Showing posts with label TIKTOK SHOP. Show all posts
Showing posts with label TIKTOK SHOP. Show all posts

DAPAT APA DEKAT BAGSMART SALE 11.11?

As Salam
Hari tu aku mencari mini backpack yang baru sebab terasa backpack yang sekarang tak cukup poket. Masa dekat Surabaya, roomate aku beli bag jenama diatas - Bagsmart. Dia beli backpack yang fesyen lain. Aku tak berkenan pun cuma aku berkenan bila dia cerita bag tu adalah water-resistant dan ada banyak poket. 

Tak lama lepas tu lalu la pulak dekat FYP aku tentang SALE 11.11 bag ni. Aku pun join la live tu sekejab. Berkenan pulak dengan 1 backpack size 9.7" tu. Harga masa live memang banyak diskaun berbanding harga dekat shopee. Masa live tu aku mintak host tunjukkan mini backpack tu. Terus aku berkenan. Masa add to cart rege lain. Masa nak check out rege lagi murah bila redeem coin yang ada. 2 hari je masa yang diambil untuk aku terima backpack mini tu.

Tak lama lepas tu aku tengok pulak 1 shoulder handbag size 13" ni. Aduhai.. Teringin jugak sebab nak ganti shoulder handbag aku yang sedia ada. Yang sedia ada ni besar jugak size dia. Jadi nak beli yang kecik sikit la. Kali ni teringin pulak nak pakai bag yang dari jenis material fabric. Masuk live. Ade offer lagi sebab SALE 11.11 masih berlangsung. Sama jugak. Masa add to cart rege lain, masa check out dapat lagi diskaun hampir RM7.00. Sama jugak proses nak sampai amik masa 2 hari je.
Kali ni aku pilih mini backpack warna hitam dan shoulder handbag warna Burgundy. Aku tunjuk pada Hata. Hata pilih warna itu. Jadi aku amik aje sebab aku pun suka jugak warna tu.
Bagsmart Mini Backpack. Mini backpack ni ada banyak poket berzip & compartment. Depan je ada 3 zip. Kiri kanan ada poket yang boleh letak air botol kecik.
Bahagian belakang ada 1 hidden zip.
Bahagian dalam ada 1 poket terbuka, 1 poket berzip. Bahagian tengah bag ni boleh masuk payung, wallet, handfan, powerbank dan banyak barang lain. Rasa berbaloi beli mini backpack ni. Senang ada bag ni bila pegi keje naik motor dengan Hata. Jimat space.
Bagsmart shoulder handbag. Yang ini pun aku suka sebab banyak poket.
Boleh pakai time pakai baju kurung pegi keje naik kereta dengan Hata. bag ni ada poket dikiri dan kanan bag yang muat 1 botol air kecik 300ml.
Poket depan shoulder handbag ni ada 2 poket terbuka dan buang utama.
Main compartment ada slot untuk masukkan tab / ipad 13", 2 poket terbuka, 1 poket kecik dekat alik hujung bag, 1 poket berzip dan main compartment. Kensep macam sama dengan shoulder bag aku yang sebelum ni cuma bag ni lebih ringan.

Alhamdulillah. Seronok dapat 2 bag ni masa harga promo. Boleh la aku pakai bergilir-gilir dengan bag Anello yang dipakai masa di Surabaya hari tu. Bertambah koleksi bag ni kome. Harapnya raya tahun depan aku takde teringin nak ada handbag raya yang baru. 😆

Harga pun, aku ikut kemampuan. Risau jugak kalau terberkenan dengan handbag yang mahal-mahal. Jenuh nak kumpul modal kome.😆. Tapi kalau ada rezeki durian runtuh. Boleh la fikir semula. 😆

Korang suka bag jenis yang macamana? Aku suka bag gegurl handbag, backpack, mini backpack, shoulder bag size ikut keselesaan diri sendiri, sling bag pun sama ikut size yang aku rasa sesuai dengan diri aku.

