As Salam
Selesa lepas ingatkan balik kerja sekali dengan Hata. Sekali Hata bagitahu dia kena balik lewat sikit sebab ada report nak kena siapkan. Semalam pun balik lambat jugak sebab ada pre-plan nak kena attend. Gitu la keje as "detective conan" ni...Memang jarang dapat balik on time. 😆
Sekarang jerebu macam teruk juga dekat KL ni walaupun masih belum cecah IPU 200. Harapnya tidak la sampai ke tahap itu. Jadi semalam sampai je rumah aku ingat nak ajak anak-anak pegi Q Bistro sebab aku malas nak masak. 😆. Sekali sampai rumah Ammar mengadu jari kaki dia luka sikit sebab dia terjatuh dalam toilet dekat masjid. Bila aku tanya punca, Ammar cakap ada budak lelaki darjah 6 MENGINTAI dia mandi. Allahuakbar...Sabar aje la budak-budak sekarang ni. Ada "barang" yang sama pun nak mengintai. Ammar cakap dia dah report pada guru besar. Tapi kalau kecederaan Ammar serius memang aku kena take action la. Sebab jatuh dalam toilet bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Risiko ye. Alhamdulillah setakat hari ni Ammar nampak OK.
Bila dah dengar macam tu, jadi aku pun masak aje la apa-apa yang simple. Jadinya aku masak spaghetti beef bolognese. Hari tu ada beli meatball jenama Saudi. Stock daging cincang pun ada. Ok..Jalan. Cumanya spaghetti tu aku guna fettucini sebab nak habiskan stock.
Spaghetti beef bolognese.
Jam 8 malam hantar che mek pegi tuisyen. lepas tu singgah 99 speedmart sebab nak stock up roti coklat Ammar. This week kantin dekat SRA ditutup untuk renovation. Nak masak awal pagi risau dah tak elok pulak sampai jam 3.45 petang (waktu rehat). Jadi aku bekalkan roti aje la untuk Ammar. Duit belanja tetap bagi.
Semalam Hata drive kereta untuk ke ofis sebab nak kena attend pre-plan punya meeting sampai lewat petang. Jadi aku pilih untuk pakai baju kurung sebab tak naik motor. Kalau naik motor aku lebih suka pakai seluar...Senang nak turun naik motor. 😁. Masa nak keluar rumah baru perasan warna baju kami sama. Hitam. Sementara tunggu lift sampai, kita snap sekeping. Jarang-jarang nak snap gambar pepagi hari ni kome. 😁
Baju sama hitam. 💜
Esok dah jumaat kome...


Sedondon warna bajunya tu Nieza.
ReplyDeleteIye.Kebetulan =D
DeleteAlahai pi mengintai orang mandi pulak dah. Patut ammar siram je dengan air.
ReplyDeleteitu la pasal. Mgkn dia trkejut kot. Jadi capai towel dulu. =)
DeleteMakin hari macam makin teruk jerebu kelabu asap ni. Harapnya cepatlah segera sembuh udara di Malaysia ni. Semoga hujan turun kembali sejukkan bumi yang tengah panas.
ReplyDeleteBagus juga tu buat report pada guru besar. Harap ada tindakan lah supaya mereka tak buat lagi.
Senang masak ringkas-ringkas je. Janji kenyang.
Boleh pulak tersama ye pagi tu. Maknanya sehati sejiwa lah. Kann..
Betul tu.Mujur Ammar buat report.
DeleteWah sedondon pulak ye 👍🏻
ReplyDeleteGitew...Hahaha
DeleteJadi kenalah tukar nama "Beef Bolognese Fettucine". Tapi kalau kat rumah tak kisahlah apa jenis pasta sekalipun...penne ke, ribbon ke, yg rupa mcm kerang tu panggil apa, semua budak2 ni suka. Asalkan pasta.
ReplyDeleteHahaha..itu la tu. Dh bleh tukar nama =D
DeleteUncle ingat love love tu memang corak baju... rupanya nak cover tag... clever
ReplyDeleteKeje detective conan mmg kena cover2..Hahahha
DeleteAkak pun belasah je kadang guna angel hair la..apa yang ada la kat rumah...hahahaha
ReplyDeleteKan.janji sama geng =D
Deletesedapnya. akak baru beli fettuchini semalam. nanti nak buat lah
ReplyDeleteakak tukar link blog kat sini ye
https://kanvaskehidupan23.blogspot.com/
This weekend bleh buat sis. Ok.Noted on your new link =)
DeleteNieza shoo syantikk. Sedap fettuchini. Kadang boring pakai angel hair memang suka tukar2 kadang pakai spiral.
ReplyDeletebetul tu sis.Kita pakai apa yang ada jangi dlm geng pasta / spaghetti =D
DeleteMatchy² gitu...
ReplyDeleteGitewwww... =)
DeleteMenakutkan je budak suka intai ni. Bagus tindakan ammar tu
ReplyDeleteItu la..Mcm2 akal mereka. geram jgk waktu mula2 dgr tu.
DeleteAiiish kenapa anak2 skr nih banyak sangat tingkah nya, mengintip temannya mandi??? Agak seram lah ini. Kemarin tuh di sekolah anak saya ada juga yg ntah kenapa suka menepuk butt teman wanitanya. Langsung lapor ke guru lah memang. Masalahnya masih kecil pun. 😔.
ReplyDeleteBisa sama warna baju yaa 😄. Dulu saat saya masih di HSBC dan suami pun di HSBC, memang sering lah pakai warna sama 😅. Rindu pula momen2 kerja
Iye.Mcm2 perangai skrg ni. Risau.
Deletebest bila baju matchy! boleh posing2
ReplyDeleteBetul tu sis..jarang2 sedondon selain dr hari raya / kenduri..hahaha
Delete