Showing posts with label Sewing Project. Show all posts
Showing posts with label Sewing Project. Show all posts

LATE LUNCH WITH HOMEMADE NASI LEMAK

As Salam

Jam 3:30 petang Hata start masak. Aku start mengadap costume aku pulak sambil tengok cite nangnak. Sini hujan lebat jugak waktu tu. Planningnya kalau lepas Asar tu tak hujan, aku & Hata nak briskwalk sebab pagi Ahad tu kami tak briskwalk. Aku malas nak pegi sebab Sabtu malam Ahad aku tido jam 1 pagi. Hata pulak keluar jumpa kawan dia yang nak sewa costume polis bukit kepong sampai jam 3:00 pagi. Lepas tu Hata call aku bagitahu kunci rumah tertinggal dalam paperbag yang ada costume tu. Aduhai. Sudah jam 3:00 pagi aku kena bangun tido untuk bukak pintu rumah.
Homemade nasi lemak telur rebus & paru goreng.
Paru ni pun Hata jumpa dalam freezer. jadi aku suruh Hata goreng untuk tambah lauk.
Jemput tengok semua. 😀

Cadangnya nak masak ayam goreng. Tapi bila dah ada paru ni, kita reserve la ayam tu untuk esoknya (Isnin) untuk Ammar makan waktu balik sekolah. Isnin, Rabu, Khamis & Jumaat Ammar tak perlu datang SRA sebab ada exam Safawi. Hanya murid yang terlibat je ustazah suruh datang. Yang lain study dekat rumah. Giliran Ammar hari Selasa.

Alhamdulillah kenyang la kami sekeluarga hari minggu hari tu. Aku pun dapat siapkan mana yang sempat seluar the mummy yang baru. Aku korbankan legging aku.
Stock kain belacu memang selalu aje ada dekat rumah sebab kadang-kadang bila aku nak jahit lining untuk totebag, aku memang guna kain belacu ni sebagai liningnya. Aku jahit guna tangan aje kain belacu ni mengelilingi legging ni.

Menjadi ke idak seluar baru the mummy ni kome? Nanti dah sipa aku update sini ye. Renyah kejenya kome. 😆

Dinner apa kita malam ni kome?

SEWING PROJECT : BLACK & WHITE SUIT PART 2

As Salam

Hari Selasa lepas Isyak aku pun mengadap suit Hata untuk sentuhan alteration yang terakhir. Lepas siap pendekkan kaki seluar & lengan coat, maka sesi memeningkan kepala aku untuk add on kain dekat sebelah body ni pun bermula. Hata pilih baki kain sampin Ammar raya tahun ni untuk ditambah dekat body baju yang warna hitam. Dia cakap nak nampak lain dari yang lain. Hitam & putih tu pun kan dah nampak lain? Hata nak nampak lain lagi. Aduhai...Layan aje la.

Aku suruh Hata pakai coat tu. Lepas tu adjust lebar kain dan posisi kain. Aku lipat kiri kanan kain guna gam kain double sided tu. Lepas tu baru aku jahit kain tu dekat atas baju hitam Hata.
Macam-macam permintaan Hata ni ye...
Kita tampal aje kome...
Inilah hasilnya...With vest.
80% complete suit. Lagi 20% adalah spek mata dan topi.

Hari ni lambat sikit bersiaran sebab masa briskwalk baru teringat tak post apa-apa entry lagi hari ni. Hari ni dah plan dah nak masak apa. Harapnya menjadilah.

