As Salam
Hari Sabtu hari tu aku rasa sekali lagi aturan Allah cantik je. memandangkan job cosplay postpone ke hari Ahad, jadi aku & Hata decided untuk briskwalk jauh sikit sampai ke area Danau Kota. Lepas tu Hata nak try breakfast dekat kedai mamak baru bukak nama Nasi Kandar Stadium. Betul-betul opposite KL East Mall tu. Kami sarapan ringan-ringan je sebab lepas tu nak ke Pertama Kompleks pulak.
Wajib sekeping sebelum bermula...
Sekeping lagi masa OTW balik dari Danau Kota.
Kedai baru..Semua pun baru. So far servisnya masih laju.
Aku tak dapat nak snap gambar suasana kedai ni sebab ramai jugak customer waktu ni.

Aku order kopi ais dan tosai.
Hata order roti kosong banjir. Tapau untuk anak-anak roti telur & roti planta gula.

Dapat la 6.30KM dengan 8017 steps. Ini sebab kami tak pusing ke Taman Melati tu...Kalau pusing rasanya dapat la 10K steps.
Dalam jam 12:00 tengahari kami ke Pertama Kompleks sebab hari Jumaat bingkai spek mata Ammar patah. Katanya patah masa dia bersihkan cermin spek mata. Allahuakbar....Duit lagi anakku...😆. Disebabkan ini kes emergancy, jadi kita kena grab spek mata yang paling murah.

Udah hilang bingkai sangkut telinga spek mata ni.
Sementara anak check mata, ibu try spek mata...
Berkenan. Tapi bila Hata cakap spek mata ni tak polaroid macam yang diiklankan. Kita letak balik la kome.
Lepas settle amik semula power spek mata Ammar dan akak kedai bagitahu kena tunggu dalam masa sejam, jadi kami terus la ke SOGO untuk makan. memasing pun dah lapar sebab breakfast makan yang ringan-ringan je. Kami makan dekat food court SOGO tu je.
Aku terasa nak makan nasi ayam. Lepas tu ada promo fried wantan. Kita grab sekali.
Masa makan hata dapat message dari akak kedai spek bagitahu spek mata Ammar dah ready to pick up. Lepas makan terus la ke kedai spek mata tu semula dan pick up spek mata Ammar. Spek mata ni takde blue ray sebab kalau nak order yang itu, kena tunggu sampai petang ni baru dapat siap sebab kena order. Jadi kita amik yang biasa dulu sebab Sabtu petang Ammar ada training bola. Kena charge RM98.00. Ok lah..janji dapat ganti spek mata.
Seronok la awe ni dapat spek mata baru.
Jam 4.15 petang Hata hantar Ammar naik motor sebab Ammar request nak naik motor ke padang. Dalam jam 5.40 petang macam tu kami pun ke Giant Taman Permata untuk beli barang dapur sikit. Kebetulan ada jualan Rahmah dekat Giant. Murah banyak jugak la cuma kena bayar dekat kaunter yang disediakan dan limit 2 items per product untuk setiap customer. Aku grab 1 botol detergant Daia, milo 1kg, maggi kari sepaket, biskut munchys dan minyak masak 5kg. Dah beli ini, hantar ke kereta dulu. Sedang elok habis membeli jam dah 6.30 petang. terus la kami ke padang training bola Ammar dekat depan tu je.
Jam 7:00 malam jugak baru habis trainingnya kome. Lepas tu terus la makan dekat mamak Syed. Sampai rumah jam 7.45 malam. Lepas selesai semua kami pun berehat aje la. Aku melipat kain.

















































