Showing posts with label Gadget. Show all posts
Showing posts with label Gadget. Show all posts

BELI UNTUK ANAK TAPI SI AYAH YANG TERUJA

As Salam
Hari tu Hata ada cerita nak belikn anak-anak radio antik. Hata cakap nak beli radio macam yang arwah abah aku pernah ada dekat kampung. Katanya senang & seronok je tengok. Sekarang radio macam ni dah murah dekat online shop. jadi Hata belikan 2 untuk Ammar & che mek. 
Inilah radio nya..Chargable, ada radio FM, boleh cucuk pendrive & slor untuk memory card.
Warna merah dipilihnya kome. 

Alhamdulillah radio ni berfungsi dengan baik. Malam tu dah test semua fungsi yang ada & sound pun jelas. Jadi boleh la lepas ni Ammar dengar radio or we will save some songs dalam pendrive sedia ada. Actually aku pun kan ada radio macam ni dekat ofis. Cuma dah lama tak pasang sejak-sejak ada earbud. Hata cakap dia nak beli yang baru untuk anak-anak. Yang sedia ada tu dia suruh aku simpan je dekat ofis.

Korang pernah ada radio macam ni?

GOOJODOQ EARBUD - J201

As Salam

Hari tu aku tertinggal earbud gara-gara tukar bag kerja. Asal bawak backpack sebab bawak motor. Bila pergi kerja dengan Hata bag kerja bertukar kepada bag yang lebih feminim sebab pergi kerja naik kereta. 

Maka satu hari telinga aku tak didendangkan dengan lagu kegemaran dan life aku dekat ofis hari tu terasa teramat la sunyi. Haaaaa..Gitew sekali cerita sedia dia kome. Jadi aku pun laju-laju masuk shopee dan cari backup untuk letak dekat ofis. Next time kalau tertinggal, idak la kesunyian lagi aku dekat meja.

Cari punya cari, akhirnya aku beli earbud jenama diatas. harga below RM20.00 aje kome. Memang idak la aku nak beli yang mahal-mahal sebab earbud ni hanya untuk back up dekat ofis je. Beli hari Isnin, hari Khamis dah sampai dekat ofis. AKu buat alamat ofis sebab takde niat nak bawak balik rumah. Risau nanti tertinggal dekat rumah pulak. 😆
Aku pilih warna kegemaran ku....PURPLE. 💜

Aku pilih warna purple sebab aku tak pernah ada earbud warna ini dan pilih jenis earbud begini sebab aku rasa selesa juga pakai jenis ini.So far pada aku bunyi dia best, senang sangat nak pairing dengan handphone aku. Dapat sekali dengan tali, USB Cable & free sticker. Lagipun aku guna level volume 2 paling rendah & sebelah telinga aku dalam ofis ni kome. kalau pakai dua-dua belah telinga. Mau bos aku jadi singa sebab aku duk dalam dunia aku sendiri je. 😆

Siapa macam aku sejenis lebih suka dengar lagu masa buat kerja. 

Pada aku kalau aku dengar lagu sambil buat kerja, mulut aku akan lebih banyak diam dari menyembang. Kan bagus macam tu? 😆

HIDUP KEMBALI

As Salam

Alhamdulillah hari Sabtu lepas charger jam yang baru dah sampai. Sampai petang tu terus la aku test sebab hati ni berdebar-debar sebab risau charger baru ni tak boleh nak charge jugak jam tu. Kalau tak boleh charge maksudnya jam la yang problem. Maka letak aje bag, terus la laju-laju bukak packging dan test...
Alhamdulillah..Dapat recharge semula. Charger baru ni lagi senang nak detect dari yang sebelum ni. Nak kena adjust-adjust baru detect.
Alhamdulillah dalam setengah jam gitu jam ni dah berjaya dicharge penuh 100%

Alhamdulillah dah selesai semuanya untuk hal charger jam. Tak perlu risau dah bila jam dah habis battery. Cumanya sekarang ni tunggu bill dari SpayLater aje la untuk bayar RM6.00. Aduhai...Mujur RM6 aje kome. Risau teman kalau banyak-banyak. 😆

Korang pernah guna SPayLater?

OOPSSSS!!! I DID IT AGAIN!!!

