PREPARATION FOR COMPAY TRIP : LARGE BACKPACK / FOLDABLE BAG / NEW LUGGAGE?

As Salam

Makin nak dekat dengan date untuk company trip, makin berbolak balik hati ni nak bawak bag yang mana satu untuk tambahan. Aku ingat malas nak buat macam masa pegi HCMC. Yang mana aku masukkan luggage 20 inch kedalam luggage 24 inch. Barang yang aku shopping semua aku masukkan ke dalam luggage 24 inch tu. Tapi bila bos cerita kami akan bertukar-tukar hotel sebab jarak setiap destinasi agak jauh, mula la aku ligat je mencari dekat shopeeah, tiktok shop & tanya jugak google Ai Mode. Macam-macam jenis bag yang aku survey untuk keselesaan aku dekat sana nanti. Kali ni rasa macam nak relax-relax je waktu pergi. Waktu balik belakang cerita 😁.

Ini antara bag-bag yang aku dah survey :
Bag ni memang aku suka tapi rasa macam gabak/besor beno pulak yong.
Dekat shopeah bag ni under budget aku & bila tanya Google Ai Mode pun dieorang agreed dengan pilihan aku. Tapi itu la masalah aku...
Rasa macam besor beno.
Bag ni pun aku berkenan sebab warna, kapasiti & harga under budget.

Lepas tu aku terfikir. Berapa banyak backpack yang aku nak bawak? Backpack  ini, luggage & sling bag lagi. Waterproof backpack tu aku rasa macam hanya nak guna masa hari kedua. Udah macam nak pegi seminggu. Padahal nak pegi 4 hari 3 malam je. Aku rasa banyak pulak bag kalau beli backpack ni sebab kami berpindah-pindah hotel. 

Jadi aku terfikir nak bawak 1 luggage yang sedia ada size 24 inch & 1 foldable bag untuk back-up. Kalau aku sempat shopping, semua barang shopping kita masukkan dalam foldable bag tu. Waktu ni Decathlon adalah salah satu tempat "terapi" aku untuk survey barang-barang untuk dibeli dan dibawa ke company trip kali ni. 😁. Jadi masa ke Decathlon sekali lagi, aku ajak Hata pergi tengok bag ni. Mujur Hata setuju bila aku cakap aku akan buat 1 extra cover (kalau rajin) untuk bag ni kalau barang yang aku beli penuh 1 bag tu nanti. Jadi agak terjamin la keselamatan barang-barang & bag tu sebab ada extra protection.
Aku beli yang 75L. Foldable Dulffle Sport Bags ni.

Lepas tu masa scroll-scroll dekat tiktok shop nampak ada promo luggage brand Giordano size 28 Inch. Below RM300 kome sebab waktu tu tengah FLASH SALE. Udah datang pulak angin nak bawak 1 luggage size ini & bag foldable ini je.Senang. Tak perlu backpack yang besar tu dah sebab aku kan beli bag Spiner & foldable dulffle bag tu?.Bag sniper boleh dipakai untuk hari kedua. Hari ketiga kita guna untuk letak barang backup & rasa macam tak perlu dipakai waktu balik kalau tak beli barang banyak. Kalau beli barang banyak, kita fikir balik. 😁

Lepas tu aku tengok dekat shopeahhh...Tengok pulak waktu kedai ni buat flash SALE. Dapat below RM200 selepas tolak saknika voucher yang ada. Terus bagitahu Hata & checkout. Alhamdulillah, esoknya dah sampai dekat rumah. Cepat betul proses penghantaran kedai ni buat. Kali ni aku pilih kaler gegurl sebab nak try warna yang lain pulak. Lagipun untuk luggage jenis ni hanya ada 4 warna pilihan iaitu hitam, light blue, army green & pink.
Aku pilih kaler pink kome. Tapi kalau actual color idak la pink benor. 
Warnanya macam pink nak ke peach gitew..😁

Alhamdulillah dalamnya luas, aku harap muat la masukkan bag foldable, bag kalis air, baju bajan, stick, kasut hiking tu. Lepas tu masa pegi Decathlon aku beli 1 lagi bag kalis air 2.5L untuk double protection. Sayang barang-barang berharga kome. Udah le jauh dari tok laki πŸ˜€
Aku beli transparent dry bag 2.5L ni. Baru la rasa lebih yakin😁

Settled satu lagi matter part bag. Pening teman mengkome wehhhh...Beli ni nanti boleh guna jugak. Especially luggage tu. Time balik kampung boleh sumbat baju bajan aku & Hata dalam 1 bag & boleh lock. 

Jadi masa hari pergi nanti, cadangnya aku hanya nak sorong luggage 28 inch ni & pakai bag Anello tu je. Yang lain boleh simpan dalam luggage ni sampai la tibe ke bilik hotel. OK la kan tak perlu pegang banyak bag. Nanti masa dekat hotel, dah kena prepare bag, dan pakaian untuk day 2 sebab selepas selesai 2 aktiviti, kami akan balik semula ke hotel & check out untuk ke destinasi berikutnya dan akan ke hotel yang berikutnya untuk aktiviti hari ke-3.

Excited dia lain macam kali ni sebab tempat baru. 😁

0 Comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.