Showing posts with label office. Show all posts
Showing posts with label office. Show all posts

FROM OFFICEMATE TO OFFICEMATE

As Salam

Isnin pagi jam 6.50 aku dah dapat w/apps dari 1 of ofismate chinese yang dah kenal sejak aku masuk keje sini. Dia tanya aku nak kopi apa sebab dia nak belanja birthday girl. Aku cakap jangan belanja. Aku bayar dekat dia. Dia refused nak belanja jugak. Jadi aku mintak dia orderkan aku air ini. Sampai dekat ofis jam 8.30 pagi. So pagi semalam aku tak buat air dekat ofis. Hanya minum air ini & makan bekal roti wholemeal letak nutella.
Terima kasih semua atas ucapan & doa yang diberikan.
Tahun ni rasa nak share wish dari ofismate sedangkan tahun 
lepas dapat juga wish dari mereka. 😁

Disebabkan birthday celebration aku tahun ni ada kelainan, jadi aku planning nak beli "candy" untuk semua ofismate yang wish birthday aku. Rasa macam nak memberi walaupun barangnya kecik je. Jadilah buat lepas niat nak belanja ofismate sebab ingat tarikh hari lahir kita. Aku beli ini untuk setiap sorang ofismate. OK la kan? Janji ikhlas.
Dah keluar dari Village Grocer baru teringat tak beli lagi candy untuk ofismate. Kaki melangkah ke Mr.DIY dan bukannya patah balik masuk grocery yang hanya 10 langkah je. Jadi aku pilih la 2 manis-manis ni untuk ofismate.

Dulu-dulu masa aku umur 10 tahun celebrate bitrthday dekat kampung, aku pernah mengharapkan hadiah dari kawan-kawan sebab nak rasa diraikan. Tapi bila dah makin dewasa tahun ke tahun, hadiah tu aku tolak tepi. Ucapan dan doa baik-baik yang aku perlukan. Semoga semua ucapan yang baik-baik itu berbalik kepada mereka semula. Amin.

Apa kata lepas ni kalau umur panjang lagi tahun depan kita pulak memberi dekat kawan-kawan pada hari lahir kita? Yang simple-simple macam aku buat ni pun OK jugak kan?😁.

Semoga Allah panjangkan usia aku sampai tahun depan & dapat buat apa yang aku niatkan ni.Amin

LUNCH AT DODO KOREA AVENUE K

As Salam

3 hari tinggalkan blog kesunyian. Baru hari ni dapat update dan akan update sampai habis cerita 4 hari yang lepas 😁. Kita mulakan dengan lunch date dengan ofismate ye kome.

Hari Jumaat lepas, waktu lunch hour kami ber4 ke Avenue K. Makan dekat Dodo Korea. Beratur 20 minit untuk dapatkan dulang makanan dan terus dapat meja.
Sekeping sementara beratur panjangggg nak sampai ke kaunter makanan...
Mujur staff dekat kaunter tu laju je buat kerja letak makanan yang kita pilih.
Menu aku...Aku amik lauk ayam sweet & spicy dengan beef bulgogy. Aku bawak air masak dari ofis je. Tak beli minuman dekat sana.
Kami berompek...Jom makan.

Habis makan jam 1.45. Jalan masuk Guardian & Watson seminit-seminit lepas tu terus berjalan balik ke ofis. Portion makanan ni memang banyak ye kome. Jadi kenyang betul rasanya sampai ke petang.

Petang tu jam 5.30 petang Hata & kids amik aku dekat ofis untuk kami ke Lot 10. Perjalanan amik masa 30 minit sebab jammed dekat depan Pavillion...Cerita dekat Lot 10 nanti aku share dekat entry lain ye.

Banyak gambar yang dapat kami snap. Tapi aku pilih mana yang ok aje...😆

SEMAKIN MENGHILANG

As Salam

Rasanya macam takde kaitan gambar nak apa yang aku nak cerita. Tapi amik jugak la gambar ni sebab nak cerita missing part. Keyboard mofii yang aku tengah pakai sekarang rumahnya dah 2 tahun usianya. Date aku share cerita tentang beli keyboard ni adalah pada 29 May 2024.

Bila kite guna setiap hari, makin lama makin hilang / pudar la warna dekat font dekat keyboard ni...Macam yang dalam gambar ni.
Udah hilang huruf A tu kome...

Dah mula nampak samar-samar je. Yang lain alhamdulillah masih nampak jelas lagi. Kalau yang lain ikut serta mungkin kena mula survey yang baru kot 😆. Korang tukar keyboard dalam keadaan keyboard tu macamana?