As Salam

Entah la..Dah beli yang lain, tetibe keluar pulak iklan yang lain yang lagi menarik. Kenapa la waktu nak beli yang sebelum ni tak keluar atau tak jumpa pulak yang ini??? Menyesal?? Ada la sikit. Tapi rasanya barang tu boleh diwarisi. Mujur la yang dibeli sebelum ni tak makan modal yang besar. Below RM20.00 je.😁
Kisahnya macam ni. Bila seorang Nieza tengok gadget yang lagi best dengan harga yang memang mampu milik,maka iman ni memang tergugat kome. Jenuh tepis tapi tetap jugak la nak grab peluang dan voucher yang diberikan waktu tu. Ini semua penangan SALE 6.6. Rege dari RM30.00-RM50.00 & ke atas terus jadi bawah RM30.00. Mau tak mengeletar jari aku ni nak tekan add to cart & check out terus.

Inilah gadget yang berjaya menggugat iman aku. Ya Allah..Seronok dia bukan kepalang sebab masa test memang senang betul nak connect. Lepas tu pencahayaan dia memang cantik. Magnetnya pun melekap dengan kuat. 😆
Sama-sama sebab bagi harga yang mampu dimiliki & berfungsi dengan baik. 😁
Inilah gadget terkini yang aku beli. 
Lagi advence dari gadget yang sebelum ni. Ini bukan selfie stick macam yang aku beli sebelum ni. Ini adalah shutter yang gantikan shutter dekat screen telefon. Aku kan memang suka benda-benda gini.😁
Ini yang diberikan dalam set yang aku beli.
Shutter , mirror , lighting , USB cable type C & ring magnetic.

Shutter guna battery bulat dan boleh ditanggalkan dari based tu, lighting adalah rechargable. Magnet ring pun dapat sekali. Warna silver dekat bulat shutter tu tempat letak lighting. Memang grip kuat. Cumanya aku kena pilih nak tampal ring untuk connect shutter dengan fon tu pada fon casing yang mana. Mujur la aku ada beberapa lagi stock casing fon. Jadi buat sementara waktu ni boleh la pilih mana-mana dulu. Connection antara shutter & fon macam biasa guna bluetooth. Senang sangat nak pairing & connect. Fungsi dekat shutter ada snap, zoom in, zoom out & tukar camera ke fungsi rear atau selfie. Lighting pun ada 3 mode warna.
Ini contoh gambar yang aku snap guna shutter & lighting.
No edited, no auto brightness. Memang terang benderang.

Kesimpulannya aku super suka dengan gadget yang terbaru ni. Lebih suka dari selfie stick yang sebelum ni. 😆. Hanya orang yang selalu atau pernah pegang DSLR je yang faham perasaan aku ni bile dapat shutter macam ni kome. Nak pegang DSLR rasanya macam tidak dah. DSLR yang sedia ada dekat rumah ni pun yang basic & dah lama tak dihidupkan. Nanti-nanti nak kena hidupkan dan bawak gi service jugak tu. Sayang. Nanti lain kali boleh guna kalau diperlukan.

Mujur la aku masih waras untuk tidak membeli telephoto extender kits untuk henfon yang baru ni. Kalau tak fikir panjang, memang menjeling la Hata tengok aku beli tu dekat official store VIVO. Dekat luar pun ada jual tapi rege dia lebih dari harga segram emas 916. Dekat 3 gram emas 916 jugak regenya kome.😆

Jangan marah ye. Udah kita suka, lepas tu dalam budget. Memang idak le teman lepaskan peluang ni. Apa pun aku SUKA!!!!!

SEMAKIN MENGHILANG

As Salam

Rasanya macam takde kaitan gambar nak apa yang aku nak cerita. Tapi amik jugak la gambar ni sebab nak cerita missing part. Keyboard mofii yang aku tengah pakai sekarang rumahnya dah 2 tahun usianya. Date aku share cerita tentang beli keyboard ni adalah pada 29 May 2024.

Bila kite guna setiap hari, makin lama makin hilang / pudar la warna dekat font dekat keyboard ni...Macam yang dalam gambar ni.
Udah hilang huruf A tu kome...

Dah mula nampak samar-samar je. Yang lain alhamdulillah masih nampak jelas lagi. Kalau yang lain ikut serta mungkin kena mula survey yang baru kot 😆. Korang tukar keyboard dalam keadaan keyboard tu macamana?

