Showing posts with label costume. Show all posts
Showing posts with label costume. Show all posts

JOB COSPLAY : CHARACTER SELECTION

As Salam

Thanks Linda sebab bertanya...😁

Kalau job cosplay biasanya kena pakai costume yang ikut tema event. Macam event yang kami pergi ni tema dia halloween. Jadi kawan cosplay kami ni akan propose kepada organiser beberapa halloween character yang ada. Biasanya dia akan propose gambar costume cosplayer yang sedia ada. Jadi organiser akan pilih mana-mana character yang dia minat dan kena dengan tema event. Deal with berapa lama organiser nak character-character yang dipilih ni keluar ke tapak event & deal harga per hour. Sebab tu biasanya kalau pakai apa-apa costume, kami akan amik gambar full body. So that kalau kawan ni nak pakai cosplayer , dia boleh tunjuk gambar costume tu pada organiser.

Sama macam masa Hata dapat job jadi Batman dekat Sunway Pyramid dulu masa movie Batman. Pay by hour. Macam masa kami jadi skeletor & he man sempena movie He-Man tu takde payment. Tapi ada la merchandise yang diberikan. Biasa kami yang dapat job ni, akan bawa nama team yang propose kepada event organiser. 

Contoh masa jadi The Mummy, kami bawa nama team koppow...Masa jadi Skeletor bawak nama OutPost. Jadi kalau ada sesiapa yang berminat dengan character kami waktu kami bekerja dengan mana-mana team, kami akan minta mereka deal dengan team tu. Kami takde la sailang team yang bawa kami tu.

Melainkan kalau masa cosplay event jalan berdua dengan Hata dan tetibe ada yang propose minat dengan costume & character kami. Masa tu baru la kami deal sendiri tanpa libatkan mana-mana team.

Gitew lah cerita dia kome. Kalau job, cosplay costume tu memang ikut apa yang organiser pilih. 


Harap menjawab pertanyaan Linda ye. 😁.. 

JOB COSPLAY : HALLOWEEN GHOST HUNT

As Salam

Actually job patutnya hari Sabtu dari jam 1:00 tengahari sampai jam 3:00 petang. Tapi client mintak postpone ke hari Ahad jam 3:00 petang sampai jam 6:00 petang. Jadi takde la kelam kabut sangat rasanya hari Ahad kami tu. Pagi Ahad ingatkan nak briskwalk. Kami berdua dah sampai dekat lift lobby dah. Sekali hujan rintik. Aku tak bagi Hata teruskan briskwalk sebab risau demam. Hata ni fragile sikit kalau bab hujan-hujan ni. Jadi kami ke gym dekat rumah ni.
Aku tak briskwalk dekat treadmill...
Aku cycling..
Buat dalam 20 minit je sementara nak tunggu hujan berhenti.

Lepas tu kami turun semula. Rintik masih ada. Aku terus ajak Hata ke nasi lemak Saleha aje la. Malas dah aku nak fikir tentang  cuaca dan briskwalk.
Nasi lemak bungkus 1.5 seorang. Teh o panas & kopi o kosong.

Balik rumah aku berehat aje la settled kan dan touch up sikit seluar the mummy aku ni. Lepas Zohor semua bersiap untuk ke Publika. Masa depan TBG, aku baru teringat yang face paint warna hitam aku tertinggal atas meja makan. Terpaksa U-Turn dekat depan UIA. Alhamdulillah managed to reached Publika dalam jam 2.10 petang dan dapat parking betul-betul depan entrance untuk ke tapak event.

2.30 petang sorang cosplayer lain dan 2 minder sampai. Dia brief sikit apa-apa yang perlu kami buat then tunggu instructions dari client waktu untuk keluar. Kami bertiga perlu berlegar-legar di tapak event. Ada game untuk kids dipanggil halloween ghost hunt dimana kids kena cari kami untuk dapatkan chop. Dah completed 3 chop, kids boleh redeem goodie bag dekat kaunter tapak event.
3 of us...
Posing sebelum dipanggil untuk bertugas.
Kami lagi. 😆
Kids kena cari kami untuk dapatkan chop.
Carilah kami 😁
Pennywise & the mummy.
Manjah...😆
Aku suruh che mek snap gambar ni.
Kami kena bawak diri masing-masing pergi menyorok dekat booth-booth yang ada. Kids akan mula cari kami dari pintu gerbang ni. So pepandai la mulakan character memasing.

