Showing posts with label tiktok. Show all posts
Showing posts with label tiktok. Show all posts

PREPARATION FOR COMPANY TRIP : SURVIVAL BRACELET

As Salam

Tinggal lagi beberapa minggu je sebelum sampai kepada date untuk ke destinasi company trip. Semakin berdebar kome. Ntah la. Rasa macam nak kena prepare diri dari segi mental & fizikal untuk pengembaraan yang baru di tempat baru untuk company trip kali ni.

Kali ni aku beli ini untuk dibawa bersama. Murah aje benda ni. Tapi ada banyak kegunaan. Korang boleh pilih nak ada 5 fungsi asas atau yang 16 fungsi premium. Aku grab yang 5 fungsi asas je.
Inilah survival bracelet tu. 
Bila pakai ditangan.
Actually bracelet ni agak longgar pada aku. Tapi masih boleh dipakai. 

Aku plan nak pakai masa hari ke-2 untuk aktiviti pertama dan kedua dalam itinerary company trip kali ni. Sini aku share ape 5 fungsi yang ada pada survival bracelet ni.

1. Compass: Reliable navigation to find your way home.
2. Whistle: High-decibel emergency signal for rescue.
3. Fire Starter: Magnesium flint to ignite warmth and food.
4. Emergency Cutter: Sharp blade for ropes or food prep.
5. 7-Core Paracord: 3-meter heavy-duty rope for shelter & medical binding.

Ok lah yang ini pun. Asal ada back up kalau ada apa-apa yang memerlukan aku guna peralatan ni dekat sana nanti. Kalau tak guna Alhamdulillah. Kalau guna...Kata orang mujur ada barang ni. At this age mungkin rasa anxiety tu lebih kot. Sebab tu aku rasa nak bawak gelang ni.

Korang ada yang beli benda ni?

DIRASUK TREND 1980s

As Salam

Ntah lah..At this age la baru nak ada saknika trend ni. Dengan aku sekali terjebak.Ehhhh..Hata pun terjebak ye kome. Hata siap buatkan 1 video pendek dari gambar 1980an kami berdua. Lagi teror dari aku. 😁
Ini 1980s trend zaman rok-ooo 😆. Aku rasa kalau aku make up gothic memang gini la muka aku gamaknya ye.😆

Ceria betul baju Hata ni siap ada remos / jambul didepan.
Jam tangan Hata tu macam nak sama dengan jam tangan arwah abah.
Aku suka pakaian & penampilan aku.
Aku suka gambar ni. Tapi tudung tu nampak macam style orang brunei pulak 😆
Gambar ni pun aku suka. Nanti balik kerja nak try la pakai tudung lipat rapat macam ni.Menjadi ke idak? 😁
Hata dan baju belang berpisah tiada.
Aku suka jugak gambar ni. Tapi aku sendiri tak pernah dress up gini. Hata cakap tak sesuai dengan aku 😁. Nampak cantik pulak jam yang both of us pakai tu kan? Kena cari jam macam ni pulak ke? 😆 
Ini aku mintak ChatGPT untuk edit gambar jadi 1970an kalau tak silap..
Aku up dekat tiktok. Terus kak ipar cakap muka Hata sebijik macam arwah FIL. 😊


Selain dari sis SA & sis MZ ade lagi yang dah join trend viral ni?

BUKU UNTUK DI REVIEW & SEDIA ADA

As Salam
Hari tu aku saja la try mintak free sample satu buku ni dekat tiktok as tiktok affiliate. Tak sangka selang beberapa hari selepas tu request aku approved. Hati rasa excited sebab dah lama rasanya request free sample tak lulus 😆.

Bila dah sampai sample tu lagi la excited sama macam masa aku dapat buku yang dibeli sebelum ni. Bau buku tu buat aku rasa hhmmmmm..tak terkata. Tenang. Bila che mek tengok buku yang aku dapat & kena buat review , che mek cakap yang dia pun ada beli buku dari writer yang sama cuma series yang lain. Dia beli guna duit raya hari tu rasanya.
Sebelah kiri buku yang aku dapat & kena buat review.
Sebelah kanan buku yang che mek dah habis baca sebab tu ada banyak tagging.
Aku harap che mek amalkan apa yang dia baca & tagging dalam buku ni.

Isi kandungan buku ni simple dan mudah difahami. Memang ilmu asas fardhu ain yang boleh kita buat sebagai refreshment. Font dia besar-besar jugak. Aku pun dah siap beli tagging secara online. Banyakkkkk warna aku pilih sebab rasa excited nak baca bila free nanti. 

Buku yang aku beli sebelum ni dah dapat dibaca sampai mukasurat 48. Harapnya dapat teruskan lagi nanti. Berselang seli dengan buku ini. Buku ni aku selak sekali imbas. Rasa best je baca. Refresh knowledge kita tentang ilmu fardhu ain. Alhamdulillah dah makin bertambah buku-buku macam ni. 

Adakah saya perlu membeli 1 rak buku???
Jeng jeng jeng...😆

Oh Ya..Job review dah settled 4 hari lepas aku dapat buku ni sebab dapat hari Jumaat. Sabtu busy, ahad kepala ting tong. jadi hari Isnin baru dapat fokus.

FAYCY BEAUTY

As Salam

Hari tu ralit tengok live dekat TikTok Shop. Sekali lalu dekat TT aku akak ni buat live sambil jual product cosmetics dia nama Faycy Cosmetics. Jadi aku pun terliur la tengok maka masa dia open bag kuning untuk 50 orang pertama, aku terus grab & berjaya. Aku bayar RM66.90 untuk dapatkan semua barang yang dia tunjuk masa live. 2 ke 3 hari menunggu maka sampailah order aku ni...Excited la che mek tengok semua ni...
Comey kotak-kotak ni semua...Total ada 11 items
Macam-macam yang aku dapat.
Che mek dah grab 4 items dari set ni..

Aku suka compact powder yang warna soft pink tu. Warna dia memang kena dengan warna kulit muka aku. Tak nampak terlalu putih & tak nampak terlalu gelap masa aku pakai. Sekarang tiap kali nak keluar pergi kerja atau berjalan aku memang akan pakai compact powder ni.

Chocobar tu memang menarik kalau pandai pakai & gabungkan. Tapi aku masih belum ada masa nak belek satu-satu. Kalau pakai pun memang pakai yang basic je. Foundation dalam botol shocking pink & soft pink tu pun not bad jugak. Titik sikit je dekat tangan & letak dekat muka. Memang glow jadinya. Tapi kalau terlebih terus jadi macam opera cino. 😆

So far aku pakai compact powder tu muka aku takde naik rashes atau jerawat kecik-kecik. Maksudnya ngam la compact powder ni dekat kulit muka aku kan?

Korang ada ke yang guna product dari Faycy Cosmetic ni?

NAK SCAM AKU KE NI?

As Salam
Hari Khamis pagi yang lepas, ttibe aku dapat 1 PM dekat Tiktok dari sorang follower ni...Message dia gini :

Macamane dia tau link Telegram yang rancak cerita tentang tiktok aku tapi bila aku mintak link, dia keep telling me to go to that telegram & ask for the link??? Patutnya waktu aku mintak link tu dia bleh bagi la kan? Sebab dia tau group tu tengah rancak kan? 

Kekadang orang-orang gini 50/50 aku nak percaya...kalau betul dia niat nak tolong, dia kena bagi terus la kan? Ni nak suruh aku pegi sendiri plk? Kalau jadi ape-apae masa aku ke link tu macamane??? 😆

Macam-macam sekarang ni...Tu sebab tiktok aku, aku jarang update video / photo yang ade gambar aku...Kalau ade pun jarang-jarang je...Hhmmm...Mujur la aku takde update perkara yang pelik-pelik 😆.


Korang pernah kena macam ni?



TIKTOK AFFILIATE

As Salam
Sejak2 ade beberapa VTT aku yg masuk FYP, maka bertambah la follower yg melayakkn aku utk request free sample 😁. Jadi aku ni gatai2 la pi request FREE SAMPLE konon2 nk try buat affiliate. Tak semua free sample yg aku request tu aku dapat . Ade je yg kena reject sbb VTT lain x fyp 😆. Aku plk sejenis up VTT ikut suka je..Rasa nk share, kita share, rasa nk join template kita buat jgk. jadi x menjamin satu2 VTT tu akan FYP. Waktu nk posting pun aku x pandai nk cari...Kdg2 kena, kdg2 hauk...😆

Hari tu aku saje la request foot roller massage..Berjaya dptkan product..Lepas tu Tiktok bg masa 14 hari tu up video. Aku up 5 hari sebelum expired sbb susah jgk nk cari idea..Lepas tu asyik x sempat je nk buat. Hari tu mintak tlg che mek & up la VTT...ak sangka dpt product views dlm 2K++...Sebelum2 ni ade dpt baju kurung, sabun olive, jubah/dress, lanbena, sample axis & inai dari clarissa. Inai ni aku suka yg warna dark brown...Mmg pekat lepas 2 kali pakai.

Semalam saje la tengok rekod product view : 
Tak sangka product view boleh cecah smp 2K++
Commission pun dah ada byk ni dah...
Ni dah lama ni...
Saje aku x cash out...

Ini income yg aku dapat lepas buat santai2 je affiliate dgn TikTok. Mcmane dgn org lain yg betul2 fokus cari income dr sini..Mesti lagi masyuk kan? Aku ni jenis malu sikit..Jadi mmg kdg2 VTT tu sendu je 😆


Korang ade try2 buat affiliate dgn TikTok?