Aku dulu tukar keyboard sebab keypad dia tak best & bising waktu ditekan. Lepas tu font pun dah banyak yang start kabur / menghilang & aku nak keypad yang senyap. 😁

Masa keje dekat menara Citibank, hari-hari guna laptop. Dekat rumah pun guna laptop jugak. Keje sini, sebelum tukar ke keyboard Mofii ni aku hanya tukar-tukar je dengan keyboard ofis yang sedia ada. Buat masa ni takde lagi niat nak tukr keyboard baru sebab ada misi lain yang perlu aku fokus.

Korang tukar keyboard waktu bila & keadaannya macamana?

MINI TRIPOD SELFIE STICK

As Salam

Itulah aku cakap bahaya duduk rumah sorang-sorang tanpa buat kerja. Sebab tak boleh buat. Kalau buat tempat operation tu akan rasa sakit. Jadi memang kena duk diam-diam macam orang dalam pantang. Kadang-kadang datang rasa bosan jugak sebab TIDAK DIBENARKAN buat kerja hatta masak simple-simple or jemur kain. Memang manja betul kali ni kome 😆.

Pagi tadi cerita beli phone landyard, petang ni nak cerita beli benda lain pulak..Aku memang suka gadget-gadget gini. Walaupun dah ada dalam cart, tapi masih belum check out sebab nak tunggu harga yang aku rasa berbaloi untuk dibeli. Of cos la tunggu waktu flash SALE sebab waktu tu harga memang macam menjunam sekali dengan free shipping.

Tak ingat jam berapa aku check out. Take time jugak seller nak shipped out. Semalam courier message bagitahu tentang parcel untuk lanyard dah sampai. Tengahari tu sekali lagi courier guy yang sama update parcel tripod ni pulak sampai. Tapi dalam system hanya update dah sampai dekat Klang je. Takpelah..Janji selamat sampai order aku dan bukan kena scam.😁
Inlah bendanya kome...Dapat beli dengan harga RM11.30 with free shipping.
Boleh jadi tripod tapi tak tinggi macam yang lain. But still OK.
Grip phone dia lembut je tak keras macam tripod
 yang sedia ada dekat rumah ni.

Yang bestnya, tripod ni dia boleh jadi macam external shutter untuk phone camera...Letak tripod ni dekat hujung phone, connectkan dengan fon secara bluetooth then boleh snap gambar macam kita pegang DSLR.
Ini contoh yang aku amik dari shopee...
Macam ni pun boleh.


Maksudnya kalau nak selfie tu tak perlu jari kita ni gigih nak klik snap button dekat screen / selected button dekat fon. Dengan tripod ni kita boleh snap macam ni je. 😆. Aku superrrr like ye gadget ni. Ok..Kira berbaloi la beli...Kan? Tak membazirkan? 😁

Oh ya...Pagi tadi dalam LRT suasana agak tegang sikit bile selepas beberapa stesen dari stesen LRT Taman Melati, LRT ni brake mengejut masa dah nak sampai stesen berikutnya. Memang terhuyung hayang jugak la badan aku ni. Mujur aku memang sentiasa berpaut pada pemegang. Dekat stesen mana aku tak ingat. Staff Rapid masuk dalam LRT kami. Then tetibe dengar macam suara seorang perempuan bercakap dengan nada marah. 

Rupanya dia bercakap dengan staff Rapid. Tak dengar sangat dia cakap apa. Tapi yang aku dengar macam dia cakap " Setiap hari ada je problem". Lepas tu aku nampak staff Rapid tu berjalan menuju kearah aku untuk ke koc depan sekali.

Kali kedua jadi masa dah nak sampai stesen Dato Keramat. Ini impak dia lagi kuat dari yang 1st. Lepas tu dekat stesen Dato Keramat pintu tak bukak. Again badan aku terhuyung hayang menahan dari tersembam. Mujur la mamat tepi aku ni memang sentiasa bersedia. Aku pun kaki takde la kepit benor. Memang dalam keadaan berjaga-jaga jugak. Tapi kalau dah momentum brake mengejut tu lagi kuat dari jarak kaki aku, memang melayang jugak rasanya 😆.
Sampai dekat stesen Ampang Park tangan rasa pedih..Sekali tengok tapak tangan....Nohhhhhh...Merah merghe kata orghe kelate.

