THE DAY AFTER TOMORROW IS OUR 18TH ANNIVERSARY

As Salam

Alhamdulillah berjaya mengharungi 18 tahun alam perkahwinan bersama Hata selepas 8 tahun melalui fasa mengenali hati budi masing-masing. Lama tu 8 tahun nak kenal hati budi. Sebabnya masa tu dua-dua tengah study. Hata officially grade 2003. Aku pulak officially grade 2006 . 3 tahun jugak Hata tunggu aku habis belajar di peringkat kolej. 😆. Walau dah 8 tahun cuba belajar kenal each other, tapi tetaplah lepas kawin baru tahu perangai sebenar masing-masing.😆. Kalau ditambah 2 tempoh tu, total kenal dah 26 tahun. Ni kalau memasing gatai nak menikah waktu tahun pertama kenal, mau dah bercucu dah kami berdua. 😆

Memandangkan 2 hari lagi adalah anniversary ke 18 tahun aku & Hata, jadi aku saje nak buat simple giveaway. Giveaway yang simple je. Aku perlukan doa & ucapan yang baik-baik dari korang untuk kami berdua. Semoga Allah perkenankan doa & ucapan korang untuk kami berdua dan berbalik pada anda semua. Amin.

Korang tak perlu buat entry khas dekat blog korang untuk giveaway ni. Kalau nak buat tu terpulang. Korang hanya perlu letakkan ucapan korang dekat komen dalam entry ni. Nanti habis giveaway date, aku akan minta Hata tolong pilih ucapan yang paling Hata suka. Berapa blogger yang akan Hata pilih? Itu rahsia. 😁

Semoga semua ucapan yang diberikan pada kami akan berbalik pada anda semua. Amin.

0 Comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.