Showing posts with label Foods. Show all posts
Showing posts with label Foods. Show all posts

SELAMAT KEMBALI KE RUTIN HAKIKI

As Salam

Alhamdulillah hari Isnin jam 9.40 malam kami semua selamat mendarat di KLIA 1. Balik naik flight MAS. Selesa. Semalam Selasa aku amik cuti sebab nak berehat dan basuh baju bajan yang bertimbun sepanjang 4 hari 3 malam dekat Surabaya ,Bromo & Malang. Jam 1:00 pagi lebih baru sampai rumah sebab ada pit stop menyinggah.
Sekeping di airport Juanda - Surabaya.

Semalam lepas subuh tak sambung tido. Aku tunggu sampai Hata message kata dah sampai ofis baru aku sambung tido dengan package TUTUP DATA internet dekat telefon. Aku nak berehat tanpa ada gangguan. Kalau urgent call aje. 😆. At the end aku bangun tido semula jam 9.30 pagi. Golek-golek..Jam 10.20 pagi baru aku keluar bilik masak macaroni goreng. Lepas tu keluarkan baju dari storage plastic bag dan basuh batch by batch.
Spiral macaroni goreng.

Lepas makan dan jemur kain, memang aku berehat je. Asingkan sikit-sikit goodies bag untuk family member. Jam 4.30 petang aku keluarkan ayam & ikan siakap ingat nak masak untuk dinner. Sekali Hata bagi pilihan pulak. Memang aku pilih untuk gantung kuali la kome. 😁

Jadi Hata sampai rumah jam 6.00 petang tu kami terus ke Melawati Mall makan dekat Boat Noodle. Aku amik menu biasa dan share nasi pad kra paw dengan Hata. Ammar makan roti sankaya, che mek amik fried wanton.
Aku add on crispy spinash ni jugak.

Lepas makan kami terus balik rumah sebab nak kejar maghrib. Jujur cakap aku rasa macam masih tak cukup rehat. 😂

Ada 1700++ gambar nak kena pilih..Itu dari phone sendiri je. Belum dari phone ofismate, DSLR Big bos & DSLR official photographer yang bos hired masa dekat aktiviti hari kedua. 😀

STOCK UP ASAM UNTUK KUDAP-KUDAP

As Salam
Hari tu tekak ni teringin sangat nak makan dried strawberry. Aku pun tengok la dalam shopee. Beli brand signature market 100gram rasanya dalam RM16.90. Lepas tu masa balik dari briskwalk, singgah kedai jajan tepi kedai masak lauk salai. Beli pulak dried mango dan spicy dried guava. Ehhhh..Tetibe teringin pulak nak repeat beli asam plum dekat tiktok. Kali ni aku beli sikit je dari kedai lain pulak. RM10.00++ je sekali dengan free shipping.

Waktu parcel dah sampai, aku pun sorting untuk dibawa serba sikit ke company trip. Buat kudap-kudap dalam kenderaan sementara menuju ke destinasi berikutnya. Gitew..
Aku bawak sepaket ini ke Surabaya...
Boleh la makan shre-share kalau ada yang rasa loya atau nak kudap-kudap.
Dried strawberry dengan dried mango aku letak dalam 1 zip locked.
Spicy dried guava dalam 1 zip lock lain sebab asam tu bergula.
Amik 1 zip lock yang besar sikit, masukkan semuanya sekali.
Ini pulak asam yang aku letak dalam handbag masa naik flight day 1.
Jadi la buat kudap-kudap masa dalam perjalanan dari airport ke hotel.

Aku ada bawak jugak zip lock extra. Mana la tau kot-kot nak bungkus apa-apa makanan ke. Kan? Aku suka sour plum tu. Aku pernah borong sampai sekilo kome. Asam plum ni pernah viral suatu ketika dulu kan?

Korang pernah ke borong asam plum ni?

FILEM KUDRAT 1968 : HIGH COUNCIL

As Salam

Hari Ahad jam 9:00 pagi kami dah keluar rumah untuk bersarapan di area kedai Barakoh AU2. Kami dah lama jugak rasanya tak kesana. Mujur la masa sampai senang je nak dapatkan parking dan senang dapatkan meja.
Aku order roti telur bawang. Dekat sini roti telur bawang mereka ada letak jugak hirisan cili hijau yang besar tu. I loike ye. 😁

Lepas sarapan terus gerak ke TGV Cinema dekat AEON AU2. Sampai jam 9.45 pagi kami masuk AEON tu dulu. Tengok dekat depan Nando's ade company buat game dart. Ingatkan mr DIY dah bukak. Rupanya memang ikut waktu mall bukak jam 10:00 pagi. Tepat jam 10:02 pagi, kami masuk dalam mr DIY sebab che mek nak beli selipar baru untuk bilik air. Lepas beli selipar kami pun berjalan ke TGV Cinema semula.
Merah betul sign ni. Laluan dari AEON ke TGV ni pun warna merah ye kome sebab mereka letak tinted warna merah. 😁
Kudrat 1968 : High Council.
Abbas.

Pada aku cerita dia OK. Aku suka je. Cuma aku tak faham kenapa penonton yang bukan umur-umur aku ni terlalu meletakkan cerita ni high expectation sangat. Mereka ni macam tak in dengan zaman 1968. Pada aku zaman 1968, budak-budak yang memberontak ni tak terlalu menyerlah macam zaman sekarang. Mereka yang komen tentang movie ni pada aku, mereka tak faham kenapa sesuatu keadaan tu terjadi. Dieorang nak jalan cerita tu jadi macam jalan cerita mereka pulak. Adakah ini sebab faktor usia aku? 😆

Pada aku...

Apa yang jadi pada PA dengan family dia dan Piji, ada sebab.
Apa yang jadi pada Piji dan tindakan dia terhadap PA bersebab.
Apa yang jadi pada Kuda ada sebab jugak.
Kenapa Abbas bertindak macam tu macam gini pun bersebab jugak.

Kalau memasing tak buat apa yang mereka buat dalam movie ni, memang takde la makna tersirat yang cuba pengarah / penerbit ingin sampaikan pada penonton untuk fikir. Betul tak? 😁

Habis movie kami ke Nagoya AEON Big sebab aku nak beli kain untuk seluar sekolah agama Ammar. Lepas tu masuk AEON Big grocery beli barang sikit sebab kak ipar cakap dia nak singgah rumah lepas Asar. Cucu sedara nak tunjuk kereta e-mas baru mum dia yang diberi nama baymax. 😆. Kak ipar cakap dia nak bawak nasi lemak. Jadi kami tolong rebuskan telur ( Sebab kak ipar lupa tentang telur ). Beli jugak salad, timun jepun, tembikai, apple strawberry dan Hata goreng ikan masin dengan telur dadar jugak.

Lepas tu singgah kedai nama Longwan sebab aku nak topup inner tudung yang biasa aku beli tu untuk dibawa ke company trip. Sehelai RM1.60 je.  Dan beli telur ayam sepapan dekat tepi NSK tu.😁
Menu makan kami semalam. Kak ipar bawak nasi lemak, sambal sotong, sambal kerang dan cheese cake yang anak sedara buat.

Dah masuk waktu Isyak jugak baru kak ipar berangkat pulang. Masa nak balik tu kami turun sekali ke visitor parking sebab nak tengok kereta baru mum a.k.a anak sedara Hata yang di panggil baymax oleh cucu sedara kami tu. Dia excited nak tunjuk dekat tok chik & nenek (aku & Hata 😁).

Doakan perjalanan kami semua dipermudahkan, selamat sampai, selamat semasa disana dan selamat kembali ke tanahair ye kome. Amin. 😁

DINNER AT SRI GOMBAK

As Salam

Lepas habis job, kami dinner dekat Sri Gombak. Kali kedua kesini. Alhamdulillah dapat parking tak jauh dari kedai walaupun parkingnya adalah ditepi jalan. kami order 4 nasi putih dengan lauk pilihan masing-masing.
Telur bungkus aku share dengan Hata.
Sayur cendawan. Ingatkan guna oyster mushroom, rupanya guna cendawan butang & cauliflower. Ok je rasanya. Cuma aku makan lebih cauliflower. 
Che mek nak paprik ayam. Aku makan cauliflowernya.
Ammar habiskan ayam goreng kunyit & sup kosong.
Add on sotong kangkung. Terliur kome. Duk teringat pedasnya tu 😁

Alhamdulillah kenyang kami sekeluarga malam tu. Mujur la servisnya tak lambat sangat. Next time kalau datang nak try dia punya western pulak.

PASAR MALAM AREA AEON ALPHA ANGLE

As Salam

Hari Isnin yang lepas, Hata amik aku dekat LRT Taman Melati. Malam sebelum tu Hata dah masak ayam berlado untuk bekal ke ofis dan untuk anak-anak waktu balik sekolah. Aku tak tahu nak makan apa. Jadi ajak Hata ke pasar malam dekat sini sebab masa naik moto dekat SPE nampak bumbung khemah pasar malam ni.

Kami parking jauh sikit dari tapak pasar malam ni. Jadi jalan kaki lah kami. Tak jauh pun. Rasanya tak sampai 5 minit. 😁
Muka happy dapat beli makanan dekat pasar malam. 
Try cari pasembor tapi tak jumpa.
Laksa goreng, chicken wings, kepok lekor, kepok keping, murtabak mini 5 pcs RM5 dan mee kari untuk anak-anak.
Masa nak makan tengok nasi ada sikit lagi. Lepas tu ayam ada 3 ketul kecik. Jadi aku habiskan nasi & amik ayam seketul. 2 ketul lagi Ammar tolong habiskan.

Aku tak sabar nak tunggu misai Hata ni tumbuh semula kome. Lain benor nampaknya bila clean macam tu...Tak sabar tunggu hari Sabtu ni. Hari last Hata kena make sure muka dia clean..Lepas tu dah boleh maintain ada misai & kumis sikit.. 😆

Kalau pegi pasar malam korang suka beli apa?

DINNER WITH SAMBAL BERLADO IKAN BILIS.

As Salam

Hari Selasa hari tu aku teringin sangat nak makan ikan bilis sambal berlado. Kecur liur tengok blogger share menu-menu yang mereka masak. 😆

Hari Selasa balik keje singgah kedai runcit dekat Taman Melati tu. Sampai rumah terus la kita mulakan misi memasak. hata tolong masak gulai lemak ayam untuk anak-anak. 
Siap menu simple. Dalam gulai lemak ada kentang. 
Dalam ikan bilis sambal berlado pun ada kentang. 😁

Puas hati betul dapat makan ikan bilis sambal berlado ni. Aku makan lauk tu je kome. Punya la teringin sangat nak makan.😁

Semalam ada nasi lebih. Jadi pagi tu Hata masakkan nasi goreng untuk kami bawak bekal. Hata punya seminar start jam 9:00 pagi. Jadi kami pilih untuk breakfast bekal yang kami bawa tadi dekat kedai mamak area ofis aku. Amik lauk seekor ikan sardin & sebiji telur sambal. Order jugak kopi o ais & air suam untuk Hata sebab dekat tempat seminar Hata nak minum air latte.
Selesai makan nasi goreng dengan 2 lauk tu...Aku makan lauk ikan sardin je.

Hari ni dah hari Jumaat dah kome. Cepat aje rasanya masa berlalu tinggalkan kita. Alhamdulillah preparation aku pun dah nak sampai ke penghujungnya. Ada la satu dua barang lagi yang nak kena sorting.

Tekak rasa nak makan pasembor la pulak. Tapi susah nk cari sekarang ni.
Korang ada yang tahu dekat mana nak cari pasembor pasar malam yang sedap area taman Melati / Gombak / Melawati?

BREAKFAST AT NASI KANDAR STADIUM TAMAN MELATI

As Salam

Hari Selasa hari tu Hata dapat WFA. Lepas hantar anak-anak ke sekolah, kami pilih untuk breakfast untuk kali kedua dekat kedai mamak nasi kandar stadium ni. Waktu ni tak ramai customer lagi. Tapi yang ramai parents yang hantar anak untuk open day little caliph kalau tak silap aku.. Tengok la gelagat parents yang hantar. Ramai parents yang singgah 7e sebelum hantar anak-anak ke little caliph tu. Sama la macam Ammar dulu. 😁. 

Kali ni aku sempat snap sikit gambar suasana kedai ni sebab customer tak ramai lagi. Kami pilih untuk duduk dekat luar sebab nak elak baju keje bau asap masakan. Aku pun pakai sweater masa makan. 😁
Duk tepi ni je...
Nampak KL East Mall dari ni.
Kaunter pilih lauk untuk nasi campur.
Kedai ni nampak lagi ceria dari Q Bistro sebab guna warna terang.
Kami order simple je. Aku order roti telur bawang & Hata order roti kosong banjir. Aku order kopi o suam, Hata order kopi o suam kosong. Lepas tu Hata taburkan sedikit chia seed.

Habis makan kami relax sekejab sebab nampak ramai parents dekat area kami parking kereta. Tapi itu la. Kalau dah tahu halang kereta orang, kenapa tak masuk parking lot ek? Sedangkan banyak je parking lot yang kosong waktu mereka sampai tu.
Macam ni...