Hari ni sampai ofis jam 8.20 pagi. Sempat beli kuih 3 ketul then buat air dekat ofis. Hari ni aku bawak bekal ke ofis sebab ada nasi putih lebih dekat rumah yang masih elok. Aku reheat then bau masih OK. Jadi lepas kids pergi sekolah, aku cepat-cepat masak. Breakfast chicken wrapped untuk kids masih diteruskan. Alhamamdulillah.

Korang suka tak gadget-gadget gini?
Gadget vlog pun makin popular sekarang. 😆

PEWARIS VIVO X100 PRO

As Salam
Ini bukan cerita seram. Tapi ini cerita seram sejuk aku & Hata yang akhirnya ada win-win situation disitu.😁. Sambungan dari kisah telefon Ammar pagi tadi. Selepas mendapat persetujuan bersama aku & Hata, maka kami angkat phone baru. Bukan untuk Ammar tapi untuk aku.

Aku amik fon baru beserta dengan contract. Aku punya plan begini. Aku angkat fon baru, fon sekarang aku ingat nak bagi che mek & fon che mek Ammar amik. Tapi che mek cakap dia tak nak phone aku ni sebab camera belakangnya besar. Jadi aku bagi la fon aku yang sekarang ni dekat Ammar. Che mek kekal dengan fon lama. Sebab che mek tengah aim phone lain. Aku cakap guna la henfon yang sedia ada ni sampai rosak tak boleh dibaiki baru angkat phone baru. Jangan ikut trend / ikut kawan. Henfon yang che mek pakai ni pun harga boleh tahan jugak. Kualiti pun masih elok. kami tukar fon ni pun bukan suka-suka. Semuanya bersebab.

Aku buat macam ni sebab dah malas nak repair fon Ammar. Rasa macam membazir pulak repair sebab kita tahu barang tu tak ori. Jadi alang-alang tu aku upgrade la fon aku & fon yang aku pakai waktu tu, aku WARISkan kepada Ammar. Ammar pun dapat henfon baru & power. Harapnya Ammar dapat jaga henfon ni dengan baik. Screen masih original. Screen protector baru je ganti sebelum balik kampung hari tu. Memang condition henfon aku tu masih TIP TOP. Fon yang baru ni pun memang terikat dengan contract. Tak pe lah. Janji aku puas hati Ammar dapat fon yang boleh tampung game dia & screen LED fon tu masih yang original.

Apa fon yang aku angkat?
Aku amik handphone ni beserta dengan contract.
Jangan tanya harga, jangan google harganya sebab ia tidaklah semahal i-pong 17 pro max. Aku belum mampu untuk ke level itu. Ikut poket sendiri aje. Yang pasti harga lagi murah dari pasaran sebab ikat contract dengan Maxis.
Handphone ni ada 3 warna..
Dune Brown, Mist Blue & Phantom Black.
Dekat Maxis center ni ada warna Dune Brown & Phantom Black je. Jadi aku pilih warna Dune Brown. Saja nak tukar angin. Memang majority fon aku warna putih & cerah je. Kali ni kita amik warna ini pulak.

Tak banyak free gift yang aku dapat macam masa beli X100 pro dekat official store. Tapi aku OK je sebab free gift yang sebelum ini masih ada & masih elok. Dalam kotak tu aku dapat charger 120w, pin cucuk lubang simcard & casing getah warna sama dengan warna fon macam dalam gambar diatas. Aku rasa seronok tengok casing tu berbanding casing putih clear yang dulu-dulu tu. Cumanya casing ni tak cover area camera. Jadi misi mencari casing baru perlu digerakkan dengan segera untuk cover camera bahagian belakang fon.
Officer bagi aku free gift ini dari VIVO.
Officer suruh kami bukak free gift ni sebab risau free gift ni ada defect. Bila bukak aku tengok dapat ini. Nice jugak. Not too big & not so small. Tapi rasa sayang nak guna. Nanti la aku fikit nak letak dekat mana. Ini pin macam letak dekat lengan coat blazer & dada coat / tie.

