Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

SANAH HELWAH TO MY CHE MEK

As Salam
Happy Birthday Che mek.

Alhamdulillah..Dah 16 tahun che mek jadikan aku sebagai seorang ibu kepada seorang anak perempuan. Hari Selasa tu kami semua tido jam 12 tengah malam. Ammar la yang paling excited nak bagi hadiah birthday pada si kakak sebab dia pilih dan ada jugak untuk diri sendiri. Sabar aje la...
Ini hadiah simple dari kami bertiga...

Semalam Hata ada seminar dekat The Ritz Carlton hotel. Jadi balik dari seminar kami terus ke AEON AU2 sebab che mek request nak bento cake dari kedai cake depan la boheme AEON tu.
Simple je birthday cake yang che mek request. RM25.00
Cukup untuk kami berempat.

Lepas dinner kami terus balik rumah sebab Hata & che mek tak makan. Ammar nak makan ayam goreng je. Aku order kuey teow goreng share makan dengan Hata. Sampai rumah jam 7.20 malam. Lepas maghrib che mek terus sambung bina motorsikal yang Hata bagi tu.

Hopefully by this weekend kami sempat celebrate proper sikit birthday che mek. Kalau tak sempat hari Sabtu, kita buat hari Ahad.

Terima kasih pada wish yang diberikan kepada che mek dekat entry sebelum ni.😁. Agak-agaknya dekat mana la che mek nak makan weekend ni nanti ye.

SANNAH HELWAH TO MY ENCIK BOS

As Salam

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menambah lagi usia buat Hata. Hari Jumaat lepas Hata sampai rumah dah Sri Aman Sarawak dalam jam 9 malam. Sebelum Hata sampai rumah aku bagitahu sampai nanti terus masuk bilik, mandi & solat. Lepas tu baru jumpa kami bertiga.

Masa Hata bagitahu yang dia dah dalam grab, kelam kabut kami bertiga prepare simple wall decoration untuk celebrate birthday Hata.
Simple wall decoration untuk menyambut kepulangan birthday man. 💜
4 of us...
Sesi bagi hadiah dari kami bertiga.
Simple je dari aku. Janji ado.
Dari che mek.
Dari little hero to our hero. 💜
Aku beli slice cake je untuk kami masak kongsi-kongsi.
Homemade chicken chop for birthday man.
Aku sempat buat ni je. Plan asal balik keje nak singgah stokis pak mat western. Sekali aku pegi, kedai tu tutup pulak. Mujur la masih ada isi ayam & tepung bestari dekat rumah. Jadi aku buat ini aje la. Nasi & lauk pun aku ade masak.

Jam 10 malam kot, Ammar cakap dia nak join pemilihan bola sepak petang Sabtu dekat padang Keramat. Kasut bola memang takde la. Sekali Hata ajak ke Bazaria dekat depan Giant Setapak tu. Semua mahai kome. Udah macam beli dekat outlet / butik rege kasut bola dekat situ. Cerita ni aku sambung next entry ye.

Sabtu lepas maghrib kak ipar datang rumah sebab nak celebrate birthday abang ipar & Hata sekali sebab both of them dalam bulan August jugak. Kami hanya sempat beli makanan bungkus serba sikit dekat pasar makan Melawati. Lepas tu anak sedara bawak birthday cake sama macam yang masa dekat rumah kak ipar hari tu. Yang jenama RT Bakery tu rasanya.
Happy birthday to both of you.

Pukul 10 lebih jugak baru kak ipar gerak balik. Lepas mereka balik, kami pun berehat la kome. Malam tu layan cerita Spooky in Love. 😁

MAY . JUNE , JULY GIRLS BIRTHDAY CELEBRATION

As Salam

Hari Rabu lepas, waktu tea time, ofis aku ade buat birthday celebration untuk staff yang lahir pada bulan May, June & July. Takde staff yang lahir bulan August. Semua makanan dan kek, admin aku yang handle.Aku hanya beritahu apa yang aku nak makan. Dia deal dengan seller. Alhamdulillah semua makanan sampai on time cuma 2 menu ni je. Janji nak hantar jam 2:00 petang, sampai jam 2.30 petang kalau tak silap aku. Jam 1.30 petang admin call, seller boleh cakap dia tengah menggoreng lagi. Sabar aje lah...

