BRISKWALK KE KL EAST MALL

As Salam

Hari Rabu hari tu Hata cakap aku boleh gantung kuali tak payah masak. Ingat nak bungkus makanan je. Tapi waktu Hata amik aku tu hujan dah renyai-renyai. Jadi kami balik rumah dulu. Dah letak bag, Hata ajak kami ke KL East Mall. Jalan kaki je sebab memang dah sedia maklum waktu peak hour ni memang susah nak dapatkan Grab car. 

Sampai dekat KL East Mall jam 6:40 petang. Kami terus ke TCRS untuk dinner sebab aku lapar dan rasa nak makan nasi. Hata pun lunch hour dia tak pegi makan. Jadi kena makan nasi jugak. Lepas makan, Ammar ajak Hata ke Toy R US. Dia nak tengok blockee yang harganya RM8.90 sekotak. Aku cakap aku malas nak ikut, jadi aku cakap dengan Hata yang aku nak masuk dalam decathlon. Nanti dah settled hal Ammar, aku mintak Hata cari aku dekat sana. Hata said OK. Maka kami jalan berasingan la. Aku pergi sorang-sorang je ke Decathlon tu. 

Ada banyak jugak SALE dalam Decathlon KL East Mall ni kome. I is rambang mata. Tapi idak la beli semua yang aku berkenan tu. Tak sampai 15 minit aku dekat Decathlon, Hata & anak-anak pun sampai. Lepas grab 2 items, kami terus la balik sebab waktu tu jam dah 7:40 malam.
Sekeping masa OTW balik jalan kaki jugak ke rumah.

Hata & Ammar beli aiskrim Farm Fresh sebelum balik. Hata 1st time jalan kaki dari rumah ke KL East Mall. Kami je yang dah lebih dari 3 kali jalan kaki pergi & balik ke KL East Mall ni. Rasanya dapat 10K steps hari tu sebab masa dah sampai rumah baru aku perasan jam aku dah habis battery. Rambut Hata tu dah panjang tapi tak boleh dipotong lagi sebab Hata kena simpan rambut untuk event annual dinner dia 9hb nanti.

Sambil berehat, aku layan ChatGPT sekejab. Saje la mintak edit gambar aku dan Hata masa kami masih dibangku sekolah menengah, Hata memang pengawas sekolah. Tapi dia la yang kadang-kadang kena denda dengan cikgu sebab tak tulis nama murid yang bising dalam kelas. 😁., Aku pulak memang pengawas pusat sumber masa sekolah menengah dulu. Che mek pun sekarang dapat jadi pengawas pusat sumber. 😁
Ini tak sure student form 5 atau cikgu yang jaga exam SPM. 😆

Esok dah Sabtu kome. Banyak aktiviti yang kami rancangkan. Kome buat ape esok?

14 comments:

  1. sy pun suka bereksperimen dgn ChatGPT. Suruh benda alah tu edit foto sampai sy puas hati dgn hasilnya.

    ReplyDelete
  2. esok mcm tak de plan..ariff ada kelas tambahan, razeen tusyen, zharfan nak gi tmpt f1 dgn kwn2 dia..so mamanya mereput jer kot kat rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duk rumah pun byk perkara bleh settle tu sis =D

      Delete
  3. Macam cikgu je tu 😁. Takde apa aktiviti pun weekend ni selalunya keluar beli barang dapur jela.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah..Sekali skala dpt berangan jadi cikgu ok jgk =D

      Delete
  4. Itulah nak kata, nampak gaya macam cikgu hehe ...
    Apa sale yg best dekat Decathlon tu ? Tertariklah pula :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...Ade jgk SALE dekat sana sis.Sy lupa nk snap gambar.Ada sweater RM79 & m69 je.Size masih ada byk lg. Kain tebal jgk.

      Delete
  5. wah syok brisk walk ke kl east mall...lama tk singgah kl east mall

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy suka pegi sana untuk mkn & ke decathlon sis. =D

      Delete
  6. hari sabtu pon masuk opis.. uwaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adushhh..trigt masa keje contact centre dulu.Weekend dah mcm weekday je bg kami =D

      Delete
  7. Ni dah macam cikgu jaga exam...hehehehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.