As Salam
Hari tu aku saja la try mintak free sample satu buku ni dekat tiktok as tiktok affiliate. Tak sangka selang beberapa hari selepas tu request aku approved. Hati rasa excited sebab dah lama rasanya request free sample tak lulus 😆.
Bila dah sampai sample tu lagi la excited sama macam masa aku dapat buku yang dibeli sebelum ni. Bau buku tu buat aku rasa hhmmmmm..tak terkata. Tenang. Bila che mek tengok buku yang aku dapat & kena buat review , che mek cakap yang dia pun ada beli buku dari writer yang sama cuma series yang lain. Dia beli guna duit raya hari tu rasanya.
Sebelah kiri buku yang aku dapat & kena buat review.
Sebelah kanan buku yang che mek dah habis baca sebab tu ada banyak tagging.
Aku harap che mek amalkan apa yang dia baca & tagging dalam buku ni.
Isi kandungan buku ni simple dan mudah difahami. Memang ilmu asas fardhu ain yang boleh kita buat sebagai refreshment. Font dia besar-besar jugak. Aku pun dah siap beli tagging secara online. Banyakkkkk warna aku pilih sebab rasa excited nak baca bila free nanti.
Buku yang aku beli sebelum ni dah dapat dibaca sampai mukasurat 48. Harapnya dapat teruskan lagi nanti. Berselang seli dengan buku ini. Buku ni aku selak sekali imbas. Rasa best je baca. Refresh knowledge kita tentang ilmu fardhu ain. Alhamdulillah dah makin bertambah buku-buku macam ni.
Adakah saya perlu membeli 1 rak buku???
Jeng jeng jeng...😆
Oh Ya..Job review dah settled 4 hari lepas aku dapat buku ni sebab dapat hari Jumaat. Sabtu busy, ahad kepala ting tong. jadi hari Isnin baru dapat fokus.


0 comments:
Post a Comment