Kami buat waktu tea time. Jadi memang menu simple-simple je. Patutnya start jam 3:00 petang. Tapi lady bos aku kena pegi signing pulak dekat bangunan Tokio Marine. Drag sampai jam 4:20 petang. Jam 4:30 petang baru mula.
Birthday cake Mango Yogurt Crepe.
Aku suka popiah sira dengan biji bijan berbanding dengan 
taburan bawang goreng 😁
Add on mini donut dari J.Co
Karipap kentang ni pun aku suka sebab berasa & pedas sikit.
Berompek dulu...
Sorang masuk bilik bos, sorang lagi on leave.
Kami pilih warna purple sedondon hari rabu tu. Saje untuk meriahkan suasana.
Birthday girls with ladybos.
Birthday girls with big bos & ladybos.
Blog ni shrink gambar aku ni sampai lain macam pulak muka ladybos aku ni...😆
Sebelum makan, amik hadiah dulu...
Kami dapat totebag ikut huruf pertama dalam nama masing-masing.
Baru boleh start nyanyi , potong kek sama-sama & makannnnn...
Inilah totebag yang aku dapat.
Atas kepala tu tak pasti la towel ke rambut? 😆

Lepas habis majlis, masa bos nak bersiap untuk balik, tetibe staff yang birthday dia bulan December , ada request something on her birthday celebration nanti. Aku tak ingat staff tu cakap apa.. Lepas tu bos aku cakap December? dan reaksi macam dia baru teringat akan sesuatu. Biasanya setiap hujung tahun memang lady bos & big bos takde dekat ofis almost 2 weeks sampai ke tahun baru. Jadi mungkin dia nak kena arrange time dia...

Lepas tu kan..Dia macam baru teringat sesuatu yang dia kena buat sebelum cuti panjang. Lepas tu....

Aku pun cakap..."I know.." Lepas tu sengeh...
Bos aku jawab...' Eh...How you know?". 
Aku jawab..." Kan bos yang "cerita" dengan I hari tu?
Lepas tu bos aku jawab apa tau???
" Owhhhh..I accidently tell you "the things"...

Aku ketawa aje la..Bos ni kalau kena time lupa dia datang...Memang gitu la...Kalau ingat tu. Kami yang mengelabah...😆. Tapi yang pasti setakat ni agenda dia selamat dengan aku. Dia bukan "accidently" tau. Tapi dia memang bercerita dengan aku kome. Masa tu dia baru balik dari toilet, dia singgah dekat meja aku. Lepas tu dia cakap macam ni...

" Did I tell you? Yang I dah ..................................... for this year end activity? "

Aku jawab ................................. ke? Bos aku jawab "YA...But I don't want to tell you."... Lepas tu dia berahsia balik dengan aku..Sabar aje la bos ni. Suka bersembang tergantung-gantung dengan aku tau. Tapi aku bersyukur sebab bos boleh berborak dengan aku. Bukan senang nak jumpa bos macam ni. Mungkin jugak sebab jarak beza usia kami tak jauh sangat. Jadi mungkin dia rasa selesa nak berborak dengan aku. Kan?

Korang dengan bos korang macamana?

SANNAH HELWAH AMMAR - ANAK RAMADHAN

As Salam

Hari Sabtu dalam jam 3 petang, kami dah start masak & buat deko simple untuk meraikan hari lahir Ammar. Pagi Ahad tu lepas sarapan aku , Hata & che mek memasing bagi hadiah pada Ammar. Memang sengih aje la Ammar sebab semua hadiah dia perlukan.😁