Sini aku share kenapa aku pilih smartphone ini berbanding dengan smartphone brand lain. Alik kiri X100 Pro. Alik kanan X300 Pro.

Kali ni aku takde tanya sapa-sapa tentang detailing fon ni macam masa mula-mula aku nak grab X series dari brand VIVO. Dan sebenarnya aku dan Hata takde planning pun nak amik fon baru ni. Tapi dah alang-alang ada budget kita grab aje la. At least boleh bagi dekat Ammar fon yang mampu tampung game Ammar ni. Fon yang sebelum ni pun cukup mampu. Tapi bila dah hampir kali kedua tukar screen tu aku jadi trauma dengan barang electronic yang bukan original. Susah jugak nak cari authorized dealer fon Brand Honor ni. Aku pun malas nak cari. Jadi salution dia, ibu angkat fon baru. Ibu bagi Ammar smartphone ibu yang masih baru. Sebab umurnya baru nak masuk 2 tahun bulan September nanti.

Alhamdulillah masalah fon Ammar dah selesai. Seronok Ammar dapat pegang semula henfon selepas 3 hari hanya layan cerita dari Tab kakak (che mek). Kejadian terjadi malam raya kalau tak silap aku. Raya pertama & kedua mana ada kedai yang bukak & kami pun sibuk nak beraya. Lepas tu konon-kononnya nak try bagi battery handfon tu habis & try charge semula dengan harapan OK semula. Sekali hampa.

Fon baru ni aku setup sendiri. Transfer apps sendiri guna easy share dengan keyakinan sebab dah belajar explore selepas aku install & uninstall secara manual dekat X100 pro dulu. Guna easy share ni tak susah dan tak jugak terlalu mudah. Kena belajar & faham. Arrangement icon pun aku tak buat lagi. Kena tekun depan fon baru boleh arrange ikut keselesaan aku macam dekat fon sebelum ni. Nanti la free-free kita godek fon ni ye. Sebab aku rasa features camera dia lain sikit.

Apa pun rezeki raya buat aku & Ammar. Alhamdulillah 😁


Hari ni hari pertama bekerja selepas 10 hari cuti beraya. Nanti aku sambung cerita beraya dekat KB ye kome.

JALAN PENYELESAIAN FON AMMAR

As Salam

Hari tu kan aku ada cerita tentang fon Ammar? Jadi hari ini aku nak cerita. Tapi sebelum tu aku nak cerita yang lain sebelum sampai ke cerita henfon Ammar. Jam 7.30 pagi kak yang kol aku tanya sarapan apa pagi ni? Aku jawab tak tahu sebab memang tunggu kak yong. Aku tak tahu nak masak apa & tak tahu apa stock bahan mentah yang kak yong ada. Sekali kak yang cakap kalau pegi sarapan dekat luar, dia nak follow.

Maka aku pun rasa macam OK jugak idea tu. Jadi aku bagitahu kak yong & kak yong setuju untuk breakfast dekat luar. Sedang elok la aku pun memang nak keluar sebab nak settlekan hal lampu belakang kereta yang dah terpadam 1 alik kiri lepas tu nak settlekan hal telefon Ammar. Jadi jam 8.45 pagi kami gerak ke kedai mamak dekat Kampar. Waktu ni jugak kak cik ada mintak singgah rumah dia untuk amik kuih raya. Kak cik lupa nak bagi aku semalam. Aku ajak sekali kak cik datang breakfast. Kak cik join. Abang ipar aku 2 orang tak join sebab mereka nak settlekan hal kereta kak yang yang rosak malam raya dekat Lotus's seksyen 18, Ipoh.
Waktu ni kak yang naik kereta dengan ku. Kak yong bawak kereta dia sendiri.
Masa nak balik, kak yang tak nak follow aku sebab aku ada 2 perkara lagi nak settled. jadi kak yang follow kak yong balik. Anak sedara aku yang depan sekali ni je follow kami.

Lepas sarapan kami pun berpecah. Kak yong, kak yang & kak cik ke Econsave cari barang dapur. Aku pegi cari kedai repair fon Ammar. Kedai pertama tu belakang bangunan kedai mamak ni je. Tapi aku jadi tak puas hati sebab jawapan dia sangat tak meyakinkan aku. Bila tanya berapa kos dia jawab dalam RM150 to RM200. Bila boleh start buat? Dia jawab pukul 12.30 tengahari & siap lepas Zohor. Tapi dia masih tak boleh bagi harga sebenar sebab katanya system tengah hang. Waktu ni jam baru pukul 10.30 pagi.