Habis job, kami berjalan keluar sekejab untuk snap gambar...
The Mummy dibalik tiang..Nah spider buat main. 😁
3 of us dekat outdoor.

Habis je outdoor session minder belanja air ZUS coffee sorang 1. Lepas tu terus la kami suit down & selesaikan apa yang patut. Kebetulan surau pun dekat je dengan entrance. Lepas tu terus la kami gerak balik. Singgah makan dekat Sri Gombak. Lepas tu sampai rumah dalam jam 7:45 malam.

Malam tu aku memang berehat aje la kome. Penat sebab dah lama aku tak dapat job. Tapi seronok la sebab dapat takutkan kids & adult pun ada yang terkejut tengok kami bertiga. Siap ada yang tanya aku ni jete ko tino a.k.a lelaki ke perempuan? Tapi aku tak jawab sangat. So far sepanjang bergambar, takde yang nak bersentuhan dengan kami sebab memang rules dalam dunia cosplay, no touching & kalau nak bergambar, kena minta permission. 

In Shaa Allah Sabtu ni sekali lagi job untuk Hata dekat Rawang. Semoga semuanya dipermudahkan.Amin.

ANIME FEST - LALAPORT

As Salam

Hari Ahad, lepas bersarapan, kami pun slowly bersiap untuk ke cosplay event nama Anime Fest dekat Lalaport. Plan nak pegi awal dan balik awal sebab Sabtu tu dalam jam 3:00 petang dekat area Lalaport tu hujan lebat.

Kami gerak dari rumah jam 11:00 pagi. sampai dekat Lalaport jam 11:25 pagi. Aku wrapped kepala aku dalam kereta masa dah sampai sana dalam 10 minit.. Jalan, amik gambar, bergambar, bagi candy lepas tu jam 1:20 petang kami plan nak makan dekat TCRS tapi ramai pulak orang beratur. Terus la tak jadi dan kami decided untuk balik rumah dulu, buang make up, suit down. Jam 3:00 petang kami keluar rumah pergi ke Melawati Mall sebab Ammar nak kena potong rambut dan nak makan dekat Marrybrown.
Seluar lama yang terpaksa dikorbankan sebab dah tak muat. 😆
Jahit kaki seluar lama dekat kaki seluar baru. Lepas tu add on kain belacu untuk cover bahagian peha dan keatas.
Aku buat wrap baru untuk bahagian kepala. Lilit-lilit aje kome.
Pose manjah mumia bila jumpa dengan Pennywise. 😆
Mumia pose sorang-sorang sebab peminat Pennywise dah panggil
 ajak keluar dari frame untuk bergambar. 😁
Pose lagi.
Yeay!!!!
Dapat kembali my Pennywise. 😆

Masa dekat main stage, kami mencari jugak muka-muka cosplayer yang kami kenal. Tapi nan hado. Mungkin ramai yang datang hari Sabtu. Kami ade jumpa 2 orang je. Seronok jugak pakai mumia ni. Seronok acah-acah menakutkan kids yang datang dekat mall ni. 😆

Sabtu dekat Publica pulak.😁
Sabtu kome kemana? kalau free bleh jumpa dekat Publica. 😁

BLOKEES DAN AMMAR

As Salam

Hari Khamis yang lepas, Hata dapat balik awal. Aku bagitahu Hata yang aku tak nak makan nasi sebab waktu breakfast aku dah makan nasi dengan lauk kari telur rebus sebiji. Jadi malam tu aku nak makan roti cheese naan & kari kambing je. Hata cakap dia nak makan roti naan dengan ayam tandoori. Kids tak nak makan sebab dah makan nasi lauk kari telur rebus jugak waktu balik sekolah. Jadi Ammar share dengan aku. Che mek cukai sikit ayam tandoori Hata dalam 3-4 ketul.

