Feb 16, 2026

LAI LAI ANGPOW

As Salam

Minggu lepas hari Jumaat, one of the partner dekat ofis ni bagi angpow CNY sebab dia akan bercuti selama 2 minggu. Jadi dia bagi angpow ni awal-awal lagi...Semua staff pun dapat termasuk dispatch.

Alhamdulillah masih ada rezeki nak dapat red packet. Tunggu big bos balik dari beraya pulak kalau ada rezeki nanti 😁. Korang ada yang dapat awal red angpow macam aku?

Actually aku tetibe rasa berdebar-debar nak tunggu kakak-kakak aku sampai esok. Risau cukup ke idak makanan yang aku sediakan nanti? Tapi takpelah..Kalau tak cukup kita masak lagi. Bukan kita pegi homestay saknika benda kena beli kan? Makan aje la apa yang ada dekat rumah ni.

Aku ajak mereka datang rumah baru ni sebab selama ni dekat umah lama mana muat ramai-ramai sekaligus. Jadi dah alang-alang cuti umum ni aku ajak aje la semua yang berkelapangan untuk datang. Aku & Hata pun masak simple-simple je. Planning asal nak sewakan homestay untuk mereka. Untuk bagi selesa nak tido. Tapi ada family yang nak balik hari je. Jadi tak perlulah sewakan homestay. Tido dekat rumah aku aje la. Aku bagi bilik Ammar untuk mereka tido & bilik menjahit pun muat la untuk ido berdua. In Shaa Allah bantal, selimut tu cukup rasanya. Kalau tak cukup korang tido la alas dengan kain batik atau tuala mandi masing-masing 😆

Doakan esok semuanya berjalan lancar ye kome..Amin.

0 comments: