As Salam
Aktiviti hari minggu yang masih dapat diteruskan. Alhamdulillah. Hari Sabtu jam 7.45 pagi keluar dari rumah. Jalan kaki ikut route biasa. Sebab hari Sabtu lepaskan Hata ada dapat job cosplay as pennywise. Jadi memang tak pilih route yang jauh. Lepas briskwalk, kami breakfast dekat Q Bistro. Tak pegi dah dekat kedai roti canai melayu tu sebab ada 1 hari tu Hata belikan anak-anak roti canai. Lepas makan, by afternoon, mereka bertiga pakat ulang alik toilet. Mini cherry berry. Lepas tu masa aku balik, aku ada bau makanan basi dekat bawah tudung saji. Rupanya baki kacang dhal pagi tadi dah berketul dan basi. Mereka lupa nak buang lepas makan. Sejak dari tu kami tak pegi dah kedai tu.
Dapat la 3.91km dengan 5611 steps.
Ini aku guna apps Zepp terus dari fon.
Kalau dari jam terus jadi hilang arah 😁
Hari Ahad pun kami teruskan aktiviti briskwalk. Hata ada tanya nak jalan sampai ke Danau Kota ke idak? Aku jawab TAK NAK sebab aku penat. Sabtu malam ahad dekat pukul 1 pagi baru aku dapat tido menyiapkan costume mumia aku. 😁. Jadi kami ikut route yang sama macam semalam je.

Macam biasa sekeping sebelum mula itu WAJIB. 😁
Dah sampai dekat area pasar pagi Taman Melati tu, aku ajak Hata singgah pasar pagi tu. Jalan dalam tu mencari makanan untuk bersarapan sebab nak tukar angin la pulak. Alhamdulillah jumpa apa yang aku nak makan. Kami belikan Ammar nasi lemak 2 bungkus. Aku beli mee rebus, apam balik, pisang.
Muka happy dapat beli makanan dari pasar pagi. 😁
Dapat 4.40km dengan 6604 steps.
Sampai rumah tengok che mek dah bangun dari tido. Terus la kejutkan Ammar sebab nak ajak sarapan sekali dan lepas tu boleh la slowly bersiap untuk ke cosplay event Anime Fest dekat Lalaport.
Alhamdulillah minggu lepas dapat briskwalk Sabtu & Ahad. Hari ni Hata dapat WFA & Ammar pun dah mula sekolah SRA. Jadi takde la Hata masak untuk bekal. Hata masak untuk dinner aje la kalau sempat. Nak makan apa pulak hari ni. 😁





seronok tgok briskwalk berdua ngan suami...suami akak? dia lebih sygkan lemak2 dia..hahahaha...
ReplyDeleteAlhamdulillah...Syngkn lemak bahaya tu sis..hahahah
Deletebestnya briskwalk ..
ReplyDeletenieyl stop buat aktiviti luar..
tempat nieyl jerebut teruk..
Alhamdulillah..Kalau teruk sgt jerebu bahaya jgk nk briskwalk... brsenam dkt rumah aje la..=)
Deletehusband dh ajak briskwalk tp indoor la kt threadmill..wifenya kemalasan haha...
ReplyDeleteSy surrender dah briskwalk dkt threadmill sis. Pening sy dibuatnya =D
Deletebestnya dpt istiqamah briskwalk! MZ entah bila nak start exercise ni..
ReplyDeleteAlhamdulillah sis. =)
Deletelama sgt x brisk walk..partner dah jauh. currently MA kayuh basikal depan tv jer...
ReplyDeleteKayuh basikal pun ok jgk tu sis =)
DeleteSuami linda pula... Buat senaman ringan dekat rumah aje.. hahaha...
ReplyDeleteKalau petang2 linda buka senaman dekat u tube tu, dia join lerr
Ade geng baru best =D
Delete