DINNER WITH SAMBAL BERLADO IKAN BILIS.

As Salam

Hari Selasa hari tu aku teringin sangat nak makan ikan bilis sambal berlado. Kecur liur tengok blogger share menu-menu yang mereka masak. 😆

Hari Selasa balik keje singgah kedai runcit dekat Taman Melati tu. Sampai rumah terus la kita mulakan misi memasak. hata tolong masak gulai lemak ayam untuk anak-anak. 
Siap menu simple. Dalam gulai lemak ada kentang. 
Dalam ikan bilis sambal berlado pun ada kentang. 😁

Puas hati betul dapat makan ikan bilis sambal berlado ni. Aku makan lauk tu je kome. Punya la teringin sangat nak makan.😁

Semalam ada nasi lebih. Jadi pagi tu Hata masakkan nasi goreng untuk kami bawak bekal. Hata punya seminar start jam 9:00 pagi. Jadi kami pilih untuk breakfast bekal yang kami bawa tadi dekat kedai mamak area ofis aku. Amik lauk seekor ikan sardin & sebiji telur sambal. Order jugak kopi o ais & air suam untuk Hata sebab dekat tempat seminar Hata nak minum air latte.
Selesai makan nasi goreng dengan 2 lauk tu...Aku makan lauk ikan sardin je.

Hari ni dah hari Jumaat dah kome. Cepat aje rasanya masa berlalu tinggalkan kita. Alhamdulillah preparation aku pun dah nak sampai ke penghujungnya. Ada la satu dua barang lagi yang nak kena sorting.

Tekak rasa nak makan pasembor la pulak. Tapi susah nk cari sekarang ni.
Korang ada yang tahu dekat mana nak cari pasembor pasar malam yang sedap area taman Melati / Gombak / Melawati?

0 Comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.