tengok che mek dah balik & aku pun ke dapur la tengok apa-apa yang boleh dimasak untuk makan petang.
Terhasillah...
Bakers Cottage yang kami beli hari Sabtu hari tu.

Lupa nak cerita. Hari Sabtu lepas, jam 4.15 petang kami amik che mek dekat tempat kem. Seorang kawan perempuan sekelas dengan che mek follow kami balik sebab konon-kononnya nak mandi dekat swimming pool. Sekali sampai rumah hujan lebat sekali dengan angin kuat. Kami drop kids dekat depan lobby then terus ke Melawati Mall. hata nak bungkus Texas Chicken & lepas tu ke Baker's Cottage sebab aku nak beli seekor blackpepper chicken dekat sana.

Sampai rumah masih hujan & kami makan sekali dengan kawan che mek tu. Lepas maghrib baru kawan che mek tu balik. Selepas hujan reda. 😁. Tak pe la dik..Takde rezeki nak mandi dekat swimming pool. Nanti next time la ye.

Hari ni sampai ofis semua duk pakat tanya apa yang jadi dekat aku seminggu yang lepas. Aku cakap lunch time nnt aku open table, korang open makanan korang sendiri & i will share my story from A to Z. Cerita sekali harung senang. Tak perlu ulangan. 😆

Terharu ada rakan kerja yang prihatin macam ni. Thanks everybody. 💜