Masa tengah makan, Ammar tanya lepas makan ada nak pegi mana-mana tak? Aku & Hata jawab la lepas makan terus kena balik sebab aku nak adjust wig pennywise Hata yang nak diguna pakai hari Sabtu lepas. Lepas tu muka Ammar tetibe jadi murung. Dia cakap dia nak ajak ayah pegi Toy R Us untuk cari lagi blokees. Dia nak add on collection dia siap bawak duit belanja yang dikumpul sebanyak RM9.00. Ya Allah..Sabar aje lah dengan anak ramadhan ni.

Jadi lepas makan Hata pun ajak la pegi Melawati Mall dengan alasan nak beli pomade jugak. Mula-mula kami ke Toy R Us. Ada blokees tapi takde yang Ammar berkenan. Lepas tu layankan pulak ke Mr.Toy dekat level 5 . Wehhhhhhh komee.....Mr.Toy sini dah macam dekat MINISO. Terang benderang. Mainan bertambah. Siap ada barangan blind box dari pop-mart.

Ammar pun tersengih la bila tengok susunan kotak-kotak blokees tu. Ammar amik randomly 1 kotak RM8.90. Lepas tu masa lepas bayar, budak cashier lelaki tu cakap dengan kami tunggu sekejab. Dia masuk ke dalam store. Aku ingat nak bagi free gift apa-apa sebab beli blokees nie. Sekali dia datang dengan 1 lagi kotak blokees. Tapi dia cakap kotak ni dah bukak. Kawan dia ada extra jadi kawan dia cakap kalau ada yang beli blokees bagi free je yang dia punya ni.

Masa dapat tu memang Ammar speechless kome. Tak terkata dia.Aku & Hata je yang ucap terima kasih dekat budak tu.Mata Ammar tak lepas dari tengok kotak blokees yang dia baru dapat. Lepas Ammar dah back to reality, aku suruh Ammar cari budak cashier tu & say thanks. 😁

Dari Mr.Toy kami terus ke Guardian beli pomade. Lepas tu terus la balik sebab jam dah 7:30 malam. Ammar tak sabar-sabar nak bukak dalam kereta. Kami tak bagi. Kami cakap tunggu sampai rumah, solat maghrib dulu lepas tu baru unboxing. Maka sepantas kilat la Ammar buat apa yang kami suruh. Lepas tu tunggu aku selesai untuk get ready dengan camera dan on video mode.
2 kotak blokees. Dah macam buy 1 free 1
Ammar terlajak seronok sebab dia dapat yang auto optimus prime 
ni hasil dari pemberian budak cashier tadi.
Gigih awe tu pasang. Siap mintak tolong aku & mintak tolong che mek jugak.
Ini namanya outobots. Ini hasil dari kotak yang Ammar amik secara random.

Ammar cakap dia masih tak percaya yang dia dapat free lagi 1 kotak. Seronok sangat dia kome. Seronok macam aku dapat beli emas. 😆. Lepas selesai sesi unboxing, aku pun mula la mengadap wig pennywise Hata. Ada nak kena adjust sikit.

Dalam jam 11:20 malam courier yang nak hantar pencuci muka che mek baru update yang dia akan sampai dekat lobby dalam masa 20 minit. Aku malas nak turun ambil parcel tu. Mujur aku dah letak cash dalam mailbox. Jadi aku reply message dia dengan bagitahu duit cash ada dalam mailbox. Nanti dah sampai lobby boleh terus kesana amik duit & letak parcel dalam mailbox.

Esok paginya aku tengok notification dekat fon, jam 11:40 malam courier bagi gambar POD. Lepas Hata hantar anak-anak ke sekolah, masa OTW naik rumah semula aku minta Hata amik parcel che mek tu.

