Showing posts with label BLOKEES. Show all posts
Showing posts with label BLOKEES. Show all posts

BLOKEES DAN AMMAR

As Salam

Hari Khamis yang lepas, Hata dapat balik awal. Aku bagitahu Hata yang aku tak nak makan nasi sebab waktu breakfast aku dah makan nasi dengan lauk kari telur rebus sebiji. Jadi malam tu aku nak makan roti cheese naan & kari kambing je. Hata cakap dia nak makan roti naan dengan ayam tandoori. Kids tak nak makan sebab dah makan nasi lauk kari telur rebus jugak waktu balik sekolah. Jadi Ammar share dengan aku. Che mek cukai sikit ayam tandoori Hata dalam 3-4 ketul.

Masa tengah makan, Ammar tanya lepas makan ada nak pegi mana-mana tak? Aku & Hata jawab la lepas makan terus kena balik sebab aku nak adjust wig pennywise Hata yang nak diguna pakai hari Sabtu lepas. Lepas tu muka Ammar tetibe jadi murung. Dia cakap dia nak ajak ayah pegi Toy R Us untuk cari lagi blokees. Dia nak add on collection dia siap bawak duit belanja yang dikumpul sebanyak RM9.00. Ya Allah..Sabar aje lah dengan anak ramadhan ni.

Jadi lepas makan Hata pun ajak la pegi Melawati Mall dengan alasan nak beli pomade jugak. Mula-mula kami ke Toy R Us. Ada blokees tapi takde yang Ammar berkenan. Lepas tu layankan pulak ke Mr.Toy dekat level 5 . Wehhhhhhh komee.....Mr.Toy sini dah macam dekat MINISO. Terang benderang. Mainan bertambah. Siap ada barangan blind box dari pop-mart.

Ammar pun tersengih la bila tengok susunan kotak-kotak blokees tu. Ammar amik randomly 1 kotak RM8.90. Lepas tu masa lepas bayar, budak cashier lelaki tu cakap dengan kami tunggu sekejab. Dia masuk ke dalam store. Aku ingat nak bagi free gift apa-apa sebab beli blokees nie. Sekali dia datang dengan 1 lagi kotak blokees. Tapi dia cakap kotak ni dah bukak. Kawan dia ada extra jadi kawan dia cakap kalau ada yang beli blokees bagi free je yang dia punya ni.

Masa dapat tu memang Ammar speechless kome. Tak terkata dia.Aku & Hata je yang ucap terima kasih dekat budak tu.Mata Ammar tak lepas dari tengok kotak blokees yang dia baru dapat. Lepas Ammar dah back to reality, aku suruh Ammar cari budak cashier tu & say thanks. 😁

Dari Mr.Toy kami terus ke Guardian beli pomade. Lepas tu terus la balik sebab jam dah 7:30 malam. Ammar tak sabar-sabar nak bukak dalam kereta. Kami tak bagi. Kami cakap tunggu sampai rumah, solat maghrib dulu lepas tu baru unboxing. Maka sepantas kilat la Ammar buat apa yang kami suruh. Lepas tu tunggu aku selesai untuk get ready dengan camera dan on video mode.
2 kotak blokees. Dah macam buy 1 free 1
Ammar terlajak seronok sebab dia dapat yang auto optimus prime 
ni hasil dari pemberian budak cashier tadi.
Gigih awe tu pasang. Siap mintak tolong aku & mintak tolong che mek jugak.
Ini namanya outobots. Ini hasil dari kotak yang Ammar amik secara random.

Ammar cakap dia masih tak percaya yang dia dapat free lagi 1 kotak. Seronok sangat dia kome. Seronok macam aku dapat beli emas. 😆. Lepas selesai sesi unboxing, aku pun mula la mengadap wig pennywise Hata. Ada nak kena adjust sikit.

Dalam jam 11:20 malam courier yang nak hantar pencuci muka che mek baru update yang dia akan sampai dekat lobby dalam masa 20 minit. Aku malas nak turun ambil parcel tu. Mujur aku dah letak cash dalam mailbox. Jadi aku reply message dia dengan bagitahu duit cash ada dalam mailbox. Nanti dah sampai lobby boleh terus kesana amik duit & letak parcel dalam mailbox.

Esok paginya aku tengok notification dekat fon, jam 11:40 malam courier bagi gambar POD. Lepas Hata hantar anak-anak ke sekolah, masa OTW naik rumah semula aku minta Hata amik parcel che mek tu.

HUTANG aku dengan Hata berkaitan dengan costume pennywise dia dah selesai. 😆

Kome breakfast apa pagi ni?