As Salam
Aku tak ingat bila dan dimana aku beli bahan-bahan untuk menu breakfast minggu ni. Aku beli coral salad, lettuce, carrot, tomato cherry, brokoli, cauliflower & roasted sesame sos jenama kewpie. Hari Isnin bangun awal 10 minit. Aku potong sayur, steamkan, potong salad & rebus telur guna egg maker. Dah lama tak guna egg maker tu sampai aku lupa function mana untuk telur rebus. Aku main tekan je kome. Lepas tu aku tinggalkan untuk buat kerja lain. Aku ada offer pada Hata tapi dia cakap tak nak.
Sarapan dengan salad & telur rebus
Inilah sarapan "sihat" aku hari Isnin lepas. Telur tu aku tak pecahkan dari rumah. ASku bawak ke ofis sebab nak keja masa. Masa nak pecahkan dekat ofis. Tetibe telur ni merecik dekat aku. Terkejut aku kome. Rupanya aku set function telur separuh masak. Mujur la kuning telur tu tak cair. Dah masak 3 suku dah. Kuning telur tu cantik kejadiannya. Putih telur pun sama. Aku lupa nak snap gambar.
Tapi aku makan jugak la lepas tuang roasted sesame sos tu. Alhamdulillah kenyang sampai tengahari. Dah lama rasanya tak bawak bekal menu breakfast ni sebab boleh tahan jugak bahan-bahan yang nak kena prepare. Nak buat time malam, aku malas. Pagi pulak rasa rajin. Aku offer dekat Hata untuk buat yang sama cuma aku add on isi ayam. Esok paginya aku buatkan jugak untuk Hata
Salad with prep chicken & egg.
Selasa malam rabu rasa rajin. Jadi sementara tunggu jam 10 malam untuk amik che mek, aku prepare semua ni. Potong siap-siap brokoli, cauliflower, carrot & salad. Lepas tu letak dalam tupperware & simpan dalam peti. Ayam prep tu pulak ayam yang sebelum ni. Aku masak atas dapur waktu malam. Lepas tu panaskan sekejab pagi tu. Kali ni telur rebus aku menjadi lepas pilih function yang betul. 😆
Alhamdulillah kenyang kami berdua makan menu breakfast ni. Sos roasted sesame tu pun dah tinggal sikit dah. Hanya tinggal untuk sekali makan je. Bila dah ada stock & bila RAJIN boleh la buat hari-hari. Kalau datang penyakit M tu...Nak pegi dapur pun aku malas. 😁
Korang sarapan apa tadi?


sedap nampak salad tu. kalau dekat boleh order semangkuk
ReplyDeletehahaha..nak sama ke nk telur rebus 2 biji aje sis..hahaha
DeleteMemang healthy ni 👍🏻
ReplyDeletePH terkena syndrome malas minggu ni, bekal Isnin je buat utk husband hihi...
Kdg2 sy pun ada syndrome mcm sis..hahaha
DeleteWarna warni la makanan ni. Cantik dan berkhasiat.
ReplyDeleteKan.itu yg buat brselera nk mkn tu =D
Deletesedapnyaaaa
ReplyDeletebetul tu =D
DeleteSihat betul...saya bila ntah nak mula balik...lama dah tggl...
ReplyDeleteKena seru tu sis.baru dia dtg semula =D
DeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteSelamat bersarapan
Terima kasih wak =D
Deleterasa seronok bila bawa bekal.. tapi, nak menyiapkan tu...berchenta betul
ReplyDeleteAgreed. Hahaha
DeleteLama tak buat sarapan sihat gini. Masa diet dulu2 rajin la.
ReplyDeleteSame here =)
DeleteBagus makanan sihat. Kena rajin sentiasa. Okay sangat tu potong siap-siap dan prepare apa yang patut waktu malam tu. Esoknya tinggal masak je. Tambah ayam tu lagi berselera makan. Kadang bosan juga makan telur je.
ReplyDeletebetul tu sis.Tp sy ni ikut mood.Hahaha
DeleteWah...sihat betul ni..biasa salad bowl macam ni akak makan tenghari...kena konsisten la kan Nieza..akak mcm ni la hari- hari...
ReplyDeleteSy buat mkn pagi sis.kenyang smp jam 2-3 ptg. Tp lps tu lapar..Betul tu.kena konsisten & Rajin.Hahaha
DeleteRajinnyaaa eat clean. Faa makan nak, buat malas 🤭
ReplyDeleteSame here...Hahaha
DeleteSalad begini biasanya saya buat kalau habis belanja barang2 dapur. Jadi beli, dan sampai rumah langsung dibuat. So masih fresh. Untung anak sulung suka, palingan adiknya saja yg langsung cemberut kalau saya dah masak salad. Tp dia mau tak mau hrs mau 🤣🤭
ReplyDeleteKalau anak2 saya memang paksa tak boleh pilih makanan. Kecuali makanan itu saya tak suka juga 😂
Sy buat ni time ada mood aje =D
Deletemenarik la menu ni, cuma nak kena rajin laaa
ReplyDeleteBetul sis.Kena rajin. Tp byknya M..hahaha
Delete