Jul 4, 2026

BELIKAN UNTUK DIA..TAPI.........

As Salam
Baru-baru ni ex-ofismate aku ada message bagitahu yang dia nak jumpa aku sebab nak bagi hadiah birthday gift. Alhamdulillah dia masih ingat hari lahir aku. Tapi tak sangka pulak dia nak bagi hadiah. Mula-mula kami plan nak jumpa dekat KL East Mall je sebab anak dia ada training hoki dekat padang UIA. Tapi tak dapat selit masa sebab parent kena monitor training tu.

Jadi dia bagi cadangan kami jumpa on weekday after work. Lepas bincang dengan Hata, aku pun pilih hari Isnin depan ( 6 July 2026 ) untuk jumpa mek tu dekat mana-mana kedai makan dalam KL Sentral atau NU Sentral lepas waktu kerja. Lepas aje set date & time tu, aku pun rasa nak bagi something to her sebab aku tak bagi apa pun on her birthday sebab kekangan masa masing-masing. Mek tu macam every weekend busy dengan training hoki anak dia.Weekday pulak aku memang jarang kemana-mana lepas waktu kerja sebab mengejar ke tuisyen che mek & menu makan malam. 

Jadi aku saje la cari-cari barang dekat tiktok shop & berkenan dengan 1 tumbler ni. Lepas tu cari jugak hadiah untuk kawan cosplay yang ada bagitahu nak jumpa sebab nak bagi hadiah birthday untuk aku jugak. Yang ini tak dapat lagi nak set date & time sebab kekangan masa masing-masing. Dia tinggal di Kajang. Aku dekat KL. Macam jauh jugak la nak jumpa. Nanti la kita set lain.

Setelah scroll sana & scroll sini. Aku berkenan dengan tumbler dari brand MODOFO. Blogger Cie pernah beli tumbler dari brand ni. Aku beli tumbler latest design mereka nama verve & vintage series.. Aku pilih yang 900ml. Untuk kawan yang cosplay tu aku pilih flanel blanket baby yoda. She is so obsessed with baby yoda & mando.😆
Sekejab je dah sampai tumbler ni. Tapi biasa la..Dapat kotak dah kemek sikit here & there.
Alhamdulillah barang masih elok.

Waktu unboxing, aku rasa excited sebab pada aku tumbler ni nampak cantik. 😆. Udah aku pun rasa berkenan jugak kome. Tapi bila fikir aku dah ada beberapa tumbler dekat rumah ni, maka niat tu kita kena simpan kemas dalam peti niat membeli lagi. 😆. 

Itu la.Kalau kita beli yang kita suka tengok, barang dah sampai kita pun terberkenan jugak. Tapi orang kata kalau kita memberi sesuatu yang kita sayang tu lagi bagus sifatnya. Kan?😆. Jadi aku tetapkan pendirian untuk teruskan niat bagi tumbler ni pada mek tu & TAK BELI lain untuk diri sendiri.

Aku ada target nak kena archieve sampai bulan 10 nanti. 

Korang pulak macamana? Pernah jadi situasi macam aku sekarang? Apa yang korang buat?

0 comments: