Showing posts with label BREAKFAST. Show all posts
Showing posts with label BREAKFAST. Show all posts

BRISKWALK 9.0

As Salam

Alhamdulillah hari Sabtu lepas kami berkesempatan untuk briskwalk lagi. Route yang sama je sebab cuaca pun masih nampak jerebunya. Kami pun takde la keluar awal sangat. Keluar dalam jam 8:00 pagi gitu. Lepas set workout - walking dekat jam terus la kami mulakan briskwalk kami. 
Matahari pagi jam 8:00
Macam biasa..Sekeping sebelum mula briskwalk.
Aku baru perasan Hata potong misai dia macam misai P.Ramlee kome.
Aku ingat dia potong habis misai & lukit semula.
Rupanya memang dia trim gitu. 😆. 
Tengah berjalan nampak pucuk daun ni merah sangat. 
Mintak Hata berenti sekejab untuk aku amik gambar. Unik.
Ini dari pokok yang sama cuma daunnya dah besar sikit.
Pokok ni berbuah kome. Ini buah yang masih muda. kalau yang dah masak tu, merahnya sebiji macam buah cherry yang kita boleh ambil & makan. Tapi buah ini aku tak pasti boleh makan ke tidak. Yang pasti buah ni memang besar dari buah cherry yang biasa kita jumpa tu.

Sampai dekat area pasar pagi Taman Melati tu, aku ajak Hata singgah kedai runcit dekat sana sebab aku terasa nak beli sayur sikit untuk buat jemput-jemput sayur tu. Terliur pulak la kome. Jadi beli la serba sikit buat raso-raso. Lepas tu terus la pegi sarapan dekat Q Bistro.
Kopi o panas & kopi o ais.
Telur separuh masak, tosai & roti bakar (lambat sikit sampai jadi takde dalam frame)

Lepas sarapan, kami pun buat pusingan balik macam yang sebelum ni. Alhamdulillah dapat la briskwalk macam rekod dibawah...Kali ni aku rekod guna Zepp Apps dalam fon sebab dah beberapa kali jam aku ni GPS nya macam ada problem sikit. Lambat nak detect position dan bila dah detect, tetibe kang GPS positioning lost pulak.
Work out time tu jadi dekat 2 jam sebab masa breakfast 
dekat Q Bistro aku tak pause atau stop tracking.

Alhamdulillah dapat briskwalk lagi minggu lepas. Harapnya aku dapat buat aktiviti ni sampai minggu company trip dan sampai selepas company trip.

Jom kita briskwalk kome.

BRISKWALK 8.0

As Salam

Hari Sabtu aku & Hata briskwalk macam biasa ikut route yang biasa cuma tempat sarapan dah tukar dari Q Bistro ke kedai roti canai melayu. 
Sekeping sementara tunggu lift sampai.
Roti telur bawang dan cili padi sikit dengan kopi o ais.
Dapat 4.23KM dengan 6184 stesp sebab tak buat pusing dari Q Bistro.

Lepas sarapan kami bungkus roti canai untuk anak-anak. Balik rumah amik kunci kereta lepas tu terus hantar kereta ke bengkel dekat rumah lama. Sebenarnya hari Jumaat pagi aku & Hata hantar kereta ke bengkel lagi 1. Tapi waktu petang, masa amik kereta, mekanik cakap takde apa-apa problem. Jadi kami pun bawak balik kereta ke rumah.

Tapi hati kami berdua masih tak sedap bila fikir masalah kereta ni. Jadi kami pegi bengkel lagi satu. Bengkel ni pun dekat area bengkel yang sebelum ni jugak. Bila tanya mekanik berapa dia amik masa untuk check masalah kereta kami. Dia cakap dalam 3 jam. Jadi aku & Hata pilih untuk BRISKWALK dari bengkel ke AEON BIG - Wangsa Maju sebab kami nak beli lauk untuk masak tengahari atau untuk dinner.
Sekeping masa dah separuh perjalanan dari bengkel ke AEON Big.
Waktu ni udah rasa berkecah keti. 😆
Panaih waktu ni kome.
Rasa nak berlari je masuk ke AEON Big ni sebab nak rasa angin aircond. 😆

