CHE MEK DAPAT FREE BROWNIES

As Salam

Banyak cerita throwback aje ni kome. 😁

Hari Khamis minggu lepas masa dah dekat stesen Jelatek kot. Hujan turun dengan agak lebat. Waktu ni janji dengan Hata , aku tunggu dekat LRT Taman Melati. 10 minit lepas aku sampai, Hata pun sampai. Hujan dah renyai-renyai tapi masih kena pakai baju hujan sebab nak cover backpack aku.

Sampai rumah memang agak basah la dekat bahagian kaki dan back side aku sebab seat motor basah. Aku cakap dengan Hata kita keluar lepas maghrib aje la sebab maghrib pun masuk waktu awal jugak sekarang ni. Sampai rumah che mek tunjuk dia dapat 1 kotak kecik brownies dari cikgu sebab ada extra. Che mek pun ada tolong cikgu kemas meja makan untuk event apa aku pun tak sure. Jadi kami makan la brownies ni sikit sorang untuk lapik perut sementara menunggu masuk waktu.
Sedap jugak brownies ni kome. Lembut je. Tak kering sangat.

Jadi lepas maghrib kami ke AEON AU2. Ammar nak makan nasi lemak dan aku nak cari energy bar sebagai bekal company trip nanti. Dah alang-alang nak keluar ni baik beli sekali. Lagipun energy bar tu lama lagi tempoh expirednya.

Sampai AEON AU2 tengok nasi lemak Ammar takde. Nasi korea che mek pun takde. Udah memasing tak nak makan dekat AEON AU2. Cari bahan untuk masak nasi goreng cina then beli energy bar & balik. Ingat nak makan dekat kedai tomyam tepi fiske, sekali tutup pulak. Lajak gi rumah lama. Ingat nak makan dekat nasi ulam..Tutup jugak mengkome. Perut aku dah nak start menjerit dah ni. Sudahnya lajakkan ke area Taman Melati. Aku ajak Hata pegi kedai tepi-tepi jalan area kami selalu briskwalk.

Alhamdulillah banyak jugak kedai yang bukak area situ. Cari parking, cari meja kosong, order menu sebab dari dalam kereta aku dah tanya setiap sorang nak makan apa sebab nanti dah sampai dekat meja tak payah tengok menu.Order je terus. Kami tak tunggu lama pun untuk menu sampai. Aku, che mek & Ammar makan nasi. Hata je makan mihun tomyam.
Paprik ayam & ayam goreng kunyit. Ammar & che mek cakap lauk masing-masing sedap. Boleh dimakan.
Paprik sotong aku pun not bad. Boleh repeat. Tapi lepas ni bungkus aje kot sebab tempat ni dekat tepi jalan je. Kereta pun parking dekat dengan meja makan. 😁

Lepas makan terus balik la kome. Waktu ni dah jam 9 lebih. Sampai rumah masukkan bahan-bahan beli dalam peti sejuk. Masak nasi, pilih baju nak gi kerja esoknya. Lepas tu tido le kome.

Malam ni planning makan apa?

10 comments:

  1. Sedap tu brownies.. Byk tmpt nk mkn tutup plak ye.. Nasibaik ada yg sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah mmg sedap brownies tu sis. Che mek baru bgtahu yg ibu kpd kwn sekolah dia yg buat. =D

      Delete
  2. paprik sotong tu nampak sedap!! i dh mkn dinner awal sbb folo diet menu plan, minggu ni keto week so tak leh mkn nasi/roti or apa2 carbo, so mkn lauk2 jerrr dan sayurrrr

    ReplyDelete
  3. Ye... brownies ni kena moist2 baru sedap. Kering tak sedap

    ReplyDelete
  4. esok nak pakai baju apa, tak tau lagi.. ahhh, pening la sebab sekarang keje pakai baju biasa.. hahaha

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.