MAKAN SNACK KULIT IKAN

As Salam

Dulu pernah sekali makan snack fish skin ni. Tapi bukan brand cik B. Lepas tu masa sale 11.11 Tiktok Shop buat SALE 3 packet snack fish skin ni dapat rege below RM30.00. jadi kita beli la buat raso-raso.
Hata geleng kepala je tengok wife dia beli jajan macam ni. Mentang-mentang la payment job cosplay dah dapat masa aku dekat Surabaya hari tu. 😁
Aku beli 3 flavor dalam 1 combo. Yang ini OK jugak.
Pedas jugak. Mungkin sebab kami dah lama tak makan masakan pedas.
Jadi pedas sikit macam ni pun dah terasa pedasnya.
Ini pulak flavor truffle.
Berat 50 gram ingatkan sikit. Tapi bleh tahan jugak la kalau sekadar nak buat raso-raso. Cukup la untuk kami sekeluarga. 

So far aku suka rasa dia. Takde bau hanyir kulit ikan tu. Korang ada yang suka atau pernah makan snack fish skin? Korang suka brand yang mana?

Yeay!!!! Hari ni Hata gaji..Kena betul dengan hari ni jugak balik kampung tapi kena singgah rosyam mart atau mana-mana sekejab sebab kak yong aku request sesuatu pulak untuk dimakan malam nanti. 😆

PREPARATION FOR COMPANY TRIP : POWERBANK

As Salam


Malam minggu yang lepas, aku dah slowly mengemas bag, sambil-sambil tu aku test powerbank yang dah lama aku beli tapi jarang pakai.Powerbank brand Pineng. Aku beli yang 10000mAh masa dekat rumah lama lagi. Sebelum test, aku recharge dulu powerbank tu. Nampak blinking lampu indicator tu dah full. Tapi bila aku charge, baru naik 1% dekat fon, lepas tu terus powerbank tu power off & signal charging dekat fon pun takde dah.
Aku dah masukkan baju bajan yang nak dibawak dalam setiap storage bag.
1 storage bag untuk 1 hari. Cuma belum vaccum je lagi. Nanti dah finalise semua baru aku vaccum.

Lepas tu powerbank yang aku dapat free masa beli Vivo sebelum ni udah che mek guna pulak. Aku malas la nak pinjam che mek punya kot-kot dia nak guna sepanjang cuti 4 hari aku takde dekat rumah nanti.

Terus aku susah hati kome. Tak lama lagi sebelum date company trip. Tapi udah powerbank buat hal pulak. Mujur la aku check awal-awal kome. Kalau esok nak pegi semalam baru aku check macamana? Risau macam kucing nak beranak je aku punya gelisah ni ha. Bila dah confirm powerbank tu memang dah out of service, maka marilah kita cari pengganti. Aku memang takde rasa nak beli yang baru pun sebab dalam fikiran aku powerbank yang sedia ada ni ada. Tapi tak budget pulak batterynya dah drained. Dah sampai masa gamaknya kan. Waktu ni jugak la masa tu nak sampai ye. 😁

Susah jugak nak cari yang boleh dipercayai. Sebab sekarang kalau ada brand pun masih ada yang fake. Jenuh jugak aku mintak pendapat dari Google Ai Mode. Banyak jugak yang dia bagi pilihan. Aku nak cari yang 10k mAh je. Cadangnya minggu ni baru nak beli sebab fikir masih ada masa lagi.

Minggu lepas hari ape ntah aku pun dah tak ingat. Hata tetibe je kol aku waktu ofis hour. Kami jarang kol each other waktu ofis hour melainkan ada hal-hal mustahak. Hata tanya aku dah beli ke powerbank yang baru? Aku jawab la belum dan mungkin akan beli dalam minggu lepas atau minggu ni. Lepas tu Hata cakap. Kejab. Dia hantar gambar. Aku ingatkan Hata nak bagi gambar powerbank yang ofismate dia nak jual.