Lepas beli barang, bengkel kol cakap kereta kami memang ada problem. Tangki air bocor dan kena clearkan radiator. Bila tahu problem tu, kami terus amik grab dari AEON Big ke bengkel semula untuk tanya mekanik dengan lebih lanjut. Sampai bengkel, mekanik explain sekali lagi. kereta memang kena tinggal tak boleh bawak gi mana-mana dah. Lepas tu mekanik ingat nak bagi kereta spare yang mereka ada. Tapi hari Isnin baru kereta spare tu balik ke bengkel sebab customer lain dah amik dulu.

Jadinya kami balik rumah naik GRAB sekali lagi. Sampai rumah aku berehat aje la kome. Tengok dekat jam aku & Hata dah berjalan 11300++ steps. Kami belikan jugak mini pizza dari AEON Big untuk anak-anak. Tak larat nak masak. Hata kena hantar Ammar training bola naik motor je. Lepas hantar Ammar baru aku & Hata start masak. Kami masak simple je.

Aku bakar ikan keli guna air fryer je. Lepas maghrib kami dah dinner. Lepas Isyak aku mengadap seluar untuk annual dinner Hata. Pening kembali. 😆

Ini baru dapat tahu kos baiki kereta adalah RM1400.00 sekali dengan upah sebab ada banyak part nak kena ganti. Pengsan. Mujur ada back up.  Semoga lepas keluar kos ni dah takde issue lain dah. Amin😁

BRISKWALK & GYM. YANG MANA JADI PILIHAN?

As Salam

Setelah kali kedua atau ketiga aku gunakan kemudahan gym yang ada dekat rumah ni, aku rasa aku memilih untuk briskwalk aje la lepas ni. Hari Sabtu pagi aku & Hata pilih untuk ke gym. Aku berlari santai dan berjalan dekat treadmill selama lebih kurang 40 minit. Turun dari briskwalk aku rasa terapung. Kena duduk sekejab dalam 10 minit untuk back tu reality jejak kaki ke bumi nyata. Dah 2 kali berjalan dekat treadmill. 2 kali jugak kes yang sama jadi.

Tetibe je aku rasa nak habiskan 3km tu lambertttttt bethol. Jadi aku cakap dengan Hata, minggu depan kita briskwalk aje la. Lagi best. Dapat tengok keadaan sekeliling walaupun route dia tetap route yang sama aku guna sebelum ni.
Siap bawak air & towel. Memang berpeluh waktu briskwalk ni sebab aku amik treadmill yang jauh sikit dari kipas. Nak rasa angin kipas tu sikit-sikit je asal ada peredaran udara dalam gym ni.
Selfie sekeping. Jenuh nak habiskan target 3KM 😆

Lepas dah OK, kami terus ke kedai dekat area rumah untuk bersarapan. Che mek follow sekali. Kedai ni sebelah malamnya adalah kedai western nama abang jenggot. Sebelah pagi ada jual roti canai, nasi lemak & air.
Sekeping sementara tunggu order sampai.
Aku & Hata makan roti telur bawang. Che mek order nasi lemak biasa.
Pada aku roti telur bawang ni sedap.
Roti telur bawang lain dari yang lain sebab dalam roti ni, ada beberapa hirisan CILI PADI. Kalau dekat kedai keramat AU2 tu, mereka letak hirisan cili hijau. Sini letak CILI PADI. Jadi memang ada rasa pedas sikit la roti canai ni. Aku SUKA. 😁
Nescafe tarik untuk Hata. Hata cakap OK .

Che mek kata nasi lemaknya OK. Lalu kami bungkus untuk Ammar. Sampai rumah kejutkan Ammar lepas tu aku ajak Hata ke Giant Setapak sebab nak beli lauk basah. Aku nak masak menu yang blogger share & menu tu buat aku teringin nak makan jugak. Aduhai...Dugaan betul menu-menu yang blogger share. Asyik terliur aje. 😆.  Gi giant ni pun che mek follow jugak. 

Sampai rumah aku berehat sekejab. Lepas Zohor baru start masak. Menu apa? Nanti aku share ye. 😁

BREAKFAST MENU SIHAT - HABISKAN STOCK

As Salam

Hari Selasa hari tu aku kemas-kemas sikit peti sejuk. Nampak ada lagi sikit je sayur & salad. Jadi malam tu aku potong siap-siap salad (lettuce & coral salad), brokoli, cauliflower & carrot dan masukkan dalam bekas simpan semula dalam peti sejuk. Esok paginya aku steam sayur-sayur, then rebus telur guna egg maker je. Untuk Ammar aku buatkan roti telur letak cheese slice & chicken slice. 
Makan dekat ofis. Makan di meja kerja je sebab sampai ofis jam 8.15 pagi.
Aku terlupa nak tambah cherry tomato. Patut la ada rasa kurang waktu makan.
Hari Selasa aku pilih untuk 1 set warna nude / light coklat.
Memanjat tangga dekat LRT Taman Melati jam 7.45 pagi sebab escolator rosak.
Mujur bawa kipas ni sebab kena tunggu LRT 5 minit. Passangers dah makin ramai..Dlm LRT dah macam sardin. Setiap stesen dari Taman Melati sampai ke Ampang Park orang beratur panjang. Ofismate aku yang naik dari Setiawangsa & Wangsa Maju, kena naik LRT ke Gombak dulu then u-turn ke Ampang Park.

Isnin balik kerja aku panaskan lauk kari ikan. Add on tumis kobis. Sekali masa ajak makan che mek remindkan aku yang aku ada cakap nak masak lempeng cicah dengan gulai kari. Sudah..Aku betul-betul terlupa kome. Maka buat la 3-5 keping.
Menu dinner...Kari ikan siakap untuk aku & kari ayam untuk kids.

Alhamdulillah, habis dah stock salad yang ada dekat rumah. Kita tunggu this weekend la pulak untuk stock up kalau rajin. Selalu sangat makan bosan jugakkan? 😁

Ini tengah fikir tentang birthday celebration Hata. Nak buat makan-makan dekat rumah je atau nak pegi makan dekat mana-mana. 😁

BREAKFAST MENU SIHAT

As Salam

Aku tak ingat bila dan dimana aku beli bahan-bahan untuk menu breakfast minggu ni. Aku beli coral salad, lettuce, carrot, tomato cherry, brokoli, cauliflower & roasted sesame sos jenama kewpie. Hari Isnin bangun awal 10 minit. Aku potong sayur, steamkan, potong salad & rebus telur guna egg maker. Dah lama tak guna egg maker tu sampai aku lupa function mana untuk telur rebus. Aku main tekan je kome. Lepas tu aku tinggalkan untuk buat kerja lain. Aku ada offer pada Hata tapi dia cakap tak nak.
Sarapan dengan salad & telur rebus

Inilah sarapan "sihat" aku hari Isnin lepas. Telur tu aku tak pecahkan dari rumah. ASku bawak ke ofis sebab nak keja masa. Masa nak pecahkan dekat ofis. Tetibe telur ni merecik dekat aku. Terkejut aku kome. Rupanya aku set function telur separuh masak. Mujur la kuning telur tu tak cair. Dah masak 3 suku dah. Kuning telur tu cantik kejadiannya. Putih telur pun sama. Aku lupa nak snap gambar.

Tapi aku makan jugak la lepas tuang roasted sesame sos tu. Alhamdulillah kenyang sampai tengahari. Dah lama rasanya tak bawak bekal menu breakfast ni sebab boleh tahan jugak bahan-bahan yang nak kena prepare. Nak buat time malam, aku malas. Pagi pulak rasa rajin. Aku offer dekat Hata untuk buat yang sama cuma aku add on isi ayam. Esok paginya aku buatkan jugak untuk Hata
Salad with prep chicken & egg.

Selasa malam rabu rasa rajin. Jadi sementara tunggu jam 10 malam untuk amik che mek, aku prepare semua ni. Potong siap-siap brokoli, cauliflower, carrot & salad. Lepas tu letak dalam tupperware & simpan dalam peti. Ayam prep tu pulak ayam yang sebelum ni. Aku masak atas dapur waktu malam. Lepas tu panaskan sekejab pagi tu. Kali ni telur rebus aku menjadi lepas pilih function yang betul. 😆

Alhamdulillah kenyang kami berdua makan menu breakfast ni. Sos roasted sesame tu pun dah tinggal sikit dah. Hanya tinggal untuk sekali makan je. Bila dah ada stock & bila RAJIN boleh la buat hari-hari. Kalau datang penyakit M tu...Nak pegi dapur pun aku malas. 😁


Korang sarapan apa tadi?

BRISKWALK 3.0

As Salam

Hari Ahad aku & Hata planning nak briskwalk lagi. Tapi kali ni ikut laluan lain pulak. Jauhhhhhh dari semalamnya...Lepas subuh terus bersiap. Kids tak nak follow jadi mereka kami tinggalkan dekat rumah. Around 7.15 pagi kot aku & Hata mulakan langkah briskwalk & start rekod dekat smartwatch memasing.
Sekeping sebelum start langkah...Bismillah..
Waktu ni nampak bulan masih terang...
Stop kejab lepas tu on camera & zoom in.
Kalau hari Sabtu masa sampai dekat simpang ke LRT Taman Melati tu kami belok ke kanan, Hari Ahad tu kami belok ke kiri & menyeberang jalan ke sini.
Dah sampai pasar pagi dekat Danau Kota tu.
Kalau jalan depan sikit sampai la ke Setapak Central.

Waktu sampai sini memang rambang mata la kome. Hata ade tengok ulam, aku pulak jenguk buah-buahan. Lepas tu baru teringat yang kami ni jalan kaki aje kome. Bukan dekat nak jinjit plastic bag kalau beli macam-macam.😆. Lepas beli sarapan serba sikit, kami pun patah balik jalan kaki untuk ke rumah.
Sekeping sebelum naik rumah.
8k Steps tu termasuk yang bermula dari dalam rumah.
Ni route yang GPS capture.
Dapat la 7.16km pergi & balik dengan 7686 steps.
Hari Ahad total steps dapat la 10K steps.
Lepas dapat burn calorie 429 kcal...
Kita tambah semula dengan menu sarapan dibawah...
Aku beli murtabak daging sekeping, cakoi & roti kacang merah 5 pcs setiap jenis & putu 5 keping. Lepas tu buat air kopi o panas. Settled.

Lepas sarapan rehat jab sampai memasing terlelap dalam 30 minit. Sedar-sedar pun bila Ammar ketuk pintu bilik mencari ibu ayah. 😆. Jam 11 pagi kami kerah anak-anak bersiap. Kami pun bersiap jugak mandi bersihkan badan yang berpeluh lepas briskwalk jauhhhhhhh pagi tu.

Dalam jam 12:00 tengahari rasanya kami pun keluar dari rumah menuju ke Bangsar...Buat apa dekat sana??? Nanti aku share...😆

BREAKFAST WITH HOMEMADE ROTI SANDWICH

As Salam

Dah 2 ke 3 hari aku try beli oden dengan kuah tom yam dekat Family Mart LRT Ampang park ni tapi asyik la takde. Yang ada hanya kuiah soup. Semalam aku try lagi.Baru la staff tu cakap kah tomyam ada jam 10 pagi nanti. Pagi-pagi ni semua soup je. Aduhai...Kecewa betul. Baru ingat nak tapau awal then makan waktu lunch.

