As Salam
Tajuk Japanese. Tapi yang makan tekak orang melayu kome. 😆. Hari Jumaat hari tu Hata dapat WFA. Jadi kami sarapan dekat rumah je. Aku buatkan Hata half boil egg & aku buat tamagoyaki. Dalam tu aku letak potongan dadu cili hijau kelate, bawang kecik sebab bawang holland dah habis, mayonis , cukup rasa dan fresh milk.
Sedap lembut rasa juicy kome.
#pujimasakansendiri. 😆
Aku makan 2 slice je dengan air cappuccino. Lepas tu bakinya aku bawak bekal ke ofis untuk sambung makan sebab waktu ni dah jam 7:30 pagi. Nanti boleh buat lagi ni kome.
Korang biasa buat tamagoyaki version yang macamana?


































