Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

HARI MELAWAT HAIWAN / BINATANG BUKAN PELIHARAAN

As Salam

Alhamdulillah aku berjaya penuhkan aktiviti hari minggu cuti sekolah anak-anak kali ni. Hari Ahad aku bawak kids ke Zoo Negara. Dekat bebenor dengan rumah teman ni kome wehhh...Tak sampai pun 15 minit dah boleh sampai kalau MRR2 tu tak jammed.

Malam sebelum tu aku mintak Hata buatkan inti sandwich tuna. Pagi lepas subuh, tak tido semula tapi kami semua bersiap-siap . Hata sempat jugak masakkan kami mihun goreng separuh paket. Bawak jugak sebekas roti sandwich tuna. Air tu bawak air masak je. Jam 8.15 pagi kami dah ada dekat parking lot Zoo Negara.
Sekeping untuk kenangan. Last pegi sini masa hari Wesak 2024.
Contact abang sedara aku untuk amik ticket. Dia tolong belikan.
Dia jaga kandang harimau kumbang.
Jumpa burung ni penuh dekat atas jalan nak meneruskan lawatan.
Bertaburan mereka berjalan-jalan atas laluan kami ni. Tapi burung ni baik je. Tak mengejar kami pun. Kami lalu slow-slow dia gerak jugak jarakkan diri dia dengan kami. 😁
Memula jumpa girrafe / zirafah ni seekor je.Rupanya dekat area safari ada lagi 2 ekor kalau tak silap aku. Pagi tu girrafe ni aktif ber jalan kesana kesini.
Hata cakap inilah itik serati yang kami makan tiap kali sebelum ke Pengkalan Kubor untuk bersarapan. Aku memula was-was. At the end accept aje la sebab Hata je yang tahu sebab dia kan memang orang kelate. 😁
1st time aku nampak tiger / harimau ni aktif kome.
Sebab 2 tahun lepas, waktu kami pergi Zoo Negara, harimau ni duk diam je.Mungkin sebab baru lepas makan kot. Tapi hari tu harimau ni aktif duk main kain yang tergantung tu. Sampai ralit aku amik video dia. 😁
Sekali pandang comel pulak le si rimau ni...😁
Gajah ni ralit makan je. Takde jalan kesana kesini. 
Seekor lagi membelakangkan kami. Tengah makan jugak.
Tengah tengok white tiger, abang sedara aku laung nama aku ...Terkojot den.
Dia panggil untuk datang dekat kandang yang dia jaga.
Lepas tu dia keluarkan anak musang ni untuk kami pegang sekejab.
Bising kebenor anak musang umur sebulan ni kome. 😁
Dekat sebelah kandang black panther ni ada kandang kancil.

Black panther ni pun aktif betul dia pagi tu. Abang sedara aku panggil, dia terus datang dekat tepi pagar dekat dengan abang sedara aku sekali dengan bunyi seh seh..Takut jugak aku dengar dengusan tu. 😁. Masa abang sedara aku bercerita tentang black panther ni, datang la pelawat lain...Black panther ni pulak bila abang sedara aku tak panggil, dia pegi masuk gua dia sebab dia sejenis yang tido waktu siang. So pelawat tu mintak abang sedara aku panggil balik dia untuk datang mendekat. Tapi black panther tu datang duk situ aje. Tak datang mendekat. Abang sedara aku cakap, bila dengar suara abang sedara aku ni, dia ingat abang sedara aku ajak dia masuk balik dalam cage untuk tido. Padahal baru je keluar masuk kandang ni. 😆
White tiger.