Sudahnya semalam balik dari kerja kol rumah suruh che mek get ready dekat lobby. By the time aku sampai, letak motor then trus jalan kaki ke Family Mart. Aku malas nak bawak motor kesana sebab sana macam gelewak sikit (sibuk)...
Aku pilih creamy tomyam.
Tap[i pada aku it's just too creamy sampai takde sangat rasa tomyam & tak pedas sangat. Beza dengan masa aku beli dekat Family Mart LRT Ampang Park. 
Walaupun creamy, tp ada lagi rasa tomyam yang kuat & pedas.
Untuk kids mereka ambil yang ada ramen & oden set RM10.50 tu.

Pagi tadi aku rasa macam nak bawak bekal. Jadi aku buat roti telur. Add on cheese, chicken slice, mayonis & cili sos. Tapi masa sampai dekat LRT Ampang Park terasa nak makan Mummy Bunz. Ehhhhhhh..Lencong ke kiri beli sebiji mummy bunz. Makan waktu panas-panas memang ngam. Lepas tu udah terasa kenyang...
Roti telur with chicken slice & cheese slice.

Kita monitor tahap kelaparan perut ni sementara nak sampai ke jam 1 tengahari nanti. Kalau makan sebelum lunch, maka lunch nanti kita makan ringan-ringan or tido. Kalau perut ni bertahan sampai lunch time, aku makan roti ni aje la tengahari nanti. Balik keje confirm kena cari nasi. 

Yeahhh!!!! Hari ini Hata akan pulang ke pangkuan kami after almost 1 week dekat Kelantan. Doakan perjalanan Hata terpelihara & selamat sampai ke rumah ye.Amin

HOMEMADE BIG BREAKFAST

As Salam

Sejak Hata balik dari Jerteh, Hata dah request untuk aku prepare -kan jugak menu breakfast untuk dia bawak ke ofis. Aku OK je sebab bahan-bahan semua dah ada. Hanya menu Hata aku add on sayur. Macam biasa aku akan bangun jam 5.30 pagi. By 6 pagi alhamdulillah 4 menu dah siap terletak atas meja dengan bekas masing-masing.
Ini adalah menu routine Hata sekarang...
Big breakfast ni...Siap ada rolled egg 😁
Dalam wrapped ni ada telur, cheese, chicken tender, tomato, lettuce & capsicum 
Ini menu breakfast aku bila rajin. Dim sum dari brand Pau Bestmas.
Rasanya lebih kurang je dengan rasa dimdum yang aku beli dekat kedai ECO 😁

Hari ni dah kena stock up chicken tender. Perap siap-siap masuk dalam bekas untuk sekali masak..Lepas tu kemana kome?

BREAKFAST WITH U

As Salam
Morning view from lift.
I just love the view walaupun senget sikit.💜

Dah lama rasanya tak bersarapan bersama dengan Hata waktu hari bekerja. Hari ni Hata dapat WFA. Jadi jam 6.50 pagi kami keluar sekali hantar anak-anak ke sekolah. Masa nak u-turn tu jammed giler sebab ade 4-5 lori parking dekat lane kanan MRR2 depan simpang rumah kami tu. Nak start constructions. Merepek betul nak start construction time peak hour. Kecoh jugak la dalam group PIBG sekolah che mek sebab jammed dari Taman Permata tu sampai ke KL East Mall - depan rumah kami. Lepas hantar kids ke sekolah masing-masing, Hata hantar aku sampai ke ofis kami ikut AKLEH. Sampai ofis jam 7.30 pagi. Jadi kita dating la dulu sebab staff ofis aku sampai jam 8 pagi...
Aku amik sesenduk mee goreng, sesenduk nasi goreng kampung, kuah sardin & telur mata...RM4.30
Hata amik nasi lemak bungkus & add on telur mata. RM4
Sekeping sebelum makan & sementara tunggu air sampai.

Makan tenang-tenang je sampai jam 8 pagi. Lepas tu aku masuk ofis. Hata ke pasar chow kit beli darang dapur sikit sebab hari ni nak masak-masak. Masak-masak apa? Nanti aku cerita ye.

Nampak ok jugak tudung bawal Minaz yang aku pakai ni. Masa pegang ditangan, aku fikir muka aku akan nampak macam suram je. Dah pakai nampak OK plk. So kira OK la kan? 😀