As Salam
Hari Rabu lepas, waktu tea time, ofis aku ade buat birthday celebration untuk staff yang lahir pada bulan May, June & July. Takde staff yang lahir bulan August. Semua makanan dan kek, admin aku yang handle.Aku hanya beritahu apa yang aku nak makan. Dia deal dengan seller. Alhamdulillah semua makanan sampai on time cuma 2 menu ni je. Janji nak hantar jam 2:00 petang, sampai jam 2.30 petang kalau tak silap aku. Jam 1.30 petang admin call, seller boleh cakap dia tengah menggoreng lagi. Sabar aje lah...
Kami buat waktu tea time. Jadi memang menu simple-simple je. Patutnya start jam 3:00 petang. Tapi lady bos aku kena pegi signing pulak dekat bangunan Tokio Marine. Drag sampai jam 4:20 petang. Jam 4:30 petang baru mula.
Birthday cake Mango Yogurt Crepe.
Aku suka popiah sira dengan biji bijan berbanding dengan
taburan bawang goreng 😁
Add on mini donut dari J.Co
Karipap kentang ni pun aku suka sebab berasa & pedas sikit.
Berompek dulu...
Sorang masuk bilik bos, sorang lagi on leave.
Kami pilih warna purple sedondon hari rabu tu. Saje untuk meriahkan suasana.
Birthday girls with ladybos.
Birthday girls with big bos & ladybos.
Blog ni shrink gambar aku ni sampai lain macam pulak muka ladybos aku ni...😆
Sebelum makan, amik hadiah dulu...
Baru boleh start nyanyi , potong kek sama-sama & makannnnn...
Inilah totebag yang aku dapat.
Atas kepala tu tak pasti la towel ke rambut? 😆
Lepas habis majlis, masa bos nak bersiap untuk balik, tetibe staff yang birthday dia bulan December , ada request something on her birthday celebration nanti. Aku tak ingat staff tu cakap apa.. Lepas tu bos aku cakap December? dan reaksi macam dia baru teringat akan sesuatu. Biasanya setiap hujung tahun memang lady bos & big bos takde dekat ofis almost 2 weeks sampai ke tahun baru. Jadi mungkin dia nak kena arrange time dia...
Lepas tu kan..Dia macam baru teringat sesuatu yang dia kena buat sebelum cuti panjang. Lepas tu....
Aku pun cakap..."I know.." Lepas tu sengeh...
Bos aku jawab...' Eh...How you know?".
Aku jawab..." Kan bos yang "cerita" dengan I hari tu?
Lepas tu bos aku jawab apa tau???
" Owhhhh..I accidently tell you "the things"...
Aku ketawa aje la..Bos ni kalau kena time lupa dia datang...Memang gitu la...Kalau ingat tu. Kami yang mengelabah...😆. Tapi yang pasti setakat ni agenda dia selamat dengan aku. Dia bukan "accidently" tau. Tapi dia memang bercerita dengan aku kome. Masa tu dia baru balik dari toilet, dia singgah dekat meja aku. Lepas tu dia cakap macam ni...
" Did I tell you? Yang I dah ..................................... for this year end activity? "
Aku jawab ................................. ke? Bos aku jawab "YA...But I don't want to tell you."... Lepas tu dia berahsia balik dengan aku..Sabar aje la bos ni. Suka bersembang tergantung-gantung dengan aku tau. Tapi aku bersyukur sebab bos boleh berborak dengan aku. Bukan senang nak jumpa bos macam ni. Mungkin jugak sebab jarak beza usia kami tak jauh sangat. Jadi mungkin dia rasa selesa nak berborak dengan aku. Kan?
Korang dengan bos korang macamana?











sronok bila ada celebration mcm ni....hubungan dgn bos baik walaupun ada je kdg2 tk sependapat kena luah juga haha
ReplyDeleteAlhamdulillah.Thx sis =)
DeleteYe ye... uncle pun tak suka popia tabut bawang goreng... Bawang goreng paket pulak tu... Tak sedap!
ReplyDeleteOk.Kita geng..hahahaha
Deletebestnya celebrate bday berjamaah gini! kiranya kat tmpt keje nieza ni..lady boss dan big boss nya chinese, semua staff pompuan dan semua staff melayu lah yer ;) me and my boss (dekan) boleh jer citer apa shj sbb my dean tu my ex lecturer zmn MZ study kat uia dan lps tu, dia jd my co-supervisor utk phd plak..
ReplyDeleteStaff ada yg chinese jgk sis.Tp semua chinese gurl. Big bos, despatch & land ofis staff aje yg kumbang =D
DeleteNampak sedap sungguh keknya. Bos cerita pada Nieza, sebab dia percaya pada Nieza, tu. Alhamdulillah. Seronok sambut harijadi sama² di office.
ReplyDeleteMmg sedap kek tu sis.Alhamdulillah bos masih boleh borak dgn sy. =)
DeleteGambar tote bag tu cam gambo towel keliling rambut waktu mandi.
ReplyDeleteAkak dgn boss OK malahan kalau ada problem terus Tanya pendapat
Kan.Sy pun rasa gmbr tu mcm tu.Very the mak-mak sgt =D
DeleteKaripap dia tu nampak sedap isi penuh... Peberet ni
ReplyDeleteBetul tu sis.Sy suka karipap tu =)
DeleteBos Cie lelaki, muda jauh beza dengan Cie. Baya anak2 buah Cie je. Bos Cie walaupun lelaki tapi kuat gosip tau 😆
ReplyDeletehahaha..Aduhai. Ok la..Bleh borak skali =D
DeleteUjian betul bila makanan lambat dan majlis birthday party office ter-drag! Tapi bernasib baik semua makanan tetap sedap kan?
ReplyDeleteBetul tu. Mujur bos punya appointment pun drag. Takde la rasa terganggu sgt bab mknn tu =)
DeleteCantik semua berbaju sedondon 💜
ReplyDeleteBest kalau boss sporting. PH dah merasa masa kerja dulu alhamdulillah seronok.
Thx sis.Alhamdulillah dpt bos yg ok =)
DeleteTingginya big bos yaaa 😅. Menjulang sendiri.
ReplyDeleteSukaaa kalau dapat bos yg friendly . Saya 13 tahun kerja di HSBC, Macam2 bos dah kena handle. Dari yg julid, judes, sampai yg ramah sangat 🤣. Tp pengalaman lah memang. Beda karakter bos, beda cara handle 🤭
Iye.Big bos mmg tinggi lampai orgnya..Alhamdulillah sy dpt bos yg ok =)
DeleteBos- bos kesayangan Kak SA semua dah pencen, dah berhenti tinggal la boss cina yang x berapa nak best ni...akak lagi tua dari dia..hahahaha...Happy Birthday semua! Untung Nieza rapat dengan bos, sekurang-kurangnya kerja pun rasa santai dan happy. Boss akak pulak jenis profesional tapi fleksibel, seronok kalau ada aktiviti bonding macam ni sekali-sekala
ReplyDeleteAlhamdulillah. Semoga kita happy2 aje dkt tmpt kerja =D
Delete