HUTANG aku dengan Hata berkaitan dengan costume pennywise dia dah selesai. 😆

Kome breakfast apa pagi ni?

JOB COSPLAY : PENNYWISE AT WCT OUG

As Salam

Hari Sabtu hari tu, lepas briskwalk dan bersarapan aku & Hata terus balik rumah tanpa buat uturn sebab nak kejar masa. Tak nak kelam kabut. Sampai rumah tengok Ammar dah bangun dari tido. Lepas tu kejutkan che mek untuk bersiap. Aku ada offer anak-anak untuk sarapan, tapi anak-anak cakap tak nak. Jadi jam 10:50 pagi kami pun bergerak ke sales gallery WCT OUG. Area Pavillion Bukit Jalil tu tapi takde la dekat sangat.

Kami sampai jam 11:40 pagi sebab agak jammed jugak. Lepas tu terus masuk dalam sales gallery dan menunggu dekat bilik menunggu sebab appearance time Hata adalah dari jam 12:00 tengahari sampai jam 1:00 petang je. Waktu kami sampai tu tengah turn clown. Jadi tunggu la sampai jam 12:15 tengahari baru Hata buat kemunculan dekat sales gallery ni. Mereka ada launch rumah baru. Jadi ada la exsiting or by invitation punya visitor / buyer yang datang. Siap ada kid halloween cosplay competition kome. Bersungguh jugak aku & Hata tengok contestants-contestants yang ada.
Nak amik apa tu???😁
Banyak jugak miniature rumah contoh. 
Ada yang aku berkenan sebab sq dia 1378ft.
Tapi sayangnya takde balkoni.
Ini gambar dekat commercial building under WCT.
I lokie this photo.
I know your secret...😁
Masa tengah photoshoot dekat luar, ada la visitor yang datang...
Jadi Hata pun entertain kids yang datang..
Ada yang excited, ada yang suka datang dekat sebab nak pilih candies, ada yang menangis sampai Hata kena jalan jauh-jauh dari area kids tu duduk & tak pandang pun muka kids tu. 😆
Antara contestants untuk kids halloween cosplay competition.
Judges adalah staff dari sales gallery sendiri.
Hata tak boleh jadi judges sebab kalau jadi judges, payment lain. 😁
Bersungguh betul adik ni make up & dress up..
Mungkin hadiah lumayan kot. Aku pun tak sure.
Adik beradik ni.
Job Hata selesai jam 1:20 petang.
Sebelum tu aku suruh anak-anak makan makanan yang disediakan oleh pihak sales gallery. Lepas tu aku pulak makan. Ini makanan yang aku amik. Ntah la..Tak tahu nak cakap sedap ke idak. yang pasti tak berapa sangat la menu dia pada tekak aku. 😁

Lepas aku habis makan dalam 15-20 minit, kami pun gerak balik. Hata hanya makan buah je. Takde selera katanya. 😁. Perjalanan balik amik masa dalam 50 minit jugak sebab jammed dekat MRR2. Alhamdulillah jam 2:30 petang kami pun sampai rumah. Masa pergi, Hata turun guna tangga sampai ke area parking lot. Masa balik plan asal Hata naik tangga, kami naik lift. 

Tapi aku terkejut bila tetibe nampak Hata berlari menuju ke lift lobby. Guard yang ada pun terkejut sebab nampak pennywise. 😆. Sampai rumah, buangkan make up Hata yang masih berbaki dekat bahagian mata, mandi & solat. Lepas tu aku steam dim sum & pau. Hata tengok left over nasi semalam masih elok. Jadi Hata buat nasi goreng express.
Sedap ni makan time hujan. 😁

Dalam jam 5:00 petang aku & Hata ke NSK sebab kami nak beli telur. Lepas tu che mek nak dinner macaroni. Jadi singgah beli macaroni & daging cincang. Sampai je rumah aku terus start masak sebab lepas maghrib aku nak start all out alteration costume Mumia aku tu. 😁
Beef macaroni goreng. Terlupa nak letak hirisan carrot. kalau letak lagi sedap.

