As Salam
Apa phone accessories yang korang ada selain dari phone casing?. At this age, aku ni kadang-kadang mudah terpengaruh & ade jugak overthinking. Ada satu hari tu aku tengok clip-clip video dekat media social. Ada satu clip video tu cerita tentang sorang wanita tengah duduk di bangku dalam tren dekat dengan pintu keluar masuk tren. Ralit main fon. Tetibe datang seorang lelaki, langkah masuk 1 kaki & terus grab fon ditangan wanita tu dan dia pun keluar semula dari tren yang pintunya tinggal beberapa saat je nak tutup. Wanita tu terpinga-pinga..Pintu tren dah tutup,tren pun bergerak, tangan dia kosong. Lelaki yang grab her phone dah lari kemana lepas pintu tren ditutup.
Ade jugak clip video yang tunjuk seorang wanita tengah ralit tengok telefon. Duduk ditengah-tengah bangku tren dan jauh sikit dari pintu keluar masuk. Masa tren berhenti, wanita ni masih ralit main fon. Lalu seorang lelaki yang memang berada dalam tren yang sama, berjalan menuju ke arah pintu keluar dan berjalan di depan wanita tu. Lelaki tu grab fon wanita tu dan terus keluar dari tren.
Sebelum ni aku memang tak amik cakna pun tentang hal-hal yang tak dijangka ni. Memang tak guna apa-apa accessories telefon selain dari bertukar-tukar casing je. Tapi lepas dari kes yang aku tengok tu, aku mula jadi overthinking yang WHAT IF? It would happen to me too sebab aku memang hari-hari pergi balik kerja naik LRT. Kecuali pada hari yang Hata drive dari rumah ke ofis. Kadang-kadang balik sekali, kadang-kadang Hata tunggu aku dekat LRT Taman Melati atau Sri Rampai (Masa sebelum pindah)
Jadi dari saat itu, aku mula la mencari accessories telefon tambahan iaitu phone charm / rantai telefon bimbit. Dah lama jugak aku pakai accessories ni. Dah beberapa kali tukar jugak sebab plastic connector phone ke charm tu biasanya plastik & tab gasket. Yang plastic tu kalau cermat, tahan lama sikit. Kalau tak cermat, sedar-sedar dah putus mungkin sebab plastic dah keras dan mudah terkoyak. Untuk yang tab gascet pulak lama-lama macam makin berbulu. Berbulu aje aku nengoknya.😁
Bila dah terbiasa dalam LRT kalau nak keluarkan fon, aku memang akan gantung charm tu ditangan then baru bukak telefon. Hari tu fon charm aku tu udah terputus plasticnya. Ada la dalam seminggu dua jugak aku tak guna charm tu. Tapi aku rasa tak selesa nak keluarkan fon masa dalam LRT bila charm tu tak digantung ditangan aku. Jadi marilah kita masuk dalam shopeeahhhh...
Aku pilih beli versi Stainless Steel Mobile Phone Case Clip - Detachable Neck Cord Strap Lanyard Clip. Aku beli 3 pcs combo tak sampai RM8.00 untuk 3 pcs tu.
Aku beli tab yang stainless steel katanya.
Setakat ni, 3 ni adalah collection phone charm yang aku ada.
Charm kiri dan kanan adalah yang lama. Plastic tab tu dah putus. Yang tengah-tengah adalah yang latest. Tapi tu la. Dapat yang tab gasket pulak. Phone charm yang inilah yang aku kata seller salah bagi tu. Dalam iklan tunjuk datang sekali dengan stainless steel tab, sekali datang yang biasa je. Mujur dapat semula refund aku.
Jadi aku clip stainless steel tab pada phone charm tu dan masukkan bawah fon dekat port charging. Harapnya masalah aku selesai la part phone charm ni. Kalau tak menjadi jugak tak tahu la macamana cermat lagi aku nak kena guna. Kitonyo ganah...
Korang ada phone charm macam ni?



yelah kan...kita selalu kena berdiri pastu suka pulak berdiri kat tepi kaca sebelah pintu tu sebab nak senang keluar. Tp ammi ni tiap kali nak masuk or keluar tren mmg hp simpan sesiap sebab selalu terbayang yg bukan-bukan, phone jatuh atas track. Ehhh satu hal pulak jahanam phone murah kita nanti
ReplyDeleteItu la tu sis.At this age mmg sokmo ada feel gitu =D
DeleteTak ada...hp akak gonjeng je ha...lepas ni nak tukar ke hp samsung yang satu ni..sebab hp lama samsung A33 ni macam x leh nak bakcup schedule akak
ReplyDeleteNmpknya kena guna phone yg power lg tu sis =)
DeleteMZ tak de phone charm hahahah geng millenials kannn
ReplyDeleteSy pun millenials jgk sis...Hahahaha
Deletedulu ada la...dah putus sbb ganas sgt kot.
ReplyDeletepas tu x pakai dah.. he he he
Sy trpengaruh sis.sbb tu beli =D
DeleteBahaya juga kalau main hp in public memang terdedah la dengan penjahat mencuri. Memang kena pakai aksesori gitu.
ReplyDeleteBetul tu.Risau jgk kalau ralit sgt main fon. =D
Delete