Aku dulu tukar keyboard sebab keypad dia tak best & bising waktu ditekan. Lepas tu font pun dah banyak yang start kabur / menghilang & aku nak keypad yang senyap. 😁

Masa keje dekat menara Citibank, hari-hari guna laptop. Dekat rumah pun guna laptop jugak. Keje sini, sebelum tukar ke keyboard Mofii ni aku hanya tukar-tukar je dengan keyboard ofis yang sedia ada. Buat masa ni takde lagi niat nak tukr keyboard baru sebab ada misi lain yang perlu aku fokus.

Korang tukar keyboard waktu bila & keadaannya macamana?

JANUARY,FEBRUARY,MARCH & APRIL BIRTHDAY CELEBRATION

As Salam

Hari Selasa hari tu ofis aku buat bday celebration untuk staff yang lahir bulan January, February, March & April. Simple je celebrationnya sebab buat time teatime. But meriah sebab bos pun mulut bising. Lagi bising bila tengok hadiah bday masing-masing dari bos kami yang tukar jenis hadiah tahun ni. 😆
Karipap pusing gebu gebas 😆
Staff-staff yang diraikan.
Hadiah birthday yang bos aku sediakan. Tahun ni lain dari tahun lepas.
Aku cakap dekat bos. Ini mini handbag hermes 😁
Alhamdulillah..Kami suka 😆
Memasing senyum sampai ke telinga bila bukak hadiah ni..
Tambah senyum & ketawa 1 ofis bila tengok character dekat setiap totebag ni.
Memang kena betul dengan character memasing.
Aku duk terfikir, character apa la yang bos aku akan pilih untuk aku nanti. 😆

Aku makan both cake 1 slice each, karipap 3 ketul & 6 pcs cucoq udang tu. Lepas tu dah terasa kenyang sangat. Alhamdulillah kenyang sampai waktu balik kerja jam 5.30 petang.Balik kerja cuaca elok panas. Terus rasa happy sebab fikir kain dijemuran akan kering elok 😁. 


Kome buat apa hari ni?

JAMUAN KONGSI RAYA

As Salam

Alhamdulillah hari ni selesai majlis jamuan kongsi raya ofis aku. Aku bawak nasi impit, kuah kacang & daging dendeng yang Hata masak hari tu. Kami asingkan siap-siap letak dalam freezer then pagi tadi aku panaskan sekali dengan kuah kacang.
Main menu.
Muka sebelum makan...
Dah get ready nak makan 😁
Daging dendeng made by Hata.
Aku masak 38 small packed nasi impit.

Satay daging & satay ayam.

Lepas makan ada yang pakat bungkus. Aku tak bungkus apa-apa makanan. Udah kenyang kome. Aku tak rasa kids nak makan sebab memasing mesti nak nasi 😁.
Ini photo waktu pagi...
Tak ingat sebelum atau selepas buat 3 video follow tiktok.
Memasing keras perut ketawa tiap kali habis shooting. 😀

Alhamdulillah selesai dah majlis. Kenyang sampai ke petang ni ha....Balik keje nanti kita fikir nak dinner ape ye.

DINNER DIMANA?

As Salam

Semalam balik kerja Hata amik aku dekat LRT Sri Rampai sebab Hata baru siap service kereta. Lepas tu kami ke Satay Melaka Taman Melawati untuk beli kuah kacang 2kg. Hari ni ofis aku ade buat jamuan KONGSI RAYA. ( CNY & Hari Raya ). Lepas beli kuah kacang balik rumah. Lepas maghrib keluar semula bawak kids pegi dinner dekat Wangsa Walk. Nak stock up susu full cream. Che mek "tuang" kelas tuisyen malam semalam.
Menu kami semalam. Amik 3 set je sebab Hata dah kenyang makan 
dekat open house department dia.

Lepas makan kami ke Mr.DIY dulu beli instant yopokki untuk che mek. Lepas tu terus ke Lotus's. Dah settled membeli kami terus balik rumah sebab aku nak kena masak nasi impit. Lepas tu susun-susun bekas-bekas makanan masa mini open house hari tu. Hata dah tolong basuhkan. Turn aku untuk susun & asingkan mana yang nak pakai daily & simpan dalam kabinet. 

Sambil-sambil masak nasi impit, aku basuh kain jugak. Rendam ayam then asingkan dengan masukkan ke dalam bekas kecik-kecik supaya senang nak masak. Dah dekat seminggu tak memasak. Asyik makan luar je 😆. Dah nak tido tu aku keluarkan baju & tudung yang nak dipakai hari ni.

Pagi tadi bangun jam 5.40 pagi untuk panaskan kuah kacang & daging masak hitam / dendeng & masukkan nasi impit yang belum dipotong ke dalam bekas. Lepas tu Hata kena hantar aku ke ofis sebab bag makanan ni boleh tahan berat jugak. Sampai ofis jam 7.20 pagi. Aku pegi letak bag makanan ni depan pintu ofis then turun bawah masuk mynews.
Beli hot americano, fishball & pau BBQ chicken untuk alas perut & buang masa sementara tunggu ofismate sampai jam 7.50 pagi.

