PLAN TAK JADI - SPAGHETTI BEEF BOLOGNESE

As Salam

Selesa lepas ingatkan balik kerja sekali dengan Hata. Sekali Hata bagitahu dia kena balik lewat sikit sebab ada report nak kena siapkan. Semalam pun balik lambat jugak sebab ada pre-plan nak kena attend. Gitu la keje as "detective conan" ni...Memang jarang dapat balik on time. 😆

Sekarang jerebu macam teruk juga dekat KL ni walaupun masih belum cecah IPU 200. Harapnya tidak la sampai ke tahap itu. Jadi semalam sampai je rumah aku ingat nak ajak anak-anak pegi Q Bistro sebab aku malas nak masak. 😆. Sekali sampai rumah Ammar mengadu jari kaki dia luka sikit sebab dia terjatuh dalam toilet dekat masjid. Bila aku tanya punca, Ammar cakap ada budak lelaki darjah 6 MENGINTAI dia mandi. Allahuakbar...Sabar aje la budak-budak sekarang ni. Ada "barang" yang sama pun nak mengintai. Ammar cakap dia dah report pada guru besar. Tapi kalau kecederaan Ammar serius memang aku kena take action la. Sebab jatuh dalam toilet bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Risiko ye. Alhamdulillah setakat hari ni Ammar nampak OK.

Bila dah dengar macam tu, jadi aku pun masak aje la apa-apa yang simple. Jadinya aku masak spaghetti beef bolognese. Hari tu ada beli meatball jenama Saudi. Stock daging cincang pun ada. Ok..Jalan. Cumanya spaghetti tu aku guna fettucini sebab nak habiskan stock.
Spaghetti beef bolognese.

Jam 8 malam hantar che mek pegi tuisyen. lepas tu singgah 99 speedmart sebab nak stock up roti coklat Ammar. This week kantin dekat SRA ditutup untuk renovation. Nak masak awal pagi risau dah tak elok pulak sampai jam 3.45 petang (waktu rehat). Jadi aku bekalkan roti aje la untuk Ammar. Duit belanja tetap bagi.

Semalam Hata drive kereta untuk ke ofis sebab nak kena attend pre-plan punya meeting sampai lewat petang. Jadi aku pilih untuk pakai baju kurung sebab tak naik motor. Kalau naik motor aku lebih suka pakai seluar...Senang nak turun naik motor. 😁. Masa nak keluar rumah baru perasan warna baju kami sama. Hitam. Sementara tunggu lift sampai, kita snap sekeping. Jarang-jarang nak snap gambar pepagi hari ni kome. 😁
Baju sama hitam. 💜

Esok dah jumaat kome...

26 comments:

  1. Alahai pi mengintai orang mandi pulak dah. Patut ammar siram je dengan air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la pasal. Mgkn dia trkejut kot. Jadi capai towel dulu. =)

      Delete
  2. Makin hari macam makin teruk jerebu kelabu asap ni. Harapnya cepatlah segera sembuh udara di Malaysia ni. Semoga hujan turun kembali sejukkan bumi yang tengah panas.
    Bagus juga tu buat report pada guru besar. Harap ada tindakan lah supaya mereka tak buat lagi.
    Senang masak ringkas-ringkas je. Janji kenyang.
    Boleh pulak tersama ye pagi tu. Maknanya sehati sejiwa lah. Kann..

    ReplyDelete
  3. Jadi kenalah tukar nama "Beef Bolognese Fettucine". Tapi kalau kat rumah tak kisahlah apa jenis pasta sekalipun...penne ke, ribbon ke, yg rupa mcm kerang tu panggil apa, semua budak2 ni suka. Asalkan pasta.

    ReplyDelete
  4. Uncle ingat love love tu memang corak baju... rupanya nak cover tag... clever

    ReplyDelete
  5. Akak pun belasah je kadang guna angel hair la..apa yang ada la kat rumah...hahahaha

    ReplyDelete
  6. sedapnya. akak baru beli fettuchini semalam. nanti nak buat lah

    akak tukar link blog kat sini ye
    https://kanvaskehidupan23.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. This weekend bleh buat sis. Ok.Noted on your new link =)

      Delete
  7. Nieza shoo syantikk. Sedap fettuchini. Kadang boring pakai angel hair memang suka tukar2 kadang pakai spiral.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis.Kita pakai apa yang ada jangi dlm geng pasta / spaghetti =D

      Delete
  8. Menakutkan je budak suka intai ni. Bagus tindakan ammar tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la..Mcm2 akal mereka. geram jgk waktu mula2 dgr tu.

      Delete
  9. Aiiish kenapa anak2 skr nih banyak sangat tingkah nya, mengintip temannya mandi??? Agak seram lah ini. Kemarin tuh di sekolah anak saya ada juga yg ntah kenapa suka menepuk butt teman wanitanya. Langsung lapor ke guru lah memang. Masalahnya masih kecil pun. 😔.

    Bisa sama warna baju yaa 😄. Dulu saat saya masih di HSBC dan suami pun di HSBC, memang sering lah pakai warna sama 😅. Rindu pula momen2 kerja

    ReplyDelete
  10. best bila baju matchy! boleh posing2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis..jarang2 sedondon selain dr hari raya / kenduri..hahaha

      Delete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.