Habis sesi melawat black panther & anak musang, kami sambung semula melawat white tiger. Ada 2 ekor white tiger dalam kandang ni. Seekor tak banyak bergerak. Tapi yang aku snap gambar ni aktif kesana kemari sampai masuk dalam air berjalan hujung ke hujung.
Lama tak jumpa lembu 😁
Tempat flamingo ni macam tak terjaga. Agak bucuk.
Aku lupa nama binatang ni. Tapi bau dia wangi...
Sebelum masuk tempat panda, jumpa unta ni dulu. Unta ni tak aktif.
Dekat sini ada 2 ekor panda. Seekor tido je. Seekor lagi aktif kesana kemari.
Besar betul orang utan ni. Duk diam je dekat sana tak bergerak.
Sapa nak tengok real capybara boleh datang sini. Waktu ni oyen yang viral tu macam tak nampak duk dalam ni. Oyen tu adalah kucing viral yang tinggal bersama dengan capybara dalam Zoo Negara ni.😁
Kangaru ni banyak dalam Zoo Negara ni kome.
10:20 pagi kami dah duduk dekat sini untuk tunggu show jam 11:00 pagi. Pegi awal sebab nak makan bekalan yang kami bawak. Waktu orang takde ni la boleh makan senyap-senyap. Memasing pun dah lapar kome. 😁
Dia ni la yang aku cakap wangi tu. Korang google aje la ye. 😁
Tengok la show ni ha...
Habis show pegi dekat akuarium sekejab.

Selesai lawatan dekat akuariaum, kami pun berangkat pulang. Tak sempat pun nak jumpa abang sedara aku sebab Ammar cakap dia masih lapar. Jadi sebelum balik rumah kami singgah Q Bistro. Hata & Ammar je yang makan nasi. Aku & che mek minum air je. Sampai rumah mandi, solat. Jam 2.30 petang aku habiskan baki mihun goreng bekal pagi tadi lepas tu jam 3:30 petang suruh anak-anak lelap sekejab.

Sebelum maghrib Hata ingat nak masak. Tapi penyakit M mengatasi segalanya. Sebab aku pun M jugak. Jadi lepas maghrib aku & Hata ke Plaza Idaman dekat Ong Tai Kim tu beli shawarma...
Dekat setengah jam jugak menunggu sebab ramai orang.
Kami beli shawarma ayam & daging.

Aku suka shawarma dekat sini sebab daging ayam / lembu dia juicy, lembut & shawarma tu sendiri tak kering. Cukup rasa & sos. Harga untuk yang size kecik RM13.00 & yang besar RM18.00 kalau tak silap aku.

Selesai aktiviti hari Isnin. Dua tahun sekali melawat Zoo Negara. 2 tahun akan datang pulak la melawat lagi kalau ada umur yang panjang. 😁

Korang dah berapa lama tak pergi Zoo Negara?

MONKEY CANOPY

As Salam

Balik dari Muzium Bank Negara, Hata ajak kami ke driving range sekali lagi. Kali ni jauh ke Hulu Langat. Almost 1 hour from the museum. Aku layan je sebab bukan aku yang drive. 😆. Monkey Canopy ni jauh kedalam. Jalan sunyi. Tepi gaung. Jalan pun kiri kanan banyak hutan / lereng bukit je.
Panaih ting ting waktu ni kome.
Apa yang ada dekat monkey canopy?
Macam-macam ada.
Menarik sangat ni.
Terasa jauhnya kome.. 😁
Rasa cantik view ni. Jadi kita capture sekeping.
Baik. Sikit lagi nak sampai.
Terpegun bila nampak entrance ni dari jauh. 
Luas sangat tempat ni kome.
Dah nak masuk dah. 
Mujur la parking murah je.
Sekali lagi ternganga sebab bila dah masuk dalam baru nampak betapa luasnya kawasan ni kome. Memang kena naik buggy kalau dari resort nak ke satu-satu tempat tu.
Dekat sini ada indoor waterpark jugak.
Rege mahai jugak. Dalam RM128++ ikut season.
Ini regenya kome.
Kami ke sini. Driving range sini pulak.
Aku kesini melawat kawasan sementara Hata tengok tempat & survey harga.
Seberang dari tempat aku berdiri tu ada dinasour world.
Nampak dinasour tapi tak bersuara. Jadi macam kurang best.
Kami masuk sini selepas Hata dapat booking meja & lorong.
Waktu ni tak ramai orang jadi kalau pukulan ak menjadi pun takde la malu sangat. 😁 Driving range dekat sini pada aku mahal dari Taman Medan tu.
Dekat sini harganya RM25.00 untuk 100 pcs bola. Kami pun amik 100 pcs bola je waktu ni. Sekadar nak amik suasana je.
Hata pilih lorong ke 25. Dah nak hujung dah ni. Kalau tak silap aku alik bawah ni ada 30 lorong. Tingkat atas private room with aircond. RM120.00 per hour with unlimited balls.
Bergambar acah-acah tu WAJIB 😆
Waktu ni kami semua join. Tapi kali ni yang banyak pukul bola adalah Hata.
Bergambar ala-ala acik pencen yang mengisi masa lapang pun WAJIB...😆
Sebelum balik, pusing dekat Dino Desert ni dulu. Ini semua masuk yang berbayar ye. Jadi kami memang lalu aje la. Kalau tambah effect bunyi dinosour tu mesti lagi menarik.
Moh le balik. OTW tu singgah RnR untuk solat.
Sampai rumah dah dekat jam 5 ke 6 petang gitu la.