Actually dekat ofis Hata ni ada seorang staff yang selalu dapat free gift hasil dari pembelian barangan lain yang dia beli. Hari tu staff tu beli handphone Huawei rasanya. Staff tu dapat free earbud Huawei yang rege RM100+. Dia jual dekat Hata murah-murah je sebab kebetulan masa tu earbud Hata hilang masa pegi seminar. Aku ingat staff yang sama offer Hata powerbank pulak.

Bila aku bukak whats app yang Hata bagi. Ya Allah terkejut aku kome bila Hata bagitahu tahun ni office bagi goodie bag annual dinner berupa sebuah pouch bag & powerbank 10K mAh. Alhamdulillah sangat-sangat. Aku rasa tak payah la aku beli yang baru. Boleh guna powerbank yang Hata dapat ni je. Powerbank yang aku survey tu pun boleh tahan jugak harga dia kome.😁
10000mAh Power bank & pouch bag.

Powerbank ni ada built in cable Type C dan 3 jenis cable yang lain. Masa Hata amik aku dekat LRT, Hata bawak box goodie bag tu sekali. Dalam kereta jugak aku terus on & tertulis battery ada 75%. Jadi aku try la test charge fon aku. Tak laju sangat tempoh pengecasannya. Masa sampai dekat rumah, aku tengok battery power bank tu tinggal 25% tapi fon aku hanya charge dalam less than 10% aje kot. Jadi aku terus charge full 100%. Malam tu aku biarkan battery telefon tinggal 35%. Esok paginya, masa dekat ofis aku try charge guna powerbank ni. Powerbank ni hanya dapat charge fon aku sebanyak 24% je. Lepas tu battery powerbank tu pun habis.

Aku dah susah hati semula dah waktu ni kome. Kan biasa powerbank boleh charge penuh satu-satu henfon tu at least 1 kali charge penuh. Ini charge suku je dah habis. Jadi aku survey sekali lagi apa brand yang google sarankan untuk aku. Bila aku click link tu, memang kedai tu ada fizikal store dekat Sunway Pyramid & IOI City mall. Ok..Ini kira boleh dipercayailah kan?

Aku masuk dalam shopee. Regenya takde diskaun extra. Ada harga diskaun yang siap shopee atau official store bagi je. Lepas tu masuk dalam tiktok shop. Kebetulan official store tu tengah buat live. Aku pun masuk la live tu dan tanya host. Berdasarkan model phone yang aku bagi pada host, dia suggestkan aku ambil yang 20K mAh. Perghhhhhh rege dia boleh tahan keras ye kome. Jadi aku amik yg 10K mAh dengan 30W. 

Bila click pada item yang aku pilih, dapat la harga lebih kurang sama dengan harga dekat shopee. Masa nak check out, aku dapat lagi voucher tiktok coins rasanya dalam RM10.80 kalau tak silap aku. Alhamdulillah..Dapat lagi murah dari harga dekat shopee. Jadi aku terus la check out dan menunggu selama dalam 3 hari jugak rasanya untuk parcel ni sampai ke tangan aku. 
Aku pilih warna biru sebab warna putih dah pernah ada. Warna hitam dah biasa. Warna pink too soft to me. Jadi kita pilih warna biru. 😁

Aku pilih 1 jenis type C built in cable sahaja. Walaupun product ni ada jenis yang 2 built in cable. Aku tak nak serabut-serabut banyak cable. Nak charge power bank in ada type C punya port khas untuk charge power bank ni je. 

Masa dapat power bank ni ada battery 25% je. Aku pun charge la full lepas tu tinggalkan battery telefon aku 70%. Alhamdulillah power bank ni dapat charge full battery fon aku dengan hanya guna less than 40% battery dari power bank ni. Kali kedua aku test, aku tinggalkan battery henfon aku hanya tinggal 5%. Battery power bank is 100%. Bila aku charge fon aku sampai 100%, battery power bank tinggal 18%. Ok la kan? Size Power bank macam ngam aje dengan aku. Tak terlalu besar & tak terlalu kecik. Sizenya macam separuh lebih sikit dari panjang fon aku & kurus sikit je dari lebar fon.

