Showing posts with label DECATHLON. Show all posts
Showing posts with label DECATHLON. Show all posts

PREPARATION FOR COMPAY TRIP : LARGE BACKPACK / FOLDABLE BAG / NEW LUGGAGE?

As Salam

Makin nak dekat dengan date untuk company trip, makin berbolak balik hati ni nak bawak bag yang mana satu untuk tambahan. Aku ingat malas nak buat macam masa pegi HCMC. Yang mana aku masukkan luggage 20 inch kedalam luggage 24 inch. Barang yang aku shopping semua aku masukkan ke dalam luggage 24 inch tu. Tapi bila bos cerita kami akan bertukar-tukar hotel sebab jarak setiap destinasi agak jauh, mula la aku ligat je mencari dekat shopeeah, tiktok shop & tanya jugak google Ai Mode. Macam-macam jenis bag yang aku survey untuk keselesaan aku dekat sana nanti. Kali ni rasa macam nak relax-relax je waktu pergi. Waktu balik belakang cerita 😁.

Ini antara bag-bag yang aku dah survey :
Bag ni memang aku suka tapi rasa macam gabak/besor beno pulak yong.
Dekat shopeah bag ni under budget aku & bila tanya Google Ai Mode pun dieorang agreed dengan pilihan aku. Tapi itu la masalah aku...
Rasa macam besor beno.
Bag ni pun aku berkenan sebab warna, kapasiti & harga under budget.

Lepas tu aku terfikir. Berapa banyak backpack yang aku nak bawak? Backpack  ini, luggage & sling bag lagi. Waterproof backpack tu aku rasa macam hanya nak guna masa hari kedua. Udah macam nak pegi seminggu. Padahal nak pegi 4 hari 3 malam je. Aku rasa banyak pulak bag kalau beli backpack ni sebab kami berpindah-pindah hotel. 

Jadi aku terfikir nak bawak 1 luggage yang sedia ada size 24 inch & 1 foldable bag untuk back-up. Kalau aku sempat shopping, semua barang shopping kita masukkan dalam foldable bag tu. Waktu ni Decathlon adalah salah satu tempat "terapi" aku untuk survey barang-barang untuk dibeli dan dibawa ke company trip kali ni. 😁. Jadi masa ke Decathlon sekali lagi, aku ajak Hata pergi tengok bag ni. Mujur Hata setuju bila aku cakap aku akan buat 1 extra cover (kalau rajin) untuk bag ni kalau barang yang aku beli penuh 1 bag tu nanti. Jadi agak terjamin la keselamatan barang-barang & bag tu sebab ada extra protection.
Aku beli yang 75L. Foldable Dulffle Sport Bags ni.

Lepas tu masa scroll-scroll dekat tiktok shop nampak ada promo luggage brand Giordano size 28 Inch. Below RM300 kome sebab waktu tu tengah FLASH SALE. Udah datang pulak angin nak bawak 1 luggage size ini & bag foldable ini je.Senang. Tak perlu backpack yang besar tu dah sebab aku kan beli bag Spiner & foldable dulffle bag tu?.Bag sniper boleh dipakai untuk hari kedua. Hari ketiga kita guna untuk letak barang backup & rasa macam tak perlu dipakai waktu balik kalau tak beli barang banyak. Kalau beli barang banyak, kita fikir balik. 😁

Lepas tu aku tengok dekat shopeahhh...Tengok pulak waktu kedai ni buat flash SALE. Dapat below RM200 selepas tolak saknika voucher yang ada. Terus bagitahu Hata & checkout. Alhamdulillah, esoknya dah sampai dekat rumah. Cepat betul proses penghantaran kedai ni buat. Kali ni aku pilih kaler gegurl sebab nak try warna yang lain pulak. Lagipun untuk luggage jenis ni hanya ada 4 warna pilihan iaitu hitam, light blue, army green & pink.
Aku pilih kaler pink kome. Tapi kalau actual color idak la pink benor. 
Warnanya macam pink nak ke peach gitew..😁

Alhamdulillah dalamnya luas, aku harap muat la masukkan bag foldable, bag kalis air, baju bajan, stick, kasut hiking tu. Lepas tu masa pegi Decathlon aku beli 1 lagi bag kalis air 2.5L untuk double protection. Sayang barang-barang berharga kome. Udah le jauh dari tok laki πŸ˜€
Aku beli transparent dry bag 2.5L ni. Baru la rasa lebih yakin😁

Settled satu lagi matter part bag. Pening teman mengkome wehhhh...Beli ni nanti boleh guna jugak. Especially luggage tu. Time balik kampung boleh sumbat baju bajan aku & Hata dalam 1 bag & boleh lock. 

Jadi masa hari pergi nanti, cadangnya aku hanya nak sorong luggage 28 inch ni & pakai bag Anello tu je. Yang lain boleh simpan dalam luggage ni sampai la tibe ke bilik hotel. OK la kan tak perlu pegang banyak bag. Nanti masa dekat hotel, dah kena prepare bag, dan pakaian untuk day 2 sebab selepas selesai 2 aktiviti, kami akan balik semula ke hotel & check out untuk ke destinasi berikutnya dan akan ke hotel yang berikutnya untuk aktiviti hari ke-3.