Aku dah makan separuh roti canai, sampai dah habis makan motor ni tak gerak-gerak. Waktu aku bangun dari tempat makan, aku nampak brader ni baru keluar dari 7e dengan 2 orang anak dia. Lepas tu dia hantar anak-anak sampai ke tingkat atas. Dah turun, dia boleh lagi borak-borak dalam talian. Sampai la dia jalan slow-slow ke motorsikal sambil main fon. 

Pada aku kalau dah tahu nak parking lama, amik aje 1 lot parking kereta untuk park motorsikal ni. At least parents lain yang bawak motorsikal boleh follow dan takdela halang kereta lain. Jangan set in your mind, kereta ni lambat lagi nak keluar. 😁.Mujur la kami tak tunggu lama. Kalau lebih dari 5 minit memang terpaksa la guna kuasa horn kereta. Kito nok gi kijo. Kito tok hantar anok gi school. 😆

Hata cakap nasi briyani dekat nasi kandar stadium yang dekat Cheras tu sedap. Tak sure sini rasanya sama atau tak. Ni kena bawak Ammar la as tester. 😁

Korang dah sampai ke nasi kandar stadium yang depan KL East Mall ni?

CHE MEK DAPAT FREE BROWNIES

As Salam

Banyak cerita throwback aje ni kome. 😁

Hari Khamis minggu lepas masa dah dekat stesen Jelatek kot. Hujan turun dengan agak lebat. Waktu ni janji dengan Hata , aku tunggu dekat LRT Taman Melati. 10 minit lepas aku sampai, Hata pun sampai. Hujan dah renyai-renyai tapi masih kena pakai baju hujan sebab nak cover backpack aku.

Sampai rumah memang agak basah la dekat bahagian kaki dan back side aku sebab seat motor basah. Aku cakap dengan Hata kita keluar lepas maghrib aje la sebab maghrib pun masuk waktu awal jugak sekarang ni. Sampai rumah che mek tunjuk dia dapat 1 kotak kecik brownies dari cikgu sebab ada extra. Che mek pun ada tolong cikgu kemas meja makan untuk event apa aku pun tak sure. Jadi kami makan la brownies ni sikit sorang untuk lapik perut sementara menunggu masuk waktu.
Sedap jugak brownies ni kome. Lembut je. Tak kering sangat.

Jadi lepas maghrib kami ke AEON AU2. Ammar nak makan nasi lemak dan aku nak cari energy bar sebagai bekal company trip nanti. Dah alang-alang nak keluar ni baik beli sekali. Lagipun energy bar tu lama lagi tempoh expirednya.

Sampai AEON AU2 tengok nasi lemak Ammar takde. Nasi korea che mek pun takde. Udah memasing tak nak makan dekat AEON AU2. Cari bahan untuk masak nasi goreng cina then beli energy bar & balik. Ingat nak makan dekat kedai tomyam tepi fiske, sekali tutup pulak. Lajak gi rumah lama. Ingat nak makan dekat nasi ulam..Tutup jugak mengkome. Perut aku dah nak start menjerit dah ni. Sudahnya lajakkan ke area Taman Melati. Aku ajak Hata pegi kedai tepi-tepi jalan area kami selalu briskwalk.

Alhamdulillah banyak jugak kedai yang bukak area situ. Cari parking, cari meja kosong, order menu sebab dari dalam kereta aku dah tanya setiap sorang nak makan apa sebab nanti dah sampai dekat meja tak payah tengok menu.Order je terus. Kami tak tunggu lama pun untuk menu sampai. Aku, che mek & Ammar makan nasi. Hata je makan mihun tomyam.
Paprik ayam & ayam goreng kunyit. Ammar & che mek cakap lauk masing-masing sedap. Boleh dimakan.
Paprik sotong aku pun not bad. Boleh repeat. Tapi lepas ni bungkus aje kot sebab tempat ni dekat tepi jalan je. Kereta pun parking dekat dengan meja makan. 😁

Lepas makan terus balik la kome. Waktu ni dah jam 9 lebih. Sampai rumah masukkan bahan-bahan beli dalam peti sejuk. Masak nasi, pilih baju nak gi kerja esoknya. Lepas tu tido le kome.

Malam ni planning makan apa?