Thanks a lot to our niece & her husband sebab tolong kami prep kambing, daging & buatkan blackpepper sauce. Masa dekat rumah kak ipar aku kukus jagung, rebus kentang lepas tu bakar sekejab & Hata buat spagthetti olio oglio & air sunqick oren.
Segar elok jagung ni. Aku beli dekat dalam grocery AEON AU2.
2 tongkol RM4.50. Aku beli 8 tongkol.
Drummet ready to eat..Alhamdulillah sedap perapan yang anak sedara buat.
Che mek & anak sedara buat serba sikit deko dekat beranda rumah.
Alhamdulillah..Siap dah deko untuk birthday boy. 💜
Sannah Helwah to my anak ramadhan.
Semua ibu dah doa untuk kamu...
Semoga Allah perkenankan semua yang kamu perlukan. Amin.
4 of US. 💜
Sekeping with her kakak..Che mek la....😁
With Ba (BIL ) & nik umi (SIL)
Ammar memang baik dengan BIL. Dari masa Ammar masih baby memang BIL suka melayan Ammar. Sampai ke sekarang pun suka melayan Ammar. 😁
Sekeluarga...
Thanks to my SIL sebab bagi tumpang celebrate birthday Ammar dekat rumah ni...Next month birthday Hata & abang ipar pulak. Tengah fikir sempat celebrate ke idak sebab schedule kak ipar & abang ipar nampak macam padat je this month smp next month. Hata pun kalut jugak dengan jadual outstation.
Menu special untuk birthday boy...
Striplion steak with blackpepper sauce. 
Semua ni husband anak sedara yang prep.
Alhamdulillah....
Birthday boy kata sedap & memang bertambah 2-3 kali.
Malam tu makan lagi baki yang ada serba sikit.
Menu kami petang tu masa celebrate birthday Ammar.
Kami bakar semua dekat bawah porch & makan dekat porch jugak.
Senang & berangin je petang tu.
Pinggan aku...Alhamdulillah semua berasa. 
Asparagus tu memang sedap la kome.

Alhamdulillah. Selesai hasrat nak celebrate birthday Ammar. Daging striplion tu aku beli seketul sekilo lebih dekat Rosyam Mart. Lepas tu mintak staff potong slice. Daging kambing aku amik yang dah siap potong. Alhamdulillah semua yang ada merasa setiap jenis daging yang kami beli.

Malam tu ada baki serba sikit je. Semua habis malam tu jugak. Jagung pun settled malam tu. CUma tinggal sepiring je daging kambing. Esok paginya (Ahad) kami kena gerak awal sebab Hata ada banyak kerja nak settle sebelum masuk kerja hari Isnin.

Semoga majlis ni diberkati. Amin

DINNER & CARI HADIAH BIRTHDAY BOY

As Salam

Sebelum aku bercerita tentang sambutan hari lahir Ammar hari Sabtu hari tu, aku nak cerita dulu perjalanan mencari hadiah birthday Ammar dari seorang ayah iaitu Hata. Actually Hata dah beli hadiah Ammar secara online. Tapi hadiah tu tak bergerak dari China dah dekat seminggu dah. 

Hari Khamis lepas ambil aku dekat LRT Taman Melati, kami terus ke Melawati Mall. Makan dekat Boat Noodle je. Aku order nasi pad kra paw, noodle 1 mangkuk & air mineral. Hata order noodle 1 mangkuk & meatball.
Aku ingatkan aku boleh habiskan seorang..
Rupanya tidak..Kena share jugak dengan Hata.
Aku suka noodle ayutthaya ini.
Meatball pun share dengan Hata. Aku amik 2 biji je.

Lepas makan kami berdua pun berjalan ke Toy R Us dan Mr.DIY nak tengok kot-kot ada apa-apa yang Hata berkenan untuk ganti hadiah birthday Ammar yang tak sampai-sampai tu. Tapi nan hado yang berkenan kome.

Lepas tu aku ajak Hata masuk Kaison. Aku nak beli small paperbag untuk letak hadiah dari aku & dari che mek untuk Ammar. Alhamdulillah jumpa paperbnag yang cute & muat barang-barang tu. Hata pun akhirnya jumpa juga hadiah untuk Ammar. Tapi fikir kalau beli untuk Ammar mesti che mek nak jugak. Jadi belikan untuk che mek jugak.

Lepas beli kami pun balik rumah. Untuk dinner kami tak makan dah sebab kids masih kenyang makan nasi petang tu. Bag plastic barang beli dekat Kaison aku terus bawak masuk bilik sebab tak nak Ammar perasan. 😆. Dalam bilik sebelum tidur aku dah siap-siap masukkan setiap hadiah ke dalam paperbag & simpan dalam almari. 

Pagi Sabtu sebelum gerak ke Kajang kami berikan hadiah-hadiah tu pada Ammar. Memang senyum sampai ke telinga la member. 😁. Jadi la..Asal ikhlas & cukup untuk buat Ammar rasa diraikan. Aku rasa aku pun kena mintak hadiah dari Hata sebab berjaya lahirkan Ammar. 😆

BOOKING 3 HARI SEBELUM

As Salam

Hari Rabu lepas che mek takde tuisyen. Hata pulak kena hadir ke conference dekat KLCC. Jadi pegi & balik keje kami membonceng motor aje sebab tak nak hadap jammed. Balik kerja terus mintak anak-anak bersiap untuk dinner dekat AEON AU2. Kami makan makanan yang ada dekat food court & dekat grocery AEON tu je. Aku lapar jadi aku makan nasi goreng pattaya daging merah.

Masa Hata nak bayar makanan untuk anak-anak, aku lalu dekat kedai kek depan kedai roti AEON tu. Niat asal nak beli plain chocolate cupcake je. Sekali terlintas nak tempah birthday cake untuk Ammar. Jadi kami pilih design dalam internet & tunjuk dekat seller. Dia cakap dia boleh buat design yang kami pilih asalkan takde foundant sugar pada design tu.
Ada yang harga RM35 , RM65 & RM25

Masa birthday aku beberapa tahun lepas, aku tempah birthday cake dekat sini yang harga RM35.00. Contoh macam dalam gambar diatas yang warna putih + pink tu. Untuk Ammar aku amik yang 1kg, RM65.00. Besarnya macam kek spiderman tu. Jadilah. Tak perlu yang besar-besar sebab risau tak habis makan.
Aku suka beli kek dekat sini sebab coklat cake dia moist. Cupcake dia pun aku suka. Lembut & moist.
Ini bento cake. Pernah beli untuk saja-saja makan. RM25.00. Boleh la untuk sekali makan kami 4 beranak. 😁. Cute kan?

Lepas makan, tempah cake, beli jagung kami ke Rosyam Mart beli daging. Kami beli kambing & daging striploin sekilo lebih then mintak staff Rosyam Mart potong slice untuk masak steak. Then pass pada anak sedara untuk mereka perap. 

Ammar pilih design yang mana? Nanti dah settle majlis aku share sini ye kome. 

HARI BERTEMU SAHABAT

As Salam

Sejak-sejak dah jadi mak ni, kita bukan hanya ada hari bertemu waris, hari bertemu sahabat pun ada ye kome, a.k.a me time gitew 😆. Hari Isnin lepas, aku jumpa ex-ofismate yang dah kenal sejak 2013. Alhamdulillah masih berhubung sehingga ke hari ni.

Macam yang aku cerita sebelum ni tujuan perjumpaan kami adalah dia nak bagi hadiah birthday pada aku. Aku pun, korang dah sedia maklum...Dah get ready jugak dengan hadiah untuk mek ni. Saje la suka-suka. Orang memberi kita merasa. Jadi aku pun bagi jugak la mek ni merasa. 😆
Ini adalah apa yang aku termampu untuk bagi pada dia sebagai kenangan.

Hari Isnin hari tu, lepas waktu kerja aku terus ke KL Sentral. Aku sampai sana dalam jam 5.50 petang. Tunggu mek tu sampai dari Damansara dalam 20 minit kot. Sambil menunggu aku masuk jalan cuci mata dalam Uniqlo. Mek tu sampai, kami terus ke Nyonya Colors tingkat 3 atau 4 dalam Nu Sentral ni. Waktu ni tak ramai orang. Jadi seronok la sikit nak berborak.
Aku order mee rebus tak nak taugeh, bawang goreng & 
daun bawang dan air mineral.
Inilah ex ofismate yang masih berhubung tu. Masa aku buat open house hari tu dia ada jugak datang rumah. 

