As Salam
Hari Ahad hari tu, selesai je mengemas dekat island table, aku terus amik pita ukur untuk ukur panjang & lebar table top aku. Dah siap amik ukuran, proses menyelongkar kain pulak. Udah nama pun project kain perca. Jadi memang agak mencabar untuk mencari kain yang berukuran 23inch x 60inch. Dah puas mencari, aku grab aje apa kain yang cukup syarat ukuran yang aku ambil.
Jumpa kain lama untuk bahagian bawah cover.
Cover atas. Sebenarnya ini baki kain langsir rumah lama...
Aku lapik kain ni dengan span.
Hanya jahit lurus je dengan setiap jarak dalam 1.5inch+-.
Jenuh jugak nak jahit lurus end to end sebab jadi banyak baris...
Dah siap tu, baru cantum kain atas dengan kain bawah.
Lepas tu terbalikkan & jahit setapak keliling cover ni.
Dapat la gini...
Lepas tu aku jahit tindih kain atas & bawah.
Jarak selang sebaris dengan baris asal kain atas.
Siap. Jom letak dekat table top.
Cover sebelum ni aku basuh guna washing machine je.

Kita kosongkan & alihkan cover sebelum ni dulu.
Aku mintak che mek tolong tarik cover sementara aku
angkat sikit water filter tu.
Alhamdulillah dapat macam size yang aku dah ukur.
Gebu je rasa cover yang baru ni. 😁
Aku saje je try jahit cover ni dengan span yang sedia ada. Tak susah dan tak lah senang sangat. Sebab tu rasanya orang beli batting fabric supaya finishing lagi kemas. Nanti la aku beli batting tu untuk project kain perca yang lain pulak. Sebab kain tu tak murah jugak. 😁
Alhamdulillah tercapai jugak hasrat aku nak tukar cover table top tu. Boleh la buat ganti-ganti dengan yang sedia ada. Hari Ahad tu aku menjahit ini aje la. Lepas tu dah malas nak jahit yang lain. Sedangkan hati ni meronta-ronta nak sambung jahit keychain fob & brooch mini pillow. 😁
Esok dah jumaat kome. Sekali lagi aku rasa sekejab aje masa berlalu.









wah rajinnya.
ReplyDeleteAlaaa cantik kemas dan color dia buat semangat mata melihatnya..
ReplyDeletecemburunya nieyl pada org yg pandai menjahit ni.....
ReplyDeletelawaaa!!! pasal johnny tu...ni yg i google: Johnny's Restaurant central kitchen in Malaysia is officially Halal-certified by JAKIM as of March 2026. However, certification for individual restaurant outlets is still in progress and being rolled out progressively.
ReplyDelete