Alhamdulillah power bank ni berfungsi dengan baik terhadap henfon aku. Mungkin sebab watt dia adalah 30W berbanding 22.5W untuk power bank sebelum ni. Fon aku ni kalau nak yang power kena angkat watt yang 30W dan keatas. 22.5W ni macam tak cukup power untuk fon aku. Alhamdulillah selesai dah issue powerbank ni. Macam-macam nak baru kome. Kadang bukan aku sengaja nak berbelanja. Tapi bila barang tu penting untuk aku guna semasa disana. Nak tak nak kena la beli jugak. Kan?


Korang ada powerbank yang macamana?

PREPARATION FOR COMPANY TRIP : SURVIVAL BRACELET

As Salam

Tinggal lagi beberapa minggu je sebelum sampai kepada date untuk ke destinasi company trip. Semakin berdebar kome. Ntah la. Rasa macam nak kena prepare diri dari segi mental & fizikal untuk pengembaraan yang baru di tempat baru untuk company trip kali ni.

Kali ni aku beli ini untuk dibawa bersama. Murah aje benda ni. Tapi ada banyak kegunaan. Korang boleh pilih nak ada 5 fungsi asas atau yang 16 fungsi premium. Aku grab yang 5 fungsi asas je.
Inilah survival bracelet tu. 
Bila pakai ditangan.
Actually bracelet ni agak longgar pada aku. Tapi masih boleh dipakai. 

Aku plan nak pakai masa hari ke-2 untuk aktiviti pertama dan kedua dalam itinerary company trip kali ni. Sini aku share ape 5 fungsi yang ada pada survival bracelet ni.

1. Compass: Reliable navigation to find your way home.
2. Whistle: High-decibel emergency signal for rescue.
3. Fire Starter: Magnesium flint to ignite warmth and food.
4. Emergency Cutter: Sharp blade for ropes or food prep.
5. 7-Core Paracord: 3-meter heavy-duty rope for shelter & medical binding.

Ok lah yang ini pun. Asal ada back up kalau ada apa-apa yang memerlukan aku guna peralatan ni dekat sana nanti. Kalau tak guna Alhamdulillah. Kalau guna...Kata orang mujur ada barang ni. At this age mungkin rasa anxiety tu lebih kot. Sebab tu aku rasa nak bawak gelang ni.

Korang ada yang beli benda ni?

WORDLESS WEDNESDAY : #40

As Salam
Racun Tiktok Live Shop.
Dapat grab 4 pcs sebab aku memang mencari ring tudung bawal yang baru.

Korang suka ring tudung yang bulat atau macam ni?
Aku kalau ring suka yang kecik sikit lorongnya supaya tak senang melorot.
Sebab hari tu aku beli 1 dari kedai ECO. Agak besar sikit lorongnya...
Masa turun dari teksi dari LRT ke rumah tak perasan terjatuh.
Terus tak jumpa.😭

PREPARATION FOR COMPANY TRIP : HIKING SHOES, WATERPROOF BACKPACK, HIKING STICK & WATERPROOF PHONE CASE

As Salam
Kali ni part kasut memang aku kena angkat yang baru satu lagi sebab nak bagi keselesaan dan kesesuaian semasa dekat lokasi pertama dan beberapa tempat lain nanti. Aku mencari kasut hiking yang sesuai. Jenuh jugak aku survey dekat shopeahhh, fizikal store, tanya chatgpt & Google Ai Mode. Ada 2 pilihan yang diberikan berdasarkan budget aku. Tak nak yang above RM300 sebab aku bukan kaki hiking. Jadi beli yang murah & berbaloi serta selesa untuk dipakai sepanjang dekat sana nanti.

Ini pilihan yang diberikan kepada aku..
Untuk aktiviti hari kedua, aku kena cari tapak kasut yang macam ni. Untuk cengkaman yang kuat. Semua kasut aku yang sedia ada takde tapak gini kome...Aku survey ni bukan sebab alasan nak kasut baru. Tapi untuk kesesuaian dan keselamatan aku jugak. #taknaksusahkanorang gitew. Lagi satu sebab aku pertama kali ke tempat tu.
Kasut ini sesuai & tapak sama macam diatas. Official store dekat shopeah & apps mereka sendiri harga lebih kurang sama. Tapi kasut ni bukan jenis waterproof aku nak cari yang waterproof.
As per suggested dalam chatgpt & Google Ai Mode. Harga lebih kurang je dengan kasut diatas. Aku dah try kasut ni dekat sport direct. Memang nampak sesuai but STILL kena beli insole untuk support arch kaki aku yang tinggi. Both shoes need insole ni. Tapi aku tak selesa pakai kasut ni sebab high cut.
Ini kasut dari Decathlon. Aku dah try test. Tak berapa selesa jugak sebab highcut.
Banyak pilihan Tapi nak cari yang within the budget & kegunaan dikemudian hari adalah sangat mencabar.
Depan tu rak kasut yang quick dry.
Aku confius nak pilih yang mana. Harga kasut belah kiri RM249. 
Harga kasut alik kanan hanya RM129.
Last-last Hata suggest aku amik kasut yang ini. Sebab fikir entah bila lagi aku ni nak pegi hiking. 😆. Nak buat jalan ok jugak rasanya ni.
Tapak kasut ni macam ni. Sesuai jugak untuk dipakai waktu kesana nanti.
Yang penting kasut ni waterproof. 
Jadi aku akan pakai kasut ni pada hari kedua & ketiga mungkin.
Atau pakai hari kedua je. 😁. Tengok pada keadaan masa tu.

Untuk kasut hiking ni aku dah beli awal lagi. Masa hiking dekat KL East Park hari tu. Saje beli awal supaya senang aku nak praktis sebab at this age kita perlukan stamina untuk menghadapi perjalanan aktiviti hari kedua nanti. Lepas tu kena biasakan pakai kasut ni. Bos aku memang suruh kerap pakai kasut ni bagi getahnya lembut. Supaya masa dekat sana nanti kaki aku tak sakit.

Hari tu dah beli hiking stick tapi tersilap beli sebab bukan foldable. Udah susah aku nak masukkan dalam bag. Jadi aku beli stick ni sebagai pilihan kedua. At this age aku perlukan kot 😁. Banyak brand untuk stick ni. Bezanya korang nak yang panjang atau pendek selepas dilipat atau ditarik untuk dipendekkan. Dekat decathlon dulu pun aku dah pegang. Rege lebih kurang sama je dengan dekat shopeahhh. Bezanya panjang dan pendek. Ini contoh yang aku tengok dekat shopeahh.
Aku tengok brand utanking ni & naturehike macam femes & ramai yang guna. Jadi kita angkat la satu. Harga pun idak la mahal sangat. 
Sebagai seorang purple lover, sudah semestinya aku pilih warna purple. 💜

Memandangkan time aku pergi nanti musim hujan baru nak mula, maka kena la cari bag yang kalis air kan? Jadi aku pun buat la survey. Aku kena beli bag kalis air ni sebab bag ni sesuai digunakan pada hari kedua.Jadi aku google & mintak pendapat Ai Mode jenis bag kalis air yang sesuai untuk dibawa untuk aktiviti hari ke-2 dan budget yang aku nak.

Aku tanya chatgpt sekali dengan budget aku tu, chatgpt bagi aku pilihan samada hypergear atau naturehike ataupun brand sniper. Hari tu tanpa sengaja aku masuk live Sniper. Tengah live kan mereka akan turunkan harga & akan bagi banyak free gift?. Jadi aku pun join live tu sampai la host cakap dia nak 5 orang yang order waktu tu & akan bagi 4 items as free gift. Aku pulak waktu tu memang dah survey dengan chatgpt dan chatgpt bagitahu bag ni memang sesuai untuk kedua-dua kawasan yang aku akan pegi nanti. Jadi kita add to cart & check out la laju-laju & update host. Lepas tu dieorang check order, memang ada la nama AHSOKA NIEZA as a buyer. 