SEWING PROJECT : BLACK AND WHITE SUIT

As Salam

Hari Ahad petang kami ke kedai alteration dekat tepi Melawati Mall sebab Hata nak alter baju dia. Aku suggest Hata hantar ke kedai sebab aku tak yakin nak buat. Permintaan Hata ni kadang-kadang diluar jangkaan jugak tau. Aku pun kadang-kadang pening nak layan. 😆. Sedihnya bila tukang jahit tak layan permintaan Hata yang pelik ni. Alteration ni memang jarang tailor nak ambil. Tambah-tambah dengan permintaan yang pelik-pelik macam permintaan Hata ni. 😁

Sudahnya aku pun tawakal aje la try alter blazer ikut kehendak Hata. Actually 9 October nanti ofis Hata ada buat annual dinner. Tahun lepas Hata tak dapat pergi sebab baru balik dari outstation. Jadi tahun ni Hata nak pegi  dengan pemakaian ikut tema yang ofis dah tetapkan. Aku tak pandai sangat nak jahit blazer. Pernah sekali je jahit blazer masa annual dinner Hata tahun 2022 ke 2023 gitu la. Itu pun macam jadi tak jadi je blazernya kome. Tapi rezeki Hata dapat menang best costume masa tu. Dapat la cash RM1000.00.

Hata dah beli 2 pasang suit warna hitam dan putih. Hata nak aku jadikan suit tu sebelah HITAM & sebelah PUTIH.. Hitam alik kiri, Putih alik kanan. Jadi aku kena kena buka jahitan blazer tu jadi 2 bahagian dan cantum dengan warna lagi satu. Aku ni memang tak pandai sangat. Jadi kita tawakal aje la. Lepas dinner, terus aku start...
Ini orang panggil apa?
Aku tak jumpa pulak namanya dekat google. 
Dari aku jahit jadi macam gambar dekat bawah ni..
Bahagian dalam jadi black & white.
Part nak bukak dan pisahkan blazer ni agak mencabar ye sebab belakang blazer ni kan ada belahan. Aku nak kena ingat jahitan dekat belahan tu masa nak sambung dengan blazer putih. Part kolar blazer ni pun mencabar jugak aku nak cantumkan.
Finishing belakang blazer. 

Alhamdulillah. Menjadi jugak percubaan aku dalam memenuhi permintaan Hata yang pelik-pelik ni. 😆. Aku dah mengeletar je masa nak bukak dan jahit semula blazer ni kome. Masa berjaya cantum coat bahagian dalam tu hati aku & Hata dah ceria dah. Bila blazer pun berjaya dicantumkan..Terasa macam lupa sekejab dengan masalah kereta. 😁

Sekarang tinggal part seluar je. Aku pening dah ni. Seluar yang Hata beli tu pulak kecik sikit dari size Hata. Udah Hata mintak aku add on kain kiri dan kanan seluar. Lepas tu nak kena cantum hitam putih pulak. Aduhai...Macamana ni kome? Pening teman.

Korang doakan aku berjaya cantum add on kain pada seluar Hata pulak ye.Amin.

SEWING PROJECT : MENJADI TAPI TAK BERKENAN PULAK

As Salam

Selain dari alter tudung , aku ade jugak gatai tangan pegi alter sehelai baju kemeja aku yang dah lama tak pakai. Tak pakai ni sebab kemeja tu pada aku terlalu loose sampai buat aku yang begini jadi makin gebus...Jadi aku try la slim-kan dan singkat kan sikit kemeja ni...

Dah siap alter, aku pakai dengan seluar yang aku rasa nak pakai dengan baju ni. Bila dah pakai rasa macam tak nice pulak kemeja ni dengan seluar tu..
Nampak berisi sikit aku ni ha kome...
Aku plan nak pakai kemeja tu dengan seluar baggy cargo ni...
Buat style gini pun sama jugak kome.Terus hati rasa tak best.
Mungkin kena pakai kemeja ni dengan seluar jeans biasa. Bukan yang loose.
Dari sisi tepi pulak...

Part labuh tu aku dah berkenan dah..Part body tu aku dah seluk kedalam sikit supaya nampak slim sikit. Tapi tak nampak beza sangat dari size asal.  Aku malas nak seluk lagi. Jadi apa solution dia? Kita pakai la baju ni dengan seluar lain...Tak boleh la pakai dengan seluar baggy cargo ni.