Lepas aku pandang Hata & Hata pandang aku, guna isyarat mata je aku ajak Hata keluar dari kedai ni. Staff tu cakap screen harga RM150 takde brand & warranty 1 bulan je. Kalau amik yang RM180, ada brand sikit tapi warranty 2 bulan. Lepas tu staff tu ada cakap jugak. Kalau dah 2 kali ganti screen yang bukan original, memang tak jamin akan tahan lama. Dalam hati aku cakap. 

" Terima kasih dik sebab dah bagi kami solution."

Lepas tu kami cari lagi 1 kedai. Tulis dekat google kata bukak. Tapi kol tak jawab. Bila sampai depan kedai ada sign tulis TUTUP. Kebetulan pulak sebelah kedai repair fon tu ada bengkel kereta yang waktu tu takde customer lagi. Jadi aku terus ajak Hata tanya berapa kos nak tukar mentol lampu belakang kereta ni. Lepas dapat harga, terus la Hata bawak masuk kereta ni kedalam bengkel tu.
Mula-mula ingat alik kiri je yang takde. Rupanya lampu brake alik kanan pun takde. Jadi kami tukar 2 biji mentol dengan kos RM5 sebiji mentol. Pada aku murah giler sebab dekat KL mana nak dapat harga itu kome.
Sementara tunggu staff tukar lampu belakang, Hata pi tanya pulak tentang lampu depan. Nak bagi terang lagi sebab lampu sekarang macam masih terhad pancaran sinarannya. Jadi staff tu amik peluang explain mana jenis lampu & watt yang elok untuk kereta kami. Alih-alih Hata setuju untuk tukar lampu depan sekali. Staff ni kira bagus la sebab dia tolong adjust sekali level lampu tinggi & rendah sekali lagi lepas tukar lampu tu.

Pukul 12 tengahari baru siap setup lampu depan ni ye kome. Sementara tunggu setup lampu ni siap, aku pun bincang la dengan Hata tentang fon Ammar ni. Pening & rasa membazir jugak kalau setiap 4-6 bulan nak kena tukar screen baru. Padahal Ammar bukan guna fon ni setiap hari kecuali hari cuti. Itu pun masih kena control. Aku syak game yang Ammar main tu. Screen tak cukup power untuk tampung (maybe la). Motherboard power. Tapi screen tu yang tak cukup kuat sebab itu pun bukan screen original. Sudahnya aku ajak Hata pegi sini.
Ke Ipoh la kita kome. Perjalanan ikut highway amik masa dalam 50 minutes.
Nampak pantulan cahaya matahari dari kereta depan tu?
Memang waktu ni panas giler ye kome. Aku siap bawak kipas Goojoodoq aku tu untuk tambah rasa sejuk dalam kereta.
Aku & Hata sepakat untuk ke sini. Maxis Center sebab contract fon Ammar yang rosak tu dah lama habis. Masa angkat fon Ammar ni, Hata hanya perlu bayar sikit je as upfront payment. Contract 2 tahun. Jadi memang boleh angkat fon baru dengan contract yang baru. Part contract tu memang tak perlu risau sebab Hata memang pengguna setia Maxis sejak sebelum kami kahwin lagi. In Shaa Allah takde plan lagi nak tukar ke telco lain 😆

Lepas masuk dalam Maxis ni, Hata amik nombor giliran secara online & tak lama lepas tu nombor kami pun dipanggil. Tanya tentang device plan. Tanya tentang device apa yang boleh diangkat. Alhamdulillah proses angkat fon baru dengan contract baru ni senang dan lancar je. Fon apa yang aku angkat untuk Ammar? Nanti aku cerita dekat next entry ye kome. Apa pun kami dah dapat penyelesaiannya. Alhamdulillah.

LCD SAMSUNG GALAXY TAB A7 YANG BARU

As Salam
Semalam petang Hata bagitahu kedai repair dah kol bagitahu LCD yang diorder sudah sampai kedai. Jadi aku plan dengan Hata, sampai rumah, tunggu Ammar then aku akan trus booking grab untuk ke Wangsa Walk. Hata pun lambat jugak gerak dari Senawang sebab ada meeting before exit meeting pagi tadi.