Mereka courier out on the same day sebab aku check out pagi sebelum jam 12 tengahari. Esoknya dah sampai rumah kome. Cepat betul service mereka.
Inilah bag yang aku grab masa live. Size 18L. Just nice pada aku.

Inilah bagnya...Atas tu boleh gulung & diklip ditengah, kiri & kanan.
Ini rupa bahagian dalamnya. Boleh buat letak laptop jugak.
Waterproof zip boleh masukkan henfon, wallet, passport.
Ini 4 items freegift yang aku dapat. Dapat waterproof phone case, keychain comey sniper, pewangi bag & buckle tu untuk diletak diantara dua handle dekat bahu. So buckle tu akan diklip dekat bahagian dada kita. As supporter.

Alhamdulillah selesai part ini. Banyak jugak barang baru yang aku beli sebab keadaan tak sama macam masa pegi HCMC. Kalau sama idak la saknika benda aku nak kena beli yang baru. Kan?

Tapi OK la sebab semuanya under budget dan boleh guna dikemudian hari. 😁

Korang pernah ada barang-barang macam ni?
Korang pakai brand yang mana?

WORDLESS WEDNESDAY : #31

As Salam
Ammar bising cakap cadar dia selalu terkeluar dari tilam..
Jadi aku beli cadar yang baru dekat tiktok shop...
Amik size king...
Alhamdulillah muat elok...
Tetibe nampak comey jugak cadar ni kan?
Aku cakap dengan Hata aku nak beli 1 lagi untuk bilik tidur kami...
Hata tengok aku & geleng kepala...😆
Aku confuse..
Itu sign Hata tak bagi aku beli atau sign yang Hata tak boleh brain idea aku...😆


TIKTOK SHOP : BORONG TUDUNG BAWAL

As Salam
Hari tu dah dapat 3 helai tudung bawal free. Beberapa hari lepas tertarik pulak dengan tudung bawal dekat tiktok live shop. Saje nak tambah collection. Walaupun kepala kita ni ada SATU je.Tapi tetap lah kita kena gayakan dengan pelbagai jenis corak tudung. Menghargai kepala kita yang simpan banyak info, yang bagi idea saknika benda dan mengawal emosi kita. Kan?
Excited bila tengok parcel ni.
Amik 4 pcs sebab warna lain-lain walaupun corak dia sama je kome..😁
Ini corak lain dari kedai yang sama.
Jumaat pagi pegi kerja naik motor dengan Hata...
Moh le kita rasmikan tudung baru ni.

I like this tudung bawal. Muka tengah breakout sebab terlalu banyak perkara nak kena fikir. Aku rasa sayang pulak nak pakai tudung yang ex-ofismate aku bagi hari tu. Nanti la kalau ada apa-apa event atau nak keluar berjalan kemana-mana aku try pakai. 

Sehari sebelum tu ofismate chinese ajak teman dia lunch dekat luar. Aku OK je sebab aku rasa mesti ada apa-apa yang dia nak share. Just 2 of us. Aku pilih makan dekat Ali ,Muthu & Ah Hok sebab dekat block depan ofis ni je. Aku suruh dia order awal-awal kueyteow goreng tanpa sayur. Aku bawak air masak dari ofis.
Dapat udang size XL. Puas hati makan.

Banyak yang kami borakkan dekat kedai makan. Style aku & ofismate ni...Cerita sini, habis sini. Tidak dibawak balik ke ofis. Gitulah...Semoga hati ofismate aku tenang sikit lepas cerita apa yang terbuku dekat hati dia. Aku ni hanya mampu jadi pendengar je. Nak nasihat lebih-lebih tu memang idak la. Aku pun insan yang lemah. Gitewww...😁

Umur kami berdua pun bukan lewat 30-an. Memasing dah masuk 4 series. Jadi kami memilih untuk bertenang-tenang aje dan go with the flow. Korang ada kawan yang macam ni? Ada masa kita perlukan seseorang yang boleh jadi pendengar untuk kita cerita apa yang terbuku difikiran. Semoga kita redha & tenang.