Showing posts with label giveaway. Show all posts
Showing posts with label giveaway. Show all posts

SELEPAS HUJAN, PASTI ADA PELANGI

As Salam

Rabu pagi yang lepas, dalam hati ni berdebar-debar tunggu update dari bengkel samada kereta dah siap dibaiki atau kena extend lagi. Masa tengah buat keje aku dapat notification dekat jam. Nampak tulisan ZUSxMamee. Terus la aku capai fon...

Berdebar-debar jugak waktu baca message ni. Aku risau mereka update yang redemption items aku tu out of stock & mereka ganti dengan yang lain je. 😁. Sengih sensorang dekat workstation bila ZUS Coffee update yang mereka dah courier set chubby aku tu. Dalam jam 11:30 pagi aku check online status penghantaran parcel ni, ehhhhhh..Dah out for delivery dah kome...Alhamdulillah. 

Dalam hati tengah berdebar-debar tu Allah cool down-kan hati aku dengan berita tentang redemption aku ni. Balik rumah, berdebar-debar bukak parcel. Tapi hati aku kuat mengatakan yang aku dapat set warna lain sebab set warna yang dijanjikan memang selalu out of stock. Jadi aku redha je kalau dapat warna lain. Sebab benda free. Aku tak keluarkan modal yang besar pun untuk dapatkan hadiah ni. Modal yang keluarkan hanya beli sepaket Mamee berharga RM3.99. 

Takkan aku nak berkira dan fussy sangat kalau dapat warna lain sedangkan harga sebenar hadiah tu adalah RM143.90. Siapa nak bagi hadiah harga itu kome. Jadi balik rumah, sambil Hata tolong rekod, aku pun unboxing la parcel yang aku dapat ni. Aku letak alamat rumah. 
Dapat 7 pcs charms. Kotak dia cantik.
Semua comey-comey ye kome.

Dapat chubee cup sleeve dan gelung getah untuk lekatkan charms yang 7 pcs tu.
Besar dan kukuh talinya kome. Getah tu pun rasa getah padat.
Dekat lubang-lubang kecik tu la kita masukkan charms tu.
Aku dapat chubee tumbler warna kuning.
Dan bukan warna biru seperti yang dijanjikan masa redeem hadiah ni.
Ada 2 side yang berbeza. tapi aku ok je. Tetap jugak la cantik dan gebus ye kome.

Yang bulat biru tu adalah cover pop up straw.
Dapat tali handle yang single ni jugak.
Alhamdulillah...Cantik jugak walaupun dapat warna kuning.
Pada aku kombinasi warna ni kena je dan cantik je.
Kalau ikut mitos, warna kuning adalah warna aura untuk diri aku. 😁
Comey sangat la awak ni. 😂
Chubee yang gebus. 💜
Tali tu adalah tali yang adjustable. Jadi kita boleh adjust nak panjang mana tali tu waktu disangkut pada bahu. Kapasiti air yang boleh diisi adlaah 500ml.

Alhamdulillah dengan rezeki ni. Aku ingatkan lambat lagi nak dapat sebab system mereka beritahu tempoh penghantaran adalah antara 6-8 minggu. Tak sangka dapat secepat ni walaupun warna lain. Tapi aku tetap suka sebab dapat FREE. 😁

Ada sesiapa yang grab chubee set ni?

ZUS X MAMEEMONSTER - GORES DAN MENANG

As Salam

Hari tu masa dekat Giant, aku beli jugak jajan mamee. Aku amik 2 flavor. Yang BBQ & yang pedas. salah satu dari pack tu ada tanda ZUS x MameeMonster.
Korang beli mana-mana pek mamee yang ada label zusxmameemonster.
Dalam tu ada kad. Samada ada perkataan 
CUBA LAGI ATAU YOU WIN!
Korang boleh menang ini...
Hadiah ni pun boleh...

Malam tu masa aku tengok TV, che mek bukak packaging mamee yang aku beli. Lepas tu che mek tengok kad tu tulis YOU WIN! Boleh belanja tak?. Che mek jerit cakap "Ibu!!!..Ibu menang!!!". Pada mulanya aku rasa biasa je. Aku fikir mesti hanya dapat diskaun 10% je. Habis cerita jam 1:00 pagi baru aku gores kad ni. Nampak ada code. Lepas tu aku kena scan QR Code tu dan masukkan code yang aku dapat.
Inilah kad kegembiraan aku.

Masa masukkan kod tu, aku tetibe je jadi berdebar-debar kome. Kita ni jarang main gores dan menang. Jadi bila sekali sekala terjoin ni, memang berdebar la kan? Lepas masukkan kod, tunggu loading sekejab. Lepas tu aku & che mek menjerit bila tngok apa yang aku menang...
Aku menang 1 full set ZUS x Mamee Monster Chubee ni kome..!!!
Seronok tak terkata. Kan hari tu aku ada cerita aku terasa nak beli, tapi bila fikir aku dah ada beberapa tumbler dekat rumah, jadi aku batalkan niat tu.