MAKAN SAMPAI RASA MELECUR LIDAH

As Salam

Rabu malam Khamis lepas kan anak-anak ikut Hata ke ofis dan duduk di library. Masa balik dekat PWTC tu rasanya hujan dah mula turun. Sampai dekat jalan Genting Klang hujan dah turun lebat. Jadinya amik jalan pintas masuk Genting Court Condo dan ke Diamond Square. Lepas tu terus ke kedai makan dekat Gombak yang biasa kami singgah tu. Makan individual sebab memasing masih kenyang dengan makanan yang dimakan dan dibekalkan. Ammar sorang je makan nasi goreng pattaya. Hata order kueyteow padthai. Che mek order maggi celup. Aku order kueyteow kungfu. Dah lama rasanya tak makan menu ni dan rasanya aku tak pernah order lagi menu ni dekat sini.
Kuey teow kungfu...

Aku bagitahu aku tak nak sawi. Sekali tuklang masak letak banyak baby kailan ni. Aku ok je.Aku suka sayur-sayur ni sebab semua tak pahit. 😁. Cuma lauk tak banyak sangat. Hanya beberapa pcs sotong & 2 ekor udang.

Masa sampai aku pelik sebab menu ni dihidangkan dalam mangkuk. Lepas tu aku pun tak sabar la nak makan. Ceduk sesudu kuey teow, amik sehelai sayur hijau & 1 pcs sotong. Tiup ala kadar terus la ngap...Sekali ngap macam nak terbeliak biji mata aku sebab panas giler kome. Terpaksa la duk ho heng ho heng sejukkan makanan yang dah ada dalam mulut. 😁

Lepas tu baru la perasan setiap sudu yang aku ceduk tu memang berasap-asap kome. Amik masa nak bagi suam. Rasanya biasa-biasa aje. Mungkin sebab dulu aku biasa makan kuah yang ada telur. Menu ni kuahnya takde telur.

Lepas makan, kami terus balik sebab nak kejar ke maghrib. Masa dalam kereta baru aku terasa macam lidah aku pedih melecur sikit. 😆. Lepas ni kalau makan kuey teow kungfu kena berhati-hati la kome. Udah nak terbakor lidah teman ni ha....

Korang suka kuey teow kungfu?

SOSEJ THAILAND AYAM PULUT , SATAY IKAN & DINNER.

As Salam

Hari Selasa yang lepas, masa OTW balik dari ofis nak ke LRT Ampang Park dengan hujan renyai-renyai aku & sorang ofismate, kami nampak motorsikal budak lelaki menjual sosej thailand & satay ikan. Memandangkan aku dah lama tak beli sosej dan satay ikan ni, maka aku & ofismate pun singgah beli. Berbau jugak la dalam LRT tu dengan bau bakar sosej kami tu.

Sampai rumah, anak-anak dah excited nak makan. Aku cakap kita makan nasi dulu then baru makan sosej & satay ikan ni. Kalau makan yang aku beli ni dulu, jawapan dia anak-anak akan sikit la makan nasi sebab dah kenyang makan sosej & satay ikan ni.
Sosej ayam biasa, sosej ayam pulut & satay ikan / lokcing

Alhamdulillah...Rasa macam hari Selasa tu aturan Allah tu cantik sangat. Alik pagi lepas hantar aku ke LRT, tetibe ex ofismate Hata cakap nak jumpa sebelum dia balik kampung. Sedangkan mereka planning nak jumpa Selasa malam Rabu lepas waktu kerja. Lepas jumpa, Hata beli minyak hitam kereta dekat shopee. Order sampai jam 2:00 petang. Hata terus bawak ke bengkel untuk ganti minyak hitam. Lepas tu Hata sempat masak lauk dinner untuk kami sekeluarga.

Malam tu che mek mintak permission dengan aku untuk tak pergi sekolah esoknya (Rabu) sebab che mek cakap dalam kelas tak belajar pun. Dia bosan sebab baru habis exam. Aku bagi permission dengan syarat NO GADGET sepanjang dia dekat rumah. Che mek cakap OK. Lepas tu Ammar pun buat la muka kesian..Aduhai. Ok la kami bagi jugak la Ammar ponteng sehari sebab Rabu tu nampak jerebu kuat jugak dari semalamnya.

Sudahnya hari Rabu Hata kena drive kereta ke ofis. Bawak anak-anak stay dekat library. Aku bekalkan anak-anak dengan roti scramble egg dan nasi goreng. Bagi jugak duit belanja kot-kot Ammar nak beli ayam goreng buat tambah lauk masa makan nasi goreng tu dekat food court ofis Hata.

