As Salam
Rabu malam Khamis lepas kan anak-anak ikut Hata ke ofis dan duduk di library. Masa balik dekat PWTC tu rasanya hujan dah mula turun. Sampai dekat jalan Genting Klang hujan dah turun lebat. Jadinya amik jalan pintas masuk Genting Court Condo dan ke Diamond Square. Lepas tu terus ke kedai makan dekat Gombak yang biasa kami singgah tu. Makan individual sebab memasing masih kenyang dengan makanan yang dimakan dan dibekalkan. Ammar sorang je makan nasi goreng pattaya. Hata order kueyteow padthai. Che mek order maggi celup. Aku order kueyteow kungfu. Dah lama rasanya tak makan menu ni dan rasanya aku tak pernah order lagi menu ni dekat sini.
Kuey teow kungfu...
Aku bagitahu aku tak nak sawi. Sekali tuklang masak letak banyak baby kailan ni. Aku ok je.Aku suka sayur-sayur ni sebab semua tak pahit. 😁. Cuma lauk tak banyak sangat. Hanya beberapa pcs sotong & 2 ekor udang.
Masa sampai aku pelik sebab menu ni dihidangkan dalam mangkuk. Lepas tu aku pun tak sabar la nak makan. Ceduk sesudu kuey teow, amik sehelai sayur hijau & 1 pcs sotong. Tiup ala kadar terus la ngap...Sekali ngap macam nak terbeliak biji mata aku sebab panas giler kome. Terpaksa la duk ho heng ho heng sejukkan makanan yang dah ada dalam mulut. 😁
Lepas tu baru la perasan setiap sudu yang aku ceduk tu memang berasap-asap kome. Amik masa nak bagi suam. Rasanya biasa-biasa aje. Mungkin sebab dulu aku biasa makan kuah yang ada telur. Menu ni kuahnya takde telur.
Lepas makan, kami terus balik sebab nak kejar ke maghrib. Masa dalam kereta baru aku terasa macam lidah aku pedih melecur sikit. 😆. Lepas ni kalau makan kuey teow kungfu kena berhati-hati la kome. Udah nak terbakor lidah teman ni ha....
Korang suka kuey teow kungfu?

0 Comments:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.