Showing posts with label COSPLAY EVENT. Show all posts
Showing posts with label COSPLAY EVENT. Show all posts

JOB COSPLAY : ANGGUN CITY - RAWANG

As Salam

Hari Sabtu petang kami dah gerak dari rumah untuk ke Anggun City Rawang. Masa dekat PLUS highway hujan lebat sangat. Alhamdulillah manage to reach at Anggun City on time. Parking tempat lain, tempat persalinan di sales gallery yang agak jauh jugak dari parking. 

Sempat la snap gambar LUGE Rawang ni. Cantik kome.
Sekeping with Pennywise. 

Waktu ni anak-anak stay dekat sales gallery tu je.Aku tak bagi anak-anak follow kami sebab orang ramai jugak waktu ni . Job kali ni event outdoor. Walaupun tak panas sangat, tapi ada aktiviti parade yang mana kids diajak berjalan dari shoplot-shoplot yang ada untuk kutip trick or treat. All cosplayers follow the parade. Jadi aku rasa anak-anak aku tak sesuai untuk aktiviti-aktiviti macam ni. 😁. Tepat jam 9.30 malam, semua cosplayers gerak balik ke sales gallery untuk suit down. Job 1 jam je.
All the cosplayers. Pennywise, mc Donald ghost, cik ponti dan wednesday.
Sekeping with the cosplayers & minder. 
Sorang lagi minder yang tukang snap gambar kami ni. 😁
Menjadi ke idak yang dibelakang tu? 😆
I can see you.
Kalau nampak macam ni, korang lari ke korang kejar dia semula.? 😆
Cik ponti nak interprem jugak...😆

Bila semua dah suit down, kami makan dekat kedai mamak yang kami nampak masa nak masuk simpang ke AnggunCity ni. Ingatkan dekat. Sekali waze bawak Allahuakbar..Jauh jugak nak kena pusing & uturn kome.😁

Aku & Hata tak makan nasi sebab pagi dah makan nasi. Kami makan mee goreng mamak je.Itu pun aku tak habis makan sebab tak kena dengan selera atau mungkin sebab dah lewat malam.  Che mek amik nasi goreng mamak. Ammar amik nasi campur sebab dia memang lapar. Lepas makan semua pun bersurai. Sampai rumah jam 12:30tengah malam.Ding dong ding dong, jam 1 pagi lebih jugak baru semuanya tido.

Sudahnya ahad pagi memang tak briskwalk la aku & Hata. 😁

Malam ni nak dinner apa?

ANIME FEST - LALAPORT

As Salam

Hari Ahad, lepas bersarapan, kami pun slowly bersiap untuk ke cosplay event nama Anime Fest dekat Lalaport. Plan nak pegi awal dan balik awal sebab Sabtu tu dalam jam 3:00 petang dekat area Lalaport tu hujan lebat.

Kami gerak dari rumah jam 11:00 pagi. sampai dekat Lalaport jam 11:25 pagi. Aku wrapped kepala aku dalam kereta masa dah sampai sana dalam 10 minit.. Jalan, amik gambar, bergambar, bagi candy lepas tu jam 1:20 petang kami plan nak makan dekat TCRS tapi ramai pulak orang beratur. Terus la tak jadi dan kami decided untuk balik rumah dulu, buang make up, suit down. Jam 3:00 petang kami keluar rumah pergi ke Melawati Mall sebab Ammar nak kena potong rambut dan nak makan dekat Marrybrown.
Seluar lama yang terpaksa dikorbankan sebab dah tak muat. 😆
Jahit kaki seluar lama dekat kaki seluar baru. Lepas tu add on kain belacu untuk cover bahagian peha dan keatas.
Aku buat wrap baru untuk bahagian kepala. Lilit-lilit aje kome.
Pose manjah mumia bila jumpa dengan Pennywise. 😆
Mumia pose sorang-sorang sebab peminat Pennywise dah panggil
 ajak keluar dari frame untuk bergambar. 😁
Pose lagi.
Yeay!!!!
Dapat kembali my Pennywise. 😆

Masa dekat main stage, kami mencari jugak muka-muka cosplayer yang kami kenal. Tapi nan hado. Mungkin ramai yang datang hari Sabtu. Kami ade jumpa 2 orang je. Seronok jugak pakai mumia ni. Seronok acah-acah menakutkan kids yang datang dekat mall ni. 😆

Sabtu dekat Publica pulak.😁
Sabtu kome kemana? kalau free bleh jumpa dekat Publica. 😁