Hari Ahad kami ada aktiviti lain pulak. Aku saja buat aktiviti ni untuk isi masa cuti sekolah anak-anak. Sebabnya kami memang takde amik cuti extra selepas hari Isnin. Jadi Selasa sampai Jumaat memang kids follow Hata ke ofis & stay dekat library je.

Kemana kita dihari merdeka? Tunggu sekejab ye.

ADA APA DEKAT MUZIUM BANK NEGARA? PART 2

As Salam

Sambungan cerita dari Muzium Bank Negara. Banyak sangat ghambar yang aku amik. Tapi aku pilih-pilih aje la untuk share dekat sini ye. jenuh jugak nak letak sticker sebab ada matawang. Risau pulak ada yang misuse.
Ini Batu Yap. Bongkah batu ni dianggap sebagai 
Siapa pernah pegang duit lama ni? Aku pernah pegang beberapa dari duit-duit ni. Sebab dulu-dulu arwah abah dapat gaji by cash. Aku pulak si bongsu yang sokmo mengekor abah. Jadi memang pernah la merasa pegang duit-duit ni..
Cuma yang RM1000.00 tu ak pernah tengok & pegang.
Paling besar pernah pegang RM500.00 😁
Ini duit replica aje rasanya sebab macam tak pernah nampak 
dikeluarkan atau digunakan. Betul tak?
Macam seakan-akan warna duit RM20.00
Cantik kan? tapi mcm besar jumlahnya tu.
Join the meeting untuk bincang macamana Hata nak 
tambah duit belanja aku setiap bulan. 😆
Habis melawat kami pun turun bawah semula sebab Hata nak lengkapkan 2 chop. Lepas dah lengkap bleh redeem popcorn  amik gambar dekat photo booth yang disediakan.
Tangga ni memang menjadi tumpuan untuk pengunjung amik 
gambar termasuk la kami.
Aku rasa Hata ni kena kuyus lagi la...Risau aku kalaudia dah tak muat nak suit up costume deadpool 😁
Dari HP Hata.
Turun je bawah aku ke toilet dulu. Hata bawak Ammar pegi buat coloring sebab syarat nak dapatkan last chop kena buat coloring. Tunjuk hasil dekat kaunter & staff akan chop dekat buku yang diberikan masa awal-awal mendaftar tadi.
Sambil tunggu Hata & Ammar selesai. Aku & Che mek masuk dalam kedai muzium ni. Aku belikan che mek sehelai t'shirt ade corak batik sikit dekat bahagian kaki bajku & ade printing tulis muzium bank negara dekat bahu baju. Aku lupa pulak nak amik gambar t'shirt tu. Regenya RM28.90. Ok la...Takde la mahal sangat. Dapat long sleeve pulak tu.

Lepas redeem popcorn & amik gambar dekat photobooth, kami pun gerak balik. Amik bag & tetibe Hata ajak pegi 1 tempat ni..Kemana pulak kita kome? Tungguuuuuuu....Esok cuti lagi. Kemana kita kome?