Ok.Ada apa-apa lagi yang aku nak alter lepas ni? 😆

SEWING PROJECT : DARI SHAWL KE TUDUNG SARUNG INSTANT

As Salam

Hari Ahad kami takde kemana-mana sebab aku melipat kain, mengemas sikit dan berehat. Lepas tu terfikir nak try jahit tudung sarung instant dari tudung shawl yang sedia ada. Aku tak tahu orang panggil kain tudung ni jenis apa. Tapi yang aku tahu kain ni jenis pleated, shawl, kain jersey yang tebal sikit. Aihhhh..Entah lah...

Mula-mula aku amik sehelai shawl, lipat 2. Lepas tu aku hamparkan tudung sarung yang sedia ada dekat atas hamparan tu. Lepas tu aku potong ikut shape tudung contoh.
Hasil potongan ikut contoh tudung sedia ada.
Hasilnya...
Aku jahit penyambung tudung tengah-tengah sampai level lebar muka aku. Lepas tu aku kelim keliling tanpa jahit tepi.
Dah jadi sehelai, Ehhhh..Rasa nak buat sehelai lagi...
Buat kali kedua atas kain tudung kedua baru teringat nak amik gambar..
Inilah contoh & cara aku buat untuk tudung pertama warna maroon tu.
Hasil kedua atas kain warna peach ke pink gitu...

Alhamdulillah..Tercapai jugak hasrat nak ada tudung sarung instant macam ni. Nak beli  malas sebab kain dah ada. Aku pun macam malas nak pakai tudung ni dengan style lilit-lilit tu. Lilit-lilit pun ikut mood. Sebab lilit-lilit kena pakai jarum. Aku malas nak guna jarum. Nak buat 2 face, kain jenis ni macam kurang sesuai.  Tak pun nanti aku try la buat 2 face dekat kain tudung yang lain. Stock shawl jenis ni ade lagi dekat drawer tu. 😊

Aku jahit ni bukan apa. Tudung ni senang nak dipakai kalau time sedara mara datang rumah. Sarung je. Kalau nak keluar temankan Hata hantar Ammar main bola pun senang. Tak perlu beriya gosok tudung. Tudung instant yang lain tu pun ada cuma semuanya bercorak. Kali ni aku saje try dari shawl yang plain.

Ok la kan? Tudung ni masih boleh dilipat kiri kanan tu macam tudung bawal. Kalau nak pakai masa mandi pool pun senang ni. 😁. Nanti aku nak tengok bleh tak kalau dari baki kain yang dipotong tu diambil sikit untuk dijadikan awning. Kalau berjaya, nanti aku update sini lagi ye.

Korang ada yang suka pakai tudung sarung instant gini?

SEWING PROJECT : BAJU KURUNG KEDAH

As Salam

Untuk pengetahuan, kami dah berhentikan che mek dari kelas tuisyen dekat rumah lama. Hata cakap macam tak sempat nak hantar & ambil che mek selain dari minggu yang Hata kena outstation. Balik dari outstation pun kadang dapat hantar. Kadang tak sempat nak hantar sebab back to back meeting & discussion. kalau dulu dekat dengan rumah, aku berani je hantar & ambil che mek kalau Hata outstation atau balik lambat. Sekarang dah jauh dan aku tak berani nak bawak motor ikut jalan highway MRR2 tu. Jadi kami ke plan B bermula tahun depan. Apa plannya? Selepas dicongak di-calculate, kami decided untuk cari home tuisyen untuk Ammar & che mek. Cost tu memang bertambah. Tapi masih boleh diletak dalam budget bulanan tahun depan..

Stop cerita dekat che mek. Aku nak sambung cerita tentang projek menjahit aku yang tak dirancang ni. Hari Isnin lepas sebelah malam dah mula tak perlu hantar che mek ke kelas tuisyen. Jadi ada masa lapang sikit untuk aku. Malam tu kami hanya dinner yang simple je. Kecuali Ammar. Hata belikan nasi dekat Q Bistro. Aku & Hata makan burger & che mek makan maggi. 