Sampai Wangsa Walk, terus ke kedai & serahkan tab untuk proses tukar LCD. Sementara tunggu tab dibaiki, aku bawak kids dinner dekat Jollibee. Lepas tu kena "cukai" lagi dengan IIao IIao. Lepas selesaikan apa yang patut, terus la kami ke kedai repair tu semula. Tunggu tak sampai 5 minit staff kedai cakap dah siap. Dia explain apa yang do & don't tentang LCD baru ni. 

10 minit lepas tu Hata pun sampai dekat Wangsa Walk untuk amik kami dan hantar che mek ke kelas tuisyen. Menunggu la kami sejam dalam kereta sampai che mek habis kelas jam 9.15 malam.
Gigih try snap gambar dari dalam kereta sebab nak 
tengok apa yang software fon ni update. 
Aku baru update software lagi 😆
Staff kedai tu ada letak gam sikit keliling LCD yang baru ni. Sebab tu dia tampal masking tape tu. Aku tak boleh bukak lasking tape tu untuk 2 jam untuk bagi gam tu betul-betul kering & melekat elok.Warranty 1 month.
Alhamdulillah screen ni dah back to normal semula...
Lepas unlocked untuk beberapa ketika pun screen dah takde garis-garis macam yang sebelum ni.Staff kedai cakap LCD yang lama nampak macam ade kesan kena air. Tapi tak sure kena masa bila.

Alhamdulillah. Selesai dah hal tab che mek. Hari Isnin dah boleh bawak ke sekolah. Ini che mek dah galak la cari casing tab yang baru. Nak pen sekali pulak tu. Udah jenuh survey dekat shopeeah...Nanti la free-free kita tengok. Ammar pulak excited sebab dia cakap dia nak guna tab Lenovo tu pulak.

Esok kemana kome?
Doakan perjalanan kami esok dipermudahkan ye...Amin

KENA BAWAK GI KLINIK

As Salam

Bukan kami 4 beranak yang kena gi klinik....😁

Alhamdulillah Selasa malam Rabu lepas dinner aku & Hata bekerjasama mencari Samsung Galaxy Tab yang MISSED PLACED. Jenuh la Hata punggah semua storage box yang tak berlabel dalam bilik menjahit. Lepas tu Hata stop kejab. Aku pulak mencari dalam bilik Ammar..

Last-last jumpa dalam totebag tepi wardrobe bilik aku 😁. Aku pun tak percaya boleh jumpa dekat dalam bag tu. Tapi syukur la jumpa. Cuma memang WAJIB bawak ke klinik gadget untuk diperbaiki skrin dia. Masa mula-mula on OK.Tapi lama-lama skrin akan bertukar jadi macam ni..
Udah jadi gini kome..Ate manekeheynya tu???

So far semua pergerakan swipe & slide masih smooth. Che mek balik dari kelas tuisyen, aku terus bagitahu che mek sebab che mek kena hantar borang byods yang mana dalam borang tu kena declare student guna gadget apa untuk kerja sekolah. 

Masa pening-pening mencari tab ni, tetiba masuk message dari group sekolah che mek. Sekolah ada tawarkan bayaran ansuran untuk tab / laptop. Maksudnya parents pilih tab / laptop ikut model yang disukai. Lepas tu sekolah tolong belikan. Bayaran ansuran selama 12 bulan dan sekolah amik 10% charge dari harga gadget yang dipilih oleh parents. Aku tak amik plan ni sebab dah jumpa tab Samsung tu. Tapi kalau tak jumpa pun rasanya tak amik kot sebab aku risau dengan monthly commitment. Yang sedia ada ni pun mengah nak selesaikan 😆

Hari Rabu, Hata bawak tab ni ke ofis Senawang sebab katanya area ofis tu ade kedai baiki gadget. Hata survey harga dulu. Kedai tu charge RM350 sebab kena tukar screen terus. Aku cakap kita try pulak survey dekat dalam Wangsa Walk. Sampai rumah aku masak nasi goreng campak-campak untuk lapik perut Ammar & diri sendiri. Lepas tu goreng kunyit udang galah sebekas