Hari tu aku mencari mini backpack yang baru sebab terasa backpack yang sekarang tak cukup poket. Masa dekat Surabaya, roomate aku beli bag jenama diatas. Dia beli backpack yang fesyen lain. Aku tak berkenan pun cuma aku berkenan bila dia cerita bag tu adalah water-resistant.
Tak lama lepas tu lalu la pulak dekat FYP aku tentang SALE 11.11 bag ni. Aku pun join la live tu sekejab. Berkenan pulak dengan 1 backpack size 9.7" tu. Harga masa live memang banyak diskaun berbanding harga dekat shopee. Masa live tu aku mintak host tunjukkan mini backpack tu. Terus aku berkenan. Masa add to cart rege lain. Masa nak check out rege lagi murah bila redeem coin yang ada. 2 hari je masa yang diambil untuk aku terima backpack mini tu.
Tak lama lepas tu aku tengok pulak 1 shoulder handbag size 13" ni. Aduhai.. Teringin jugak sebab nak ganti shoulder handbag aku yang sedia ada. Yang sedia ada ni besar jugak size dia. Jadi nak beli yang kecik sikit la. Kali ni teringin pulak nak pakai bag yang dari jenis material fabric. Masuk live. Ade offer lagi sebab SALE 11.11 masih berlangsung. Sama jugak. Masa add to cart rege lain, masa check out dapat lagi diskaun hampir RM7.00. Sama jugak proses nak sampai amik masa 2 hari je.
Kali ni aku pilih b=mini backpack warna hitam dan shoulder handbag warna Burgundy. Aku tunjuk pada Hata. Hata pilih warna itu. Jadi aku amik aje sebab aku pun suka jugak warna tu.

Bagsmart Mini Backpack. Mini backpack ni ada banyak poket berzip & compartment. Depan je ada 3 zip. Kiri kanan ada poket yang boleh letak air botol kecik.
Bahagian belakang ada 1 hidden zip.
Bahagian dalam ada 1 poket terbuka, 1 poket berzip. Bahagian tengah bag ni boleh masuk payung, wallet, handfan, powerbank dan banyak barang lain. Rasa berbaloi beli mini backpack ni. Senang ada bag ni bila pegi keje naik motor dengan Hata. Jimat space.
Bagsmart shoulder handbag. Yang ini pun aku suka sebab banyak poket.
Boleh pakai time pakai baju kurung pegi keje naik kereta dengan Hata. bag ni ada poket dikiri dan kanan bag yang muat 1 botol air kecik 300ml.
Poket depan shoulder handbag ni ada 2 poket terbuka dan buang utama.
Main compartment ada slot untuk masukkan tab / ipad 13", 2 poket terbuka, 1 poket kecik dekat alik hujung bag, 1 poket berzip dan main compartment. Kensep macam sama dengan shoulder bag aku yang sebelum ni cuma bag ni lebih ringan.
Alhamdulillah. Seronok dapat 2 bag ni masa harga promo. Boleh la aku pakai bergilir-gilir dengan bag Anello yang dipakai masa di Surabaya hari tu. Bertambah koleksi bag ni kome. Harapnya raya tahun depan aku takde teringin nak ada handbag raya yang baru. 😆
Harga pun, aku ikut kemampuan. Risau jugak kalau terberkenan dengan handbag yang mahal-mahal. Jenuh nak kumpul modal kome.😆. Tapi kalau ada rezeki durian runtuh. Boleh la fikir semula. 😆
Korang suka bag jenis yang macamana? Aku suka bag gegurl handbag, backpack, mini backpack, shoulder bag size ikut keselesaan diri sendiri, sling bag pun sama ikut size yang aku rasa sesuai dengan diri aku.







0 Comments:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.