As Salam
Hari Selasa hari tu aku kemas-kemas sikit peti sejuk. Nampak ada lagi sikit je sayur & salad. Jadi malam tu aku potong siap-siap salad (lettuce & coral salad), brokoli, cauliflower & carrot dan masukkan dalam bekas simpan semula dalam peti sejuk. Esok paginya aku steam sayur-sayur, then rebus telur guna egg maker je. Untuk Ammar aku buatkan roti telur letak cheese slice & chicken slice.
Makan dekat ofis. Makan di meja kerja je sebab sampai ofis jam 8.15 pagi.
Aku terlupa nak tambah cherry tomato. Patut la ada rasa kurang waktu makan.
Hari Selasa aku pilih untuk 1 set warna nude / light coklat.
Memanjat tangga dekat LRT Taman Melati jam 7.45 pagi sebab escolator rosak.

Mujur bawa kipas ni sebab kena tunggu LRT 5 minit. Passangers dah makin ramai..Dlm LRT dah macam sardin. Setiap stesen dari Taman Melati sampai ke Ampang Park orang beratur panjang. Ofismate aku yang naik dari Setiawangsa & Wangsa Maju, kena naik LRT ke Gombak dulu then u-turn ke Ampang Park.
Isnin balik kerja aku panaskan lauk kari ikan. Add on tumis kobis. Sekali masa ajak makan che mek remindkan aku yang aku ada cakap nak masak lempeng cicah dengan gulai kari. Sudah..Aku betul-betul terlupa kome. Maka buat la 3-5 keping.
Menu dinner...Kari ikan siakap untuk aku & kari ayam untuk kids.
Alhamdulillah, habis dah stock salad yang ada dekat rumah. Kita tunggu this weekend la pulak untuk stock up kalau rajin. Selalu sangat makan bosan jugakkan? 😁
Ini tengah fikir tentang birthday celebration Hata. Nak buat makan-makan dekat rumah je atau nak pegi makan dekat mana-mana. 😁




0 Comments:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.