Nak lipat kain, rasa malas sebab a few days ago dah melipat kain. Tapi aku rasa nak buat sesuatu malam tu. Jadi masuk bilik menjahit dan jumpa kain yang dah lama aku beli tapi tak berusik. Kalau tak silap aku kain tu aku beli dekat pasar pagi dekat Lambor Kanan. Kainnya cukup untuk sehelai baju. Bila dah dapat idea nak jahit baju fesyen apa, aku amik ukuran dibadan sendiri & ukuran baju yang sedia ada. Siap potong kain, sebelum start sambung kain kami makan dulu. Lepas tu aku terus masuk dalam "gua" a.k.a bilik menjahit.
Dapat la siapkan sehelai baju.
Aku jahit baju kurung kedah aje kome.
Esoknya aku terus pakai untuk ke ofis. Baju kurung kedah ni aku siap letak 1 poket alik kanan. Aku buat baju ni belah kiri dan kanan dekat kaki bajunya. Alik belakang panjang seinci dari depan. Alik depan melengkung seinci untuk elak nampak tergantung. Bahu baju tu memang lebih dari bahu. Labuh lengan baju tu aku pendekkan seinci je dari labuh baju kurung sebab aku malas nak pakai inner. 😁

Waktu dekat ofis ada seorang ofismate aku cakap aku pakai baju macam baju opah-opah. Mungkin sebab corak baju ni kot kan? Asal baju kurung kedah kan memang opah-opah aje yang pakai sebagai pakaian harian? Jadi kita amik la vibe opah-opah tu...Sebab aku memang dah ada pangkat opah sedara dah dekat kampung tu😆.

Ok.Next project nak jahit apa pulak? 😁

SEWING PROJECT : KU LERAIKAN JERUTAN MU

As Salam

Hari tu ade sehelai seluar jeans aku zipnya sudah rosak aku over tarik waktu tersangkut. Udah tercabut gigi zip tu kome. Lepas tu aku dah malas nak hantar kedai untuk tukar zip. Kebetulan pulak aku ada sehelai seluar jeans kargo yang kaki seluarnya bergetah. Dah lama jugak tak pakai sebab seluar tu singkat sikit. Ngam-ngam dekat pergelangan kaki aku.

Jadi datanglah idea nak potong kaki seluar yang bergetah tu, then aku potong kaki seluar yang zipnya rosak. Tapi warna lain-lain. Kita buat dia kan? 😁
Kasi potong sambungan seluar kargo ni.
Inilah seluar jeans yang rosak zipnya. Aku korbankan aje.
Seluar ni pun sebenarnya tailor dekat Pertama Complex tu salah alter. 
Lain yang aku suruh, lain yang dia buat. 
Kuang asham betul. Tapi pakai jugak la sebab aku memang suka warna kainnya.
Ukur dulu lebar seluar jeans yang rosak untuk make sure lebatnya boleh cover lebar seluar cargo tadi.
Alhamdulillah cukup untuk cover lebar seluar cargo.
Tepek kaki seluar cargo untuk budget add on labuh kaki seluar.
Jangan lupa add on basi penjahit bahagian atas & kaki seluar.
Siap.
Aku buat kaki seluar sama besar dengan bahagian sambung atas tu sebab memang tak nak kecut macam yang bergetah dulu.
Hari ni aku pakai pergi ofis. Ok la kan? 😆
Sekali pandang nampak macam pakai boots peladang pulak. 😆

Mixed & match warna. Both kain dari material kain denim. Masa menjahit memang kena berhati-hati sebab risau jarum patah kain denim ni bila dah 2 lapis, memang akan jadi tebal.. Aku malas nak tukar jarum. 😁. Sehelai seluar rosak, kita alter sehelai yang dah lama tak pakai sampai jadi boleh pakai semula. 😁

Ni 5 September nanti bos ofis Hata ada buat kenduri tahlil dekat Shah Alam. Macam nak jahit sepasang baju kurung kedah. Kain cotton dah ada. Tapi tak pasti lagi. Masih berkira-kira. 😁