Sampai ofis sambung habiskan hot Americano ni. Majority malay ofismate pakai baju raya. Aku pun pakai baju raya jugak tapi bukan la yang baru. Aku pakai baju kebaya pendek daru Bayu Somerset tu.

Jam 8.30pagi baru sandwich yang ofismate order sampai. Aku amik 2 pcs ( 1 pcs each flavor ) untuk makan dekat workstation. Masih kenyang minum air & 3 pcs fishball.
Sandwich inti daging...
Sandwich inti ayam...

Alhamdulillah ade menu breakfast extra pagi ni. 😁

Korang sarapan apa pagi ni?

BREAKFAST WITH U

As Salam
Morning view from lift.
I just love the view walaupun senget sikit.💜

Dah lama rasanya tak bersarapan bersama dengan Hata waktu hari bekerja. Hari ni Hata dapat WFA. Jadi jam 6.50 pagi kami keluar sekali hantar anak-anak ke sekolah. Masa nak u-turn tu jammed giler sebab ade 4-5 lori parking dekat lane kanan MRR2 depan simpang rumah kami tu. Nak start constructions. Merepek betul nak start construction time peak hour. Kecoh jugak la dalam group PIBG sekolah che mek sebab jammed dari Taman Permata tu sampai ke KL East Mall - depan rumah kami. Lepas hantar kids ke sekolah masing-masing, Hata hantar aku sampai ke ofis kami ikut AKLEH. Sampai ofis jam 7.30 pagi. Jadi kita dating la dulu sebab staff ofis aku sampai jam 8 pagi...
Aku amik sesenduk mee goreng, sesenduk nasi goreng kampung, kuah sardin & telur mata...RM4.30
Hata amik nasi lemak bungkus & add on telur mata. RM4
Sekeping sebelum makan & sementara tunggu air sampai.

Makan tenang-tenang je sampai jam 8 pagi. Lepas tu aku masuk ofis. Hata ke pasar chow kit beli darang dapur sikit sebab hari ni nak masak-masak. Masak-masak apa? Nanti aku cerita ye.

Nampak ok jugak tudung bawal Minaz yang aku pakai ni. Masa pegang ditangan, aku fikir muka aku akan nampak macam suram je. Dah pakai nampak OK plk. So kira OK la kan? 😀

DEKORASI HARI RAYA OFFICE

As Salam
Alhamdulillah semalam 90% decoration raya dekat ofis dapat disiapkan Lagi 10% nak add on deco yang nak dibawa dari rumah. Tahun ni deko aku simple je.
Ini je yang aku deco tahun ni. Simple je
Sekeping sebelum mula cuti beraya.
Ini gambar keseluruhan decoration. 
Itu pun ada lagi nak add on lepas raya nanti. 
Raya kan sebulan? 😁

Bulan sabit tu tak perfect sangat sebab ofismate aku lukis guna tangan je. Lepas tu kami order kain batik dekat shopee then wrapped . Siap.

Decoration raya dekat ofis korang macamane pulak?

LAI LAI ANGPOW

As Salam

Minggu lepas hari Jumaat, one of the partner dekat ofis ni bagi angpow CNY sebab dia akan bercuti selama 2 minggu. Jadi dia bagi angpow ni awal-awal lagi...Semua staff pun dapat termasuk dispatch.

Alhamdulillah masih ada rezeki nak dapat red packet. Tunggu big bos balik dari beraya pulak kalau ada rezeki nanti 😁. Korang ada yang dapat awal red angpow macam aku?

Actually aku tetibe rasa berdebar-debar nak tunggu kakak-kakak aku sampai esok. Risau cukup ke idak makanan yang aku sediakan nanti? Tapi takpelah..Kalau tak cukup kita masak lagi. Bukan kita pegi homestay saknika benda kena beli kan? Makan aje la apa yang ada dekat rumah ni.

Aku ajak mereka datang rumah baru ni sebab selama ni dekat umah lama mana muat ramai-ramai sekaligus. Jadi dah alang-alang cuti umum ni aku ajak aje la semua yang berkelapangan untuk datang. Aku & Hata pun masak simple-simple je. Planning asal nak sewakan homestay untuk mereka. Untuk bagi selesa nak tido. Tapi ada family yang nak balik hari je. Jadi tak perlulah sewakan homestay. Tido dekat rumah aku aje la. Aku bagi bilik Ammar untuk mereka tido & bilik menjahit pun muat la untuk ido berdua. In Shaa Allah bantal, selimut tu cukup rasanya. Kalau tak cukup korang tido la alas dengan kain batik atau tuala mandi masing-masing 😆

Doakan esok semuanya berjalan lancar ye kome..Amin.

LUNCH DATE

As Salam

Aku bukan dating dengan Hata ye..Tapi kami berlima pergi lunch dekat Avenue K hari Rabu hari tu. 2 orang gerak jam 12.45 sebab nak beratur & booking meja. Lagi 3 orang termasuk aku gerak on time lunch hour. Masa kami bertiga sampai, sorang ofismate masih dalam barisan beratur menunggu giliran. Sorang lagi dah duduk dekat meja.
Sekeping sebelum makan...Aku bawak air masak sendiri dari ofis...
Jadi tak set yang ada air.
Inilah menu aku..
Menu kami lebih kurang sama je...😁

Kami pun makan santai-santai je sebab masih ada meja kosong dan orang lain tak tunggu kami habis makan baru mereka boleh makan. Jadi kita makan santai-santai aje la.Portion pun banyak. Mane maunya makan laju-laju. Kimchi tu aku tak makan. Jadi aku bagi pada kawan chinese & kawan depan aku tu.

Jam 1.50 petang kami pun beransur pulang sebab client ofismate depan aku ni akan datang ofis untuk signing jam 2 petang . Sedang elok waktu tu semua pun dah habis makan. Maka berjalan kaki lah beramai-ramai kami pulang ke ofis.

Alhamdulillah kenyang sangat makan dekat sini. Portion banyak, rege pun berpatutan. Sampai ofis makin lama mata makin berat. Acaner tu? Ok jugak makan-makan sekarang sebab minggu depan dah ramai staff chinese yang sambung cuti. Lepas tu masuk bulan puasa dah.

Korang ade buat apa-apa preparation untuk sambut puasa?

EARLY CNY DINNER

As Salam
Hari Jumaat lepas entah kenapa semua ceruk jalan jammed. Ofismate aku booking grab jam 5.15 petang sebab bos bagi keluar jam 5.20 petang. Pukul 6 baru grab dapat sampai ke ofis kami. Dah duk dalam grab jammed dia ya ampun...Mujur la uncle ni pandai cari jalan tikus. Boleh la lepas dalam 2 ke 3 tempat jammed. Sampai ke destinasi jam 6.50 petang.

Tahun ni ofis buat jauh sikit dekat Bangsar Shopping Centre. Restoran nama Bamboo Seafood. Restoran ni muslim friendly sebab gunakan daging yang halal.
Restoran ni dekat level 1..

Waktu kami sampai, bos dah sampai...Tapi servis dekat sini lambat la...Ntah la kenapa. Restoran idak la besar sangat pun. Tapi mungkin sebab dia nak prepare yang fresh, sebab tu take time kot...Sini aku share apa yang bos aku pilih untuk kami...
Yee Sang ni super sedap ye kome sebab memang fresh sayur-sayur dalam tu...
Sengkuang tu memang juicy..Aku super suka...
Sekali kaut tu memng banyakkkkk aku amik 😉
Lepas makan ni, aku & others muslim staff berlari ke level 4 untuk solat manghrib...Luas jugaak surau dia...Nice je..Maklum la..Inikan mall T20 😁
Ini set wrapped crispy duck skin...
Macam ni cara makannya..Sedap jugak ni..Tapi aku makan 
sekali je sebab nak tunggu menu lain...
Tumis garlic with hong kong kailan...
Crunchy giler batang kailan tu...Sedap sangat.
Of cos aku tak ambil bawang putih tu 😆
Serius besaq giler wehhh udang ni...
Dapat makan seekor pun puas hati dah 😆
Duck noodle. Biasa je..Tapi jadi luar biasa bila makan dengan cili kicap.
Memula sampai risau jugak tengok biji-biji dekat kulit ayam tu...
Tapi bila tengok betul-betul, pejam mata aje la makan...Jangan fikir ke lain 😆
Ayam ni OK je...Kulit tu crispy sangat.
Kuih apa namanya ni? Aku tak ingat...Sedap.
Masa sampai ni memang tengah panas-panas inti black sesame...
Sekeping dipagi hari sebelum make up memasing cair sebab fokus kerja 😆
Sekeping sementara tunggu grab yang stucked dekat jammed.
Sekumpulan with bos & lawyer...
Sekeping sebelum makanan sampai 😁


Official group photo from the bos...

Pukul 9 malam kami pun bersurai. Memasing balik dengan cara sendiri...Grab ade, kawan amik ade, husband amik ada, naik LRT ada, BFF amik ada...Aku memang Hata la yang datang amik...Lepas Hata amik kami kemana? Nanti aku cerita ye...Apapun restoran ni walaupun agak slow, tapi makanan dia 0K & boleh diterima tekak.