Kami duk makan & borak dekat Nyonya Colors ni sampai jam 7.30 malam. Sambil borak tu mek ni keluarkan 1 bag tudung bawal & shawl untuk aku pilih sendiri design yang aku nak as my birthday gift. Disebabkan sekarang mood aku adalah mood tudung bawal, jadi aku memang pilih tudung bawal lah kan?

Untuk pengetahuan, cousin ex ofismate aku ni buat bisnes jual tudung-tudung ni. Nama brand dia adalah Sirruhu Hijab .Aku rasa brand ni memang dah lama. Sejak aku kenal ofismate ni lagi. Sebab bermula dari tahun ke -3 aku bekerja dengan dia. Boleh dikatakan kerap kali jugak aku dapat hadiah tudung dari mek ni masa hari lahir aku. Pada aku kualiti tudung ni elok. Sebelum ni aku dah pernah dapat sehelai tudung bawal dari brand ni. Memang senang nak bentuk & kain dia elok.

Lepas pilih-pilih design yang aku berkenan, kami pun selesaikan apa yang patut & masuk Decathlon. Kawan ni nak survey bag untuk isi bola hoki anak dia. Tapi nan hado. Jam 8.20 malam kami pun gerak ke LRT. Mek tu turun dekat stesen Pasar Seni & aku teruskan perjalanan ke stesen Sri Rampai. Hata tunggu dekat sana lepas drop che mek dekat kelas tambahan.

Sampai je LRT Sri Rampai Hata ajak gi dinner, dia tak makan lagi. Mujur la Ammar dah makan nasi dekat rumah tadi. Jadi kami pegi dinner dekat Sarah Tomyam tepi tasik Sri Rampai tu. Kami order nasi goreng kampung telur mata untuk Hata, satay daging 10 cucuk untuk Ammar & keropok lekor untuk aku.

Lepas makan terus amik che mek & balik rumah. Sampai rumah, dah siap mandi semua, baru la aku tunjuk dekat Hata design apa yang aku pilih & inilah yang aku pilih.
3 Helai tudung bawal size 47 inch.

Alhamdulillah aku amik 3 helai tudung bawal dari koleksi yang ofismate ni bawa & mintak aku pilih. Bertambah lagi koleksi bawal teman kome. Tudung bawal yang atas sekali tu corak dia dari bucu tudung sampai atas kepala je. Lepas tu corak yang minimal.

Ok...Dah boleh matching-matching dengan mana-mana baju yang ada. Korang pernah dengar tudung brand sepupu ofismate aku ni?

MEMBALAS DENGAN YANG TAK BERAGAK-AGAK

As Salam
Entah la aku dengan perangai roomate HCMC aku ni tau. Bulan March hari tu kot ke April.Aku dah lupa. Antara bulan tu adalah bulan kelahiran roomate HCMC aku tu. Saje suka-suka.Aku bagi hadiah pada roomate HCMC tu secara senyap-senyap. Tapi aku tak sure macamana aku boleh kantoi sedangkan aku tak wrap pun hadiah tu sebab kalau ade wrap dia boleh cam. Dia cakap dia kenal cara aku wrapping hadiah. Sabar aje lah. Jadi aku masukkan hadiah tu kedalam paperbag. Sekali dia cakap dia tahu hadiah tu dari aku sebab aku sorang je yang pakai perfume ZARA. Aku bagi paperbag ZARA walapun isinya bukan dari brand itu.

Seminggu selepas tarikh hari lahir aku, pagi tu masa sampai ofis, aku nampak 1 paperbag sederhana besar bawah meja aku. Aku memang dah syak mesti mek tu yang bagi. Sekali memang betoi kome. Sabar aje la aku. Aku dah cakap JANGAN DIBALAS. DIA DEGIL JUGAK. 

