As Salam
Selamat hari merdeka semua!!!
Semalam dapat update 1 entry je sebab agak busy separuh hari duk luar je. Hari Sabtu pagi aku & Hata menjalankan aktiviti mingguan dengan briskwalk lagi. Route yang sama macam route pertama. Lepas tu aku terfikir nak buat beberapa aktiviti dengan kids sepanjang cuti 3 hari. Sepatutnya kami balik KB. Tapi tak dapat nak balik sebab Hata kena outstation 3 hari dan hanya balik on Friday night.
Jadinya Sabtu pagi jam 8:00 kami pun mulakan briskwalk kami.
Sekeping sebelum gerak.
Route dari rumah sampai Q Bistro.
Dapat la jalan sejauh 3.81km dengan 5559 steps.
Ok la kan? Actually kena banyak lagi bakar calorie tu.
Singgah Q Bistro untuk breakfast.
Aku amik mee goreng mamak dengan telur goreng sebab lapar.
Waktu ni dekat Q Bistro ni prang ramai ye kome.
Sebab time cuti sekolah kan. Siap jumpa sekumpulan rombongan pengantin / rombongan bertunang sebab nampak barang hantaran dan baju sedondon sekeluarga.
Jammed depan KL East Mall dari jam 8:00 pagi sampai jam 7:00 malam
Waktu balik memang aku ajak Hata buat 1 round untuk bakar sikit
calorie lepas makan mee goreng mamak 😆
Dapat lagi 1.5km dengan 1942 steps.
Dapat bakar lagi 117 Calorie...
Muka happy sebab dapat singgah 1 kedai ni masa OTW balik ke rumah.
Kedai apa? Nanti aku share ye.
Balik rumah kami berehat la sekejab. Sebab tengahari planning nak lunch dekat kedai yang dah lama kami tak pegi dekat Kampung Baru tu.
Esok dah koje kome.










0 Comments:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.