Siap alteration costume jam 12:00 tengahmalam. Ding dong ding dong, jam 1:00 pagi jugak baru semua tido. 😁



SEWING PROJECT : BLACK & WHITE SUIT PART 2

As Salam

Hari Selasa lepas Isyak aku pun mengadap suit Hata untuk sentuhan alteration yang terakhir. Lepas siap pendekkan kaki seluar & lengan coat, maka sesi memeningkan kepala aku untuk add on kain dekat sebelah body ni pun bermula. Hata pilih baki kain sampin Ammar raya tahun ni untuk ditambah dekat body baju yang warna hitam. Dia cakap nak nampak lain dari yang lain. Hitam & putih tu pun kan dah nampak lain? Hata nak nampak lain lagi. Aduhai...Layan aje la.

Aku suruh Hata pakai coat tu. Lepas tu adjust lebar kain dan posisi kain. Aku lipat kiri kanan kain guna gam kain double sided tu. Lepas tu baru aku jahit kain tu dekat atas baju hitam Hata.
Macam-macam permintaan Hata ni ye...
Kita tampal aje kome...
Inilah hasilnya...With vest.
80% complete suit. Lagi 20% adalah spek mata dan topi.

Hari ni lambat sikit bersiaran sebab masa briskwalk baru teringat tak post apa-apa entry lagi hari ni. Hari ni dah plan dah nak masak apa. Harapnya menjadilah.

KOL JAM 1.50 PETANG

As Salam

Macam biasa, sekarang ni aku beli barang secara COD. Bila rider update item yang mereka nak hantar beserta dengan QR, aku akan pastikan mereka sampai dekat lobby lift baru aku akan transfer / tunjuk dimana aku letak sampul yag ada duit. Hari ni aku pilih untuk tidur lepas kekenyangan makan 2 biji pau & 3 biji fishball.

Jam 12:00 tengahari rasanya rider update cakap dah OTW. Jam 1:00 tengahari aku tido. Jam 1:50 petang rider call bagitahu dia dah ada dekat lobby. Aku pun transfer la duit. Ingat nak sambung tido lagi 7 minit. Aduhai....Udah rasa nak terkucil pulak. Terus la bangun dan kemaskan tempat tido. Rugi 7 minit aku. 😆

Tadi Admin inform aku yang bos dah ada date untuk buat birthday celebration baby May, June & July. Within next week. Terus laju-laju mintak chatGPT untuk buat satu birthday card untuk diletakkan dekat goodie bag macam tahun lepas & macam bulan April hari tu.
Aku mintak chatGPT buat kad ni. Jadi aku akan print color bila sampai waktunya nanti.

Lepas tu tadi Admin tanya aku nak menu apa masa celebration tu, aku jawab order yang biasa je. order yang bos aku nak dari bulan April. Apa dia? Nanti aku share ye. Lepas tu aku nak pass contact number seller sebelum ni. Jumpa pulak w/apps ini dan gambar ini...
Kenangan waktu jadi crew untuk Anime Fest dekat IOI City Mall tahun 2023 kot.

Ini dah last day (Ahad). Event 2 hari - Sabtu & Ahad. Paid crew. Jadi last day tu aku bagitahu team lead yang aku nak cosplay lepas lunch sampai event habis jam 7 malam. Team lead aku ok je. Jadi, lepas lunch, kalut la tukar baju dalam toilet. Kebetulan waktu ni "cuti".

Mujur la costume Harley Quinn ni senang aje nak pakai. Dress ni 100% aku jahit sendiri. Siap cari kain soft net untuk nampak lembut je dress ni. Sambil jaga entrance, sambil tu kita cosplay. Ramai jugak la pengunjung terkejut tengok hidung aku yang berdarah (lipstik + face paint ) tu. 😆.

Dah lama tak pegi cosplay kome. Aduhai...Ni tengah bincang dengan Hata samada nak jahit costume baru atau nak pakai yang sedia ada je untuk comic fiesta hujungtahun ni.

Esok dah Sabtu. Kemana kome?