As Salam
Salam awal muharamn semua...Hari ni buat apa?
This week aku dapat 3 surprise dari ofismate...Alhamdulillah masih ada yang sudi ingat & bagi gift...Aku tak harap hadiah...Cukup dengan ucapan & doa kalian...At this age kalau nak sentap kawan-kawan tak bagi hadiah sempena birthday, aku rasa macam aku pulak yang mngada-ngada 😆...
On the day of my birthday ofismate dah bagi ZUS punya gift card...Lepas tu hari Isnin, budak despatch ofis ni bagi ini...
Sedap ni kome..
Aku bawak balik rumah...Letak dalam peti sejuk...
Lepas tu sehari selepas tu baru teringat nak makan...
Filling & topping dia adalah pistachio...
Lepas tu hari Rabu, aku sampai awal sikit dekat ofis...Kebetulan roomate HCMC aku pun sampai..Aku memang nampak la dia bawak bag IKEA yang besar tu tapi aku abaikan aje sebab dia memang selalu bawak bag itu...Sekali sampai dekat meja aku, dia keluarkan barang & cakap..."Nah kak..Untuk akak.." AKu memula tu blur..Nak bagi ape budak ni, aku takde rder ape-ape dengan dia...Lepas tu aku cakap..Kenapa nak berbalas-balas pulak ni? Aku takmo balasan...😆...Sebab masa birthday dia bulan April yang lepas, aku bagi brooch bentuk kereta & stokin je..Bukan barang yang mahal-mahal sebab hanya untuk suka-suka & meriahkan suasana birthday dia 😁
Ini dibaginya ke teman kome wehhh...
Sebesar pemeluk aku...
Terus terfikir...
Macamane nak bawak balik rumah sebab aku kan bawak motor...
On the same day aku tawakal je bawak balik..
Alhamdulillah...
Boleh bawak atas motor & selamat aku sampai ke rumah 😆
Balik rumah, anak-anak terkejut tengok apa yang aku bawak balik...Kami tunggu Hata balik baru unboxing sama-sama...Waktu ni sampai je rumah aku terus masak apa yang ade dekat dapur..Anak-anak takde mood nak makan daging..Maka aku pun masak kari sardin yang dalam tin, goreng ikan masin nipis dari Lahat Datu & buat sambal belacan ikan bilis..Takde ulam & takde ikan nak digoreng untuk dimakan dengan sambal belacan ikan bilis tu..Makan sambal ikan bilis dgn nasi panas pun sedap kome..Dah lama sangat rasenya tak buat sambal belacan ikan bilis...😆
Dalam bekas besar ni, ade 12 cups...
Ada 6 flavor with 2 cups for each flavor...
Che mek dah booking matcha latte...
Ammar nak chocolate latte...
Anak-anak nak rasmikan terus...Tapi aku tak bagi sebab waktu tu jam dah pkol 9.30pm...No Sweet Drinks at this time ye....😆
Aku cakap kita simpan sampai minggu depan...
Minggu depan kami nak kemana?
Nanti aku cerita ye...😄
Dapat cawan kaca with lid jugak 😁
Alhamdulillah dengan rezeki-rezeki ini....Siapa sangka ofismate nak bagi? Jarang-jarang sekali aku dapat hadiah dari ofismate sebab bukan budaya kami untuk bagi-bagi hadiah masa birthday antara ofismate...Pada aku cukup sekadar ucapan & doa...Bila dapat hadiah ni...Extra happy la aku kome 😆
Korang yang dah biasa dapat hadiah dari ofismate mesti rase pelikkan sebab aku macam excited dapat hadiah dari ofismate? Nak buat macamane..At this age baru merasa...Walaupun tak selalu dapat, tapi relationship kami as ofismate tetap baik...Cuma mungkin tak sebaik macam best friend yang terlalu banyak berkongsi cerita peribadi...Mungkin la kot kan?
Korang pulak macamane?
0 Comments:
Post a Comment