Excited dia lain macam kali ni sebab tempat baru. 😁

PREPARATION FOR COMPANY TRIP : KNIT WEAR, WATERPROOF JACKET, QUICK DRY SHIRT , WARMER GLOVE & HIKING PANTS

As Salam

Perbelanjaan berikutnya yang aku keluarkan adalah dengan membeli winter jacket / windbreaker jacket / waterproof jacket dan seluar hiking. Aku memang takde jacket jenis ini, yang ada hanya sweater biasa je. Tapi bila tanya chatgpt dan beritahu date fly kami, memang disarankan untuk pakai pakaian tebal masa hari kedua tu. Jadi kita pun carilah...Aku pun start gunakan google Ai Mode untuk info lebih. Gigih ye install apps Decathlon sebab nak cari jenis jacket yang disarankan. Tapi aku ade jugak tengok dekat shopee yang harganya lebih kurang sama je dan ada jugak yang murah.

Sini aku share option yang aku dapat dari Chatgpt & Ai Mode :
Jenis fleece jacket yang disarankan..Tapi aku rasa macam malas pulak nak beli sebab risau nanti tak terpakai pulak selepas company trip ni. Jadi hari tu pegi Padini. Kebetulan ada SALE.
Aku beli 2 helai knit wear ni...Harga pun murah. Warna pink tu RM19, yang kelabu tu RM29. Aku pilih untuk pakai baju layering system. Jadinya aku akan pakai baju lain dekat lapisan pertama. Lepas tu pakai baju ini as lapisan kedua. (Pink or Grey ikut keadaan waktu tu)

Untuk winter jacket pulak aku memang confius & pening nak pilih. Sebab nak kena cari yang ada ciri-ciri waterproof jugak sikit-sikit. Ini option yang aku dapat :
Jacket dari Decathlon..Memang menarik. Rege rasanya macam OK la dengan baju ni dalam RM169.00. Tak nampak beriya sangat. Tapi masalah aku adalah warna dia warna hijau nak ke hijau olive. Aku nak warna lain 😁
Aku jumpa baju ni dekat sport direct. RM199.00 kalau tak silap aku. Memang berkenan sebab sangat selesa bila aku amik upper size. Cumanya aku macam membazir pulak beli sebab entah bila lagi akan pakai.

Jadi aku pilih yang mana? Selepas dicongak-congak, dibelek-belek, maka aku pilih untuk amik yang ini :
Beli dekat tiktok shop official store sport Direct waktu live. Dapat diskaun banyak jugak. Aku amik size 38 ke 40 kalau tak silap.

Kenapa aku pilih jacket ni? Sebab jacket ni waterproof, ada hoodie yang boleh dilipat dan disimpan bawah kolar jacket ni. Ada 2 poket diluar & 1 poket didalam. Kan aku pilih untuk pakai 3 layer baju berbanding 2 kalau beli yang puffer warna hitam diatas. Jacket ni boleh dipakai balik dari company trip nanti.

Lepas tengok & beli jacket ni, aku tengok seluar yang sesuai pulak. Sebab dekat rumah ni, aku hanya ada seluar jeans, seluar kerja, seluar tidur & seluar tracksuit yang biasa beli dekat Longwan aje kome. Tak ade seluar yang special spesific untuk sesuatu aktiviti sebab aku tak perlukan seluar jenis macam ni sebelum ni.  Sama jugak, aku buat survey dekat shopee & Decathlon. 

Women’s Durable Mountain Trekking Trousers - MT500

Seluar ni disarankan oleh Google Ai Mode untuk aku.
Pinggang seluar ni pinggang biasa, ada zip & berbutang. Ada tali pinggang jenis buckle jugak. Dibahagian pinggul seluar ni ada kain yang stretchable.
  Jadi seluar ni pada aku nampak fit & kemas.

Aku ada jugak tengok dekat shopee & tiktok shop. Memang banyak seluar hiking. Tapi yang lebih meyakinkan aku adalah hiking pants yang ini. Jadi aku grab yang ini lah.
Memula amik 2 size 36 & 38.
Try dua-dua & aku amik salah satu size yang lebih selesa.
Aku puas hati dengan seluar ni. Kenyit mata sikit dekat Hata...Nak la dia belanja 30% dari harga sebenar πŸ˜†Padahal dia dah bagi budget kome...
Inilah kata orang..Dah diberi betis, mintak peha pulak. πŸ˜†
Ini semua dari Decathlon. Harga setiap sehelai adalah below RM30.

Aku beli set ni sebab lepas aktiviti pertama dihari kedua, aku akan ke tempat lain pulak. Perlu cari pakaian yang quick dry. Jadi ini yang sesuai & murah. Brand Omcore dekat Shopeeah & Tiktok memang top tapi warna yang aku nak tu takde size. Hata cakap better pakai 2 lapis la sebab majority baju quick dry ni nipis. Jadi aku beli sehelai yang lengan pendek & 3 helai lengan panjang warna purple , purple lilac macam yang lengan pendek  (tiada dalam gambar).& marine blue (tiada dalam gambar). Dah pakai pun buat inner. Itu kids size 14/15 tapi masih muat dengan aku. Baju-baju ni aku pakai dengan baju lain.
Untuk gloves, aku beli yang ini sebab dalamnya ada lain fleece yang buat kita keep warm. Cuaca waktu dekat sana nanti mungkin around 10c.
Macam-macam nak dibeli kome wehhh...😁

Aku pilih size S yang mana memang ngam dengan tangan aku. Waktu test size M, rasa macam longgar sikit. Waktu pilih ni aku ade nampak design lain dan harga lain jugak. Memang tergoda dan tergugat kome. Tapi aku set in my mind. Nak pakai sekali je ni. Tak payah beli yang mahal-mahal. Melainkan kalau ada rezeki lagi nak gi tempat-tempat yang memerlukan aku pakai glove ni lagi sekali. Itu belakang cerita 😁.


Alhamdulillah, selesai part ini. Nanti aku share part lain pulak ye.