Seminggu jugak aku biarkan paperbag tu dekat ofis sebab sepanjang minggu tu aku pegi keje bawak motor. Tak dapat bawak balik ke ofis. This week baru dapat bawak balik rumah. Masa dapat hadiah ni, aku tengok gitu-gitu je sebab banyak pulak bag-bag lain dalam 1 paperbag tu kome. Aje haru.

Sampai rumah baru la aku betul-betul unboxing. Aje haru. Terkejut aku tengok apa yang mek tu bagi & apa yang aku dapat. Udah macam hadiah orang pindah rumah baru. Macam hadiah untuk pengantin baru pun ade jugak. Ni memang nak suruh aku masak dekat rumah setiap hari ke macamana cerita dia ni? 😆

Alhamdulillah atas rezeki ni. Terima kasih atas ingatan. Nanti dah test guna aku review ye kome. Ada antara korang yang dah guna kuali jenis ini? Kalau pakai sudip besi tu ok tak?

Tak beragak-agak betul roomate HCMC aku ni membalas ye. Aku bagi biasa-biasa je. Sekali dia balas...Nah...Dia bagi semangat untuk aku masak hari-hari. 😆

BELIKAN UNTUK DIA..TAPI.........

As Salam
Baru-baru ni ex-ofismate aku ada message bagitahu yang dia nak jumpa aku sebab nak bagi hadiah birthday gift. Alhamdulillah dia masih ingat hari lahir aku. Tapi tak sangka pulak dia nak bagi hadiah. Mula-mula kami plan nak jumpa dekat KL East Mall je sebab anak dia ada training hoki dekat padang UIA. Tapi tak dapat selit masa sebab parent kena monitor training tu.

Jadi dia bagi cadangan kami jumpa on weekday after work. Lepas bincang dengan Hata, aku pun pilih hari Isnin depan ( 6 July 2026 ) untuk jumpa mek tu dekat mana-mana kedai makan dalam KL Sentral atau NU Sentral lepas waktu kerja. Lepas aje set date & time tu, aku pun rasa nak bagi something to her sebab aku tak bagi apa pun on her birthday sebab kekangan masa masing-masing. Mek tu macam every weekend busy dengan training hoki anak dia.Weekday pulak aku memang jarang kemana-mana lepas waktu kerja sebab mengejar ke tuisyen che mek & menu makan malam. 

Jadi aku saje la cari-cari barang dekat tiktok shop & berkenan dengan 1 tumbler ni. Lepas tu cari jugak hadiah untuk kawan cosplay yang ada bagitahu nak jumpa sebab nak bagi hadiah birthday untuk aku jugak. Yang ini tak dapat lagi nak set date & time sebab kekangan masa masing-masing. Dia tinggal di Kajang. Aku dekat KL. Macam jauh jugak la nak jumpa. Nanti la kita set lain.

Setelah scroll sana & scroll sini. Aku berkenan dengan tumbler dari brand MODOFO. Blogger Cie pernah beli tumbler dari brand ni. Aku beli tumbler latest design mereka nama verve & vintage series.. Aku pilih yang 900ml. Untuk kawan yang cosplay tu aku pilih flanel blanket baby yoda. She is so obsessed with baby yoda & mando.😆
Sekejab je dah sampai tumbler ni. Tapi biasa la..Dapat kotak dah kemek sikit here & there.
Alhamdulillah barang masih elok.

Waktu unboxing, aku rasa excited sebab pada aku tumbler ni nampak cantik. 😆. Udah aku pun rasa berkenan jugak kome. Tapi bila fikir aku dah ada beberapa tumbler dekat rumah ni, maka niat tu kita kena simpan kemas dalam peti niat membeli lagi. 😆. 

Itu la.Kalau kita beli yang kita suka tengok, barang dah sampai kita pun terberkenan jugak. Tapi orang kata kalau kita memberi sesuatu yang kita sayang tu lagi bagus sifatnya. Kan?😆. Jadi aku tetapkan pendirian untuk teruskan niat bagi tumbler ni pada mek tu & TAK BELI lain untuk diri sendiri.

Aku ada target nak kena archieve sampai bulan 10 nanti. 

Korang pulak macamana? Pernah jadi situasi macam aku sekarang? Apa yang korang buat?