Nak redeem hadiah ni ada 2 option. Samada aku redeem dekat fizikal store atau online. Tapi masa aku nak redeem hadiah ni, tetibe apps mintak "cashier verification". Jadi aku macam pelik la kan? Adakah kalau aku redeem secara online pun akan mintak "cahier verification?". 

Rupanya aku salah faham. Kalau nak redeem dekat fizikal store, YES aku perluclick use now dekat apps tu & dapatkan cashier verification. Kalau online, aku hanya perlu upload gambar kad gores aku sebagai bukti. Memula aku pegi dekat ZUS dalam AEON AU2. Dekat sana takde stock. Mereka suggest aku pegi dekat ZUS Setiawangsa. Masa sampai tu aku pun cerita la A-Z. Dekat outlet Setiawangsa ni memang ada banyak latest tumbler ZUS. Tapi sayangnya stock yang aku menang ni semuanya dah habis stock. 

Staff mintak aku kol HQ dieorang pulak untuk check outlet mana yang ada stock. Waktu ni aku dah start rasa macam barista korang ni tak cukup product briefing ke?. Aku cakap takkan aku pulak nak kol HQ? You tak boleh tolong kol kan ke? Staff tu dah start rasa serba salah. Jadi dia pun kol salah sorang staff HQ. Staff HQ pun cakap dengan aku.Bila aku tanya adakah aku boleh redeem online? Staff tu cakap boleh. Hanya pegi dekat website yang diberikan, isi nama , alamat & upload gambar kad & gores sebelum tekan send.

Waktu tu baru la aku faham. Kalau awal-awal staff ZUS dekat AEON AU2 tu explain macam staff ni explain kan senang. Aku yang tak faham ni dah pun faham. Jadi aku pun redeem online aje la. AKu tak faham sangat instructions dekat apps tu masa nak redeem. Terlalu banyak huraian. Tapi kalau tak banyak huraian, kalau pemenang salah faham, susah jugakkan?
Jadi aku dah selamat redeem hadiah tu secara online..

Kita tunggu la dalam 6-8 minggu lagi untuk terima hadiah ni. Harapnya semua penebusan berjalan dengan lancar. Harapnya stock warna yang aku menang tu adalah untuk aku. Sebab sebelum ni memang aku berkenan dengan warna biru yang aku menang ni.

Korang doakan hadiah aku selamat sampai pada aku ye. Doakan jugak hadiah ni sampai awal / witihin the time frame. Amin. 😁

Korang dah ada yang menang apa-apa dari program ZUSxMameeMonster ni?

GIVEAWAY WEDDING ANNIVERSARY SA & SUAMI YANG KE 3 TAHUN

As Salam

Kebetulan sangat ni. Sis SA buat GA untuk anniversary. Aku pulak buat segmen untuk refresh bloglist aku yang dah 9 bulan tak berusik. Jadi hari ni cerita dia, aku anjurkan segmen & aku jugak join giveaway sis SA.

Korang yang nak join boleh baca je syarat-syarat as simple as ABC dekat banner ni ye. 

Aku bukan seseorang yang pandai nak buat ucapan anniversary walaupun takde dalam syarat penyertaan giveaway ni.. Tapi sebagai seorang yang masih baru dalam melayari bahtera perkahwinan macam aku ni, pasti aku nak ucapkan kata-kata semangat dan berdoa untuk kebaikan bersama. Berdoa untuk kesejahteraan dalam melayari apa sahaja yang kita bina. Berdoa semoga Allah berikan sis SA & aku segala yang kami perlukan untuk menikmati hari-hari mendatang. Tenangkan hati kami dalam menghadapi apa jua yang datang. Tingkatkan rasa syukur kita atas apa yang diberikan. Dan semoga kami dapat lengkapkan segala kekurangan yang ada. Amin.

GIVEAWAY KERAJAAN KELAPA 2.0

As Salam

Walaupun aidilfitri dah habis & aidiladha pun dah habis waktu giveaway ni tamat. Takpe kome. In Shaa Allah kalau menang & panjang umur kita boleh guna untuk tahun depan. Nice giler pilihan yang ada...Korang kena join this giveaway yang dah start dari 26 April 2026 dan akan tamat pada 30 Mei 2026
I love one piece sebab aku suka Roronoa Zoro 😆
Aku jugak suka Dragon ball sebab aku & 
Hata kan cosplay as Goku Super Saiyan 3 & Frieza 😆
Aku suka tengok si Doraemon & Minion tu 😁

Kalau nak join, korang klik je salah satu poster ni, aku bawak korang ke page untuk join this giveaway. Syarat simple tapi hadiah nice 😁

Good luck everyone!!!..