PROJECT KAIN PERCA : TABLE TOP COVER

As Salam

Hari Ahad hari tu, selesai je mengemas dekat island table, aku terus amik pita ukur untuk ukur panjang & lebar table top aku. Dah siap amik ukuran, proses menyelongkar kain pulak. Udah nama pun project kain perca. Jadi memang agak mencabar untuk mencari kain yang berukuran 23inch x 60inch. Dah puas mencari, aku grab aje apa kain yang cukup syarat ukuran yang aku ambil.
Jumpa kain lama untuk bahagian bawah cover.
Cover atas. Sebenarnya ini baki kain langsir rumah lama...
Aku lapik kain ni dengan span. 
Hanya jahit lurus je dengan setiap jarak dalam 1.5inch+-.
Jenuh jugak nak jahit lurus end to end sebab jadi banyak baris...
Dah siap tu, baru cantum kain atas dengan kain bawah.
Lepas tu terbalikkan & jahit setapak keliling cover ni.
Dapat la gini...
Lepas tu aku jahit tindih kain atas & bawah.
Jarak selang sebaris dengan baris asal kain atas.
Siap. Jom letak dekat table top. 
Cover sebelum ni aku basuh guna washing machine je.
Kita kosongkan & alihkan cover sebelum ni dulu.
Aku mintak che mek tolong tarik cover sementara aku
 angkat sikit water filter tu.
Alhamdulillah dapat macam size yang aku dah ukur.
Gebu je rasa cover yang baru ni. 😁

Aku saje je try jahit cover ni dengan span yang sedia ada. Tak susah dan tak lah senang sangat. Sebab tu rasanya orang beli batting fabric supaya finishing lagi kemas. Nanti la aku beli batting tu untuk project kain perca yang lain pulak. Sebab kain tu tak murah jugak. 😁

Alhamdulillah tercapai jugak hasrat aku nak tukar cover table top tu. Boleh la buat ganti-ganti dengan yang sedia ada. Hari Ahad tu aku menjahit ini aje la. Lepas tu dah malas nak jahit yang lain. Sedangkan hati ni meronta-ronta nak sambung jahit keychain fob & brooch mini pillow. 😁

Esok dah jumaat kome. Sekali lagi aku rasa sekejab aje masa berlalu.

SEWING PROJECT : BAJU KURUNG MODEN

As Salam

Disebabkan Hari Ahad dah bangun lewat sikit selepas solat subuh, maka aku ajak Hata breakfast berdua dekat nasi lemak Saleha. Kami makan nasi lemak bungkus je. Sebungkus setengah seorang. Aku amik kopi ais. Perghhhh lama sangat rasanya tak minum kopi ais kaw. 
Aku lebih suka makan nasi lemak dalam daun pisang sebab nak bau daun pisang pada nasi lemak tu.😁

Lepas sarapan singgah Giant beli lauk untuk seminggu (harapnya cukup). Takde la beli apa pun. Cuma beli ikan siakap 2 ekor & seekor ayam. Lepas tu beli salad sikit. Planning nak buat bekal ke ofis. Kami bungkus nasi lemak untuk anak-anak. Jadi jam 3 petang lebih baru Hata start masak. Aku pulak start menjahit sikit.
 
Hata masakkan sup ikan siakap versi Siam, paprik ayam & ayam goreng.

Sedang elok Hata siap masak, aku pun siap menjahit. Aku siapkan baju kurung moden dari kain yang kak Notie bagi dulu. Alhamdulillah dah siap dah. dah boleh pakai gi kerja atau kenduri.
Baju kurung moden dengan border lace. Kain tu aku jahit shape A je.
Lace tu cukup untuk keliling pergelangan tangan & bahagian depan baju.

Hari Ahad lepas, aku infaq kan beberapa pasang baju kurung yang aku dah tak muat nak pakai. Hari ni dah dapat baju kurung yang baru. 😁

Kain ni ada lebihan lagi. Rasa macam dapat sehelai kaftan. Tapi bukaannya tak luas sangat. But still boleh jadi baju tido. Nanti dah siap jahit aku update sini ye.

Esok dah hari rabu kome. Sekejabnya masa berlalu.