As Salam
Hari Sabtu petang kami dah gerak dari rumah untuk ke Anggun City Rawang. Masa dekat PLUS highway hujan lebat sangat. Alhamdulillah manage to reach at Anggun City on time. Parking tempat lain, tempat persalinan di sales gallery yang agak jauh jugak dari parking.
Sempat la snap gambar LUGE Rawang ni. Cantik kome.
Sekeping with Pennywise.
Waktu ni anak-anak stay dekat sales gallery tu je.Aku tak bagi anak-anak follow kami sebab orang ramai jugak waktu ni . Job kali ni event outdoor. Walaupun tak panas sangat, tapi ada aktiviti parade yang mana kids diajak berjalan dari shoplot-shoplot yang ada untuk kutip trick or treat. All cosplayers follow the parade. Jadi aku rasa anak-anak aku tak sesuai untuk aktiviti-aktiviti macam ni. 😁. Tepat jam 9.30 malam, semua cosplayers gerak balik ke sales gallery untuk suit down. Job 1 jam je.

All the cosplayers. Pennywise, mc Donald ghost, cik ponti dan wednesday.
Sekeping with the cosplayers & minder.
Sorang lagi minder yang tukang snap gambar kami ni. 😁
Menjadi ke idak yang dibelakang tu? 😆
Cik ponti nak interprem jugak...😆
Bila semua dah suit down, kami makan dekat kedai mamak yang kami nampak masa nak masuk simpang ke AnggunCity ni. Ingatkan dekat. Sekali waze bawak Allahuakbar..Jauh jugak nak kena pusing & uturn kome.😁
Aku & Hata tak makan nasi sebab pagi dah makan nasi. Kami makan mee goreng mamak je.Itu pun aku tak habis makan sebab tak kena dengan selera atau mungkin sebab dah lewat malam. Che mek amik nasi goreng mamak. Ammar amik nasi campur sebab dia memang lapar. Lepas makan semua pun bersurai. Sampai rumah jam 12:30tengah malam.Ding dong ding dong, jam 1 pagi lebih jugak baru semuanya tido.
Sudahnya ahad pagi memang tak briskwalk la aku & Hata. 😁
Malam ni nak dinner apa?







0 Comments:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.