TERIMA KASIH DAUN KELADI

As Salam

Hari Rabu lepas staff pos laju masuk ofis untuk hantar parcel. Staff tu sebut nama NIEZA RAMLI.. Aku tetibe terkejut. Aku suruh staff Pos Laju ulang nama yang dia sebut. And YES..NIEZA RAMLI..Lepas tu aku diam & terima parcel sebab alamat dah betul. Sekali aku tengok dekat sticker delivery detail tu memang tulisnya Nieza Ramli 😆..Layan aje la..Janji barangnya betul .😆

Apa yang staff tu hantar??

Ini hadiah giveaway dari kak Notie. First time join GA kak Notie. Alhamdulillah sempat jugak grab peluang untuk jadi yang 10 terawal komen nak baju raya dekat entry giveaway kak Notie hari tu. Aku dapat jadi blogger yang kedua terpantas komen. Jadi aku dapat baju raya yang ini...
So soft warna dia..I super loike 💜
Dah jadi baju nanti gini la rupanya bila terletak dibadan...
Ini lace yang akan di-matching-kan dengan kain tu nanti..
Lace ni cukup kalau nak letak dekat keliling kaki baju, atau letak depan kaki baju sahaja dengan 2 belah tangan baju...Warna ini pun soft aje..
Adakah saya kena menjadi gadis ayu dihari raya nanti?😆

Apa pun terima kasih banyak buat kak Notie sebab sudi buat Giveaway ni dan memilih aku untuk jadi salah seorang pemenang giveaway tu. Semoga murah rezeki sokmo & kalau ada lagi next time, aku nak join lagi 😆

Bertambah koleksi baju raya 2026 meks 😁

GIVE AWAY: HADIAH MISTERI MENANTI

 As Salam


Meh support giveaway my kawan baru but maybe kawan lama to others blogger 😁

📌 Cara penyertaan:

  1. Buat posting bertajuk GIVE AWAY: Hadiah Misteri Menanti di Blog Mek Yuhhh
  2. Muat naik gambar poster di atas ke entri anda dan buatkan link (backlink) ke entri GIVE AWAY: HADIAH MISTERI MENANTI.
  3. Publish-kan posting anda dan tinggalkan komen links di entri GIVE AWAY: HADIAH MISTERI MENANTI.
  4. Terpulang pada anda untuk tulis apa-apa di entri giveaway kome tu.
  5. Mana yang belum follow Wajib FOLLOW MEK YUHH tau... hahahah 
  6. (Pilihan) bantu tag 1, 2, atau seberapa orang teman blogger anda untuk turut menyertai giveaway ini. Tapi sekiranya seorang saja yang sertai, ia tetap pemenang.

Memandangkan aku nak semua join giveaway ni..Jadi aku tag semua reader blog aku ni untuk join...Mane tau makin ramai yang join, makin rajin mek Yuhh nak update blog dia lepas ni 😁

START DATE : 13 OKTOBER 2025
END DATE : 31 OKTOBER 2025 (11.59PM)
WINNER ANNOUNCE :  5 NOVEMBER 2025

Agak-agaknya apa la hadiah misteri tu ye..Kalau terpilih boleh la bawak gi rumah baru 😁

HADIAH DARI GIVEAWAY MUMMY AYU

As Salam

Alhamdulillah hari Rabu yang lepas hadiah giveaway dari Mummy Ayu dah selamat sampai ke tangan...Balik rumah letak bag, masakkan spaghetti WOW untuk Ammar & diri sendiri. Dah siap makan baru aku bukak bungkusan...Actually Ammar dah mintak 2 hari sebelum ni..Tapi aku tak ingat & Ammar pun tak ingat sampai Ammar makan je apa yang aku masak....Sampai la Rabu hari tu Ammar remind aku cakap nak makan WOW Spaghetti tu 😁
Yeay...Bukak paket pos laju nampak ini...
Dannnnnn.........
Extra gift ni!!!!!
Thaks a lot to mummy ayu & ibu mummy ayu sebab bagi extra gift ni utk che mek...Allahuakbar..Tak sangka terpilih untuk dapat extra gift ni...
Ceria warna ni..I Loike!!!
Ngam-ngam dekat coffee cup yang ofismate bagi...
Dah jadi geng dengan keychain AA untuk kunci motor...
Si turtle yang comel...

Che mek excited giler nampak turtle nih...Aku cakap nanti bleh la try belajar buat...Kebetulan pulak aku ade belikan che mek ring utk keychain tu 100pcs..
So elok sangat la kalau che mek dapat buat keychain ni & mix dengan design yang lain...AKu nak che mek belajar buat cover coffee cup tu jugak..Untung-untung boleh jual kan? Buat as hadiah hari guru pun boleh..Ibu sponsor cawan coffee, che mek buat cover ni..Mesti superb 😁


Thanks again to Mummy Ayu & her ibu...We really appreciate this gift..Semoga menjadi asbab che mek improve skill mengait dia...

