BREAKFAST WITH ROTI TELUR SARANG BURUNG

As Salam

Hari Rabu yang lepas Hata dapat WFA. jadi pagi tu kami berdua plan untuk bersarapan bersama. Dah naik motor, keluar je dari bumbung bawah rumah, terasa hujan rintik-rintik. Terpaksa patah balik parking motor & masuk dalam kereta. Hata parking jauh sikit dari area parents yang akan hantar anak-anak mereka ke tadika yang ada. Kami sarapan dekat kedai Nasi Kandar Stadium je. Dekat dengan rumah & LRT.
Suka tengok 2 biji telur kuning tu. 😆

AKu ni jarang betul mintak menu-menu gini. Tapi hari tu terasa nak mencuba sebab dah bosan makan roti telur bawang atau tosai. Aku mintak jugak kuah kari untuk campur dengan kuah dhal. 😁Masa nak balik hujan renyai-renyai. Mujur masa sampai dekat LRT Ampang Park hujan dah berenti. 

Esok dah Jumaat kome. Aku pulak masih berfikir nak masak apa untuk hari Ahad nanti. hari ahad nanti kak ipar yang dekat Kajang nak datang rumah. Dia nak bawak pulut kuning untuk Ammar dan laksam / nasi kerabu untuk kami makan lunch. Kenapa ada pulut kuning untuk Ammar? Nanti aku cerita ye.😁

0 Comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.