Rasa macam time balik KB nanti nak beli je stock sosej ni bawak balik KL. kalau rasa teringin boleh masak je dekat rumah. 😁

Jab lagi nak bersiap untuk cosplay job dekat Publica. Hari ni aku jadi mumia, Hata jadi Pennywise.


Korang ade ke yang suka makan sosej thailand & satay ikan ni?

JOB COSPLAY : PENNYWISE AT WCT OUG

As Salam

Hari Sabtu hari tu, lepas briskwalk dan bersarapan aku & Hata terus balik rumah tanpa buat uturn sebab nak kejar masa. Tak nak kelam kabut. Sampai rumah tengok Ammar dah bangun dari tido. Lepas tu kejutkan che mek untuk bersiap. Aku ada offer anak-anak untuk sarapan, tapi anak-anak cakap tak nak. Jadi jam 10:50 pagi kami pun bergerak ke sales gallery WCT OUG. Area Pavillion Bukit Jalil tu tapi takde la dekat sangat.

Kami sampai jam 11:40 pagi sebab agak jammed jugak. Lepas tu terus masuk dalam sales gallery dan menunggu dekat bilik menunggu sebab appearance time Hata adalah dari jam 12:00 tengahari sampai jam 1:00 petang je. Waktu kami sampai tu tengah turn clown. Jadi tunggu la sampai jam 12:15 tengahari baru Hata buat kemunculan dekat sales gallery ni. Mereka ada launch rumah baru. Jadi ada la exsiting or by invitation punya visitor / buyer yang datang. Siap ada kid halloween cosplay competition kome. Bersungguh jugak aku & Hata tengok contestants-contestants yang ada.
Nak amik apa tu???😁
Banyak jugak miniature rumah contoh. 
Ada yang aku berkenan sebab sq dia 1378ft.
Tapi sayangnya takde balkoni.
Ini gambar dekat commercial building under WCT.
I lokie this photo.
I know your secret...😁
Masa tengah photoshoot dekat luar, ada la visitor yang datang...
Jadi Hata pun entertain kids yang datang..
Ada yang excited, ada yang suka datang dekat sebab nak pilih candies, ada yang menangis sampai Hata kena jalan jauh-jauh dari area kids tu duduk & tak pandang pun muka kids tu. 😆
Antara contestants untuk kids halloween cosplay competition.
Judges adalah staff dari sales gallery sendiri.
Hata tak boleh jadi judges sebab kalau jadi judges, payment lain. 😁
Bersungguh betul adik ni make up & dress up..
Mungkin hadiah lumayan kot. Aku pun tak sure.
Adik beradik ni.
Job Hata selesai jam 1:20 petang.
Sebelum tu aku suruh anak-anak makan makanan yang disediakan oleh pihak sales gallery. Lepas tu aku pulak makan. Ini makanan yang aku amik. Ntah la..Tak tahu nak cakap sedap ke idak. yang pasti tak berapa sangat la menu dia pada tekak aku. 😁

Lepas aku habis makan dalam 15-20 minit, kami pun gerak balik. Hata hanya makan buah je. Takde selera katanya. 😁. Perjalanan balik amik masa dalam 50 minit jugak sebab jammed dekat MRR2. Alhamdulillah jam 2:30 petang kami pun sampai rumah. Masa pergi, Hata turun guna tangga sampai ke area parking lot. Masa balik plan asal Hata naik tangga, kami naik lift. 

Tapi aku terkejut bila tetibe nampak Hata berlari menuju ke lift lobby. Guard yang ada pun terkejut sebab nampak pennywise. 😆. Sampai rumah, buangkan make up Hata yang masih berbaki dekat bahagian mata, mandi & solat. Lepas tu aku steam dim sum & pau. Hata tengok left over nasi semalam masih elok. Jadi Hata buat nasi goreng express.
Sedap ni makan time hujan. 😁

Dalam jam 5:00 petang aku & Hata ke NSK sebab kami nak beli telur. Lepas tu che mek nak dinner macaroni. Jadi singgah beli macaroni & daging cincang. Sampai je rumah aku terus start masak sebab lepas maghrib aku nak start all out alteration costume Mumia aku tu. 😁
Beef macaroni goreng. Terlupa nak letak hirisan carrot. kalau letak lagi sedap.

Siap alteration costume jam 12:00 tengahmalam. Ding dong ding dong, jam 1:00 pagi jugak baru semua tido. 😁