COFFEE LOVER GIVEAWAY

As salam
Jom la join kome..
Coffee lover or not a coffee lover also can join 
this giveaway sebab hadiahnya adalah universal dan sangat cute & sweet 😆

Syarat pun as simple as ABC...

1. buat satu entry tajuk "Coffee Lover Giveaway"
2. Tepekkan pic atas tu dekat entry korang..
3. Then tulis & story sikit kenapa anda kena dipilih sebagai pemenang 
4. Tinggalkan link blog entry korang dekat Giveaway Mummy Ayu ...

To me, why Mummy ayu should choose me as a winner of this giveaway is because of aku memang coffee lover...Setiap pagi akan pekena coffee  buat sendiri je dekat ofis ni...Weekend biasa akan buat kopi O panas. Kalau pegi ZUS sy memang amik Caramel Macchiato, kadang-kadang CEO Latte / spanish latte..Kalau dekat GIGI Coffee sy suka Caffe Latte, Cuppuccino & Caramel Macchiato. Most of the time amik Caramel Macchiato...

Hadiah tu comey sangat..Memang boleh letak dekat cup aik cheong yang aku dapat masa ofismate bagi hadiah suprise hari tu...Keychain tu boleh gantikan keychain dekat kunci motor aku jugak . Plus boleh la che mek buat rujukan kalau-kalau dia nak belajar buat cup handle dari benang kait..Sekarang ni che mek memang rancak belajar mengait...So kalau terpilih boleh la aku bagi che mek pinjam sekejab untuk rujukan dia 😍

Panjang  lebor I punya explanation kenapa Mummy Ayu should choose me as a winner untuk giveaway ni...😆

Ape pun kita join untuk memeriahkan keadaan...Korang pun wajib join to support this giveaway tau 😁

SR Mini Giveaway 2025

As Salam

Moh le join kome...Sempat lagi nih...Untung2 dapat hadiah dalam kotak 😁
Syarat pun simple je 😁
  1. 1. Ada blog dan follow blog SR .
  2. 2. Copy banner di atas dan buat 1 post bertajuk 
  3. SR Mini Giveaway 2025 dan link ke post korang...
  4. 3. Tinggalkan link post korang tu di bahagian komen dekat
  5. SR Mini Giveaway 2025.
  6. 4. Beralamat di Malaysia
Jom support ramai2 😁


.: GIVEAWAY 13TH ANNIVERSARRY :.

As Salam

Hari ni gigih buat 2 entry semata2 nk join GIVEAWAY 13TH ANNIVERSARRY dari blogger Linda...Anniversary aku hari tu tak sempat nk buat sebab tengah sendat dgn fikir tentang Genting , costume & mcm2 hal lain lagi...Nnt next event kita try la ye...

Apa pun Happy Anniversary to both of u blogger Linda...May Allah give everything u need in this relationship..Amin..

Korang tunggu ape lagi? Meh la support GA ni..Join ramai2 ye...
Simple je syarat2 yg Linda bagi...
Korang click je banner ni tau 😆


Kalau ramai yg join. mane tau ramai pemenang yg Linda nk pilih 😁

Anniversary Giveaway by Cie

As Salam

Jom ramai2 join giveaway ni...
Happy Anniversary to kak Cie..
May Allah bless anything & everything to u & your family...Amin

Ini Syarat2 super simple yg kak cie bg...

Syarat Penyertaan Anniversary Giveaway by Cie

  1. Buat entry bertajuk Anniversary Giveaway by Cie
  2. Copy banner dan letakkan entry anda beserta dengan backlink ke Anniversary Giveaway By Cie.
  3. Follow blog cik Cie kalau belum follow.
  4. Follow Instagram Cie roziahmuhammadnor
  5. Giveaway ini bermula 10 September 2024 hingga 30 September 2024.
  6. Pengumuman pemenang akan dibuat pada awal bulan Oktober 2024.
  7. Cie pilih pemenang guna Wheels Of Name
  8. Keputusan adalah muktamad.

Saya sudah....Anda bila lagi? 😁

2024 GIVEAWAY BY ASYIQIN.COM

 As Salam
Jom try giveaway ni..mane tau ade rezeki dpt hadiah hari raya dr asyiqin =)
1. Follow Blog asyiqin.com
2. Buat entry '2024 Giveaway by asyiqin.com'
3. Copy dan paste banner dan backlink dkt entry giveaway
4. Komen dekat bawah entry giveaway dengan link entry penyertaan korang.

Simple kan?
Sekali sekala join ape salahnya...
Aku pun dh lama x join giveaway 😀