As Salam
Aku tak ingat bila dan dimana aku beli bahan-bahan untuk menu breakfast minggu ni. Aku beli coral salad, lettuce, carrot, tomato cherry, brokoli, cauliflower & roasted sesame sos jenama kewpie. Hari Isnin bangun awal 10 minit. Aku potong sayur, steamkan, potong salad & rebus telur guna egg maker. Dah lama tak guna egg maker tu sampai aku lupa function mana untuk telur rebus. Aku main tekan je kome. Lepas tu aku tinggalkan untuk buat kerja lain. Aku ada offer pada Hata tapi dia cakap tak nak.
Sarapan dengan salad & telur rebus
Inilah sarapan "sihat" aku hari Isnin lepas. Telur tu aku tak pecahkan dari rumah. ASku bawak ke ofis sebab nak keja masa. Masa nak pecahkan dekat ofis. Tetibe telur ni merecik dekat aku. Terkejut aku kome. Rupanya aku set function telur separuh masak. Mujur la kuning telur tu tak cair. Dah masak 3 suku dah. Kuning telur tu cantik kejadiannya. Putih telur pun sama. Aku lupa nak snap gambar.
Tapi aku makan jugak la lepas tuang roasted sesame sos tu. Alhamdulillah kenyang sampai tengahari. Dah lama rasanya tak bawak bekal menu breakfast ni sebab boleh tahan jugak bahan-bahan yang nak kena prepare. Nak buat time malam, aku malas. Pagi pulak rasa rajin. Aku offer dekat Hata untuk buat yang sama cuma aku add on isi ayam. Esok paginya aku buatkan jugak untuk Hata
Salad with prep chicken & egg.
Selasa malam rabu rasa rajin. Jadi sementara tunggu jam 10 malam untuk amik che mek, aku prepare semua ni. Potong siap-siap brokoli, cauliflower, carrot & salad. Lepas tu letak dalam tupperware & simpan dalam peti. Ayam prep tu pulak ayam yang sebelum ni. Aku masak atas dapur waktu malam. Lepas tu panaskan sekejab pagi tu. Kali ni telur rebus aku menjadi lepas pilih function yang betul. 😆
Alhamdulillah kenyang kami berdua makan menu breakfast ni. Sos roasted sesame tu pun dah tinggal sikit dah. Hanya tinggal untuk sekali makan je. Bila dah ada stock & bila RAJIN boleh la buat hari-hari. Kalau datang penyakit M tu...Nak pegi dapur pun aku malas. 😁
Korang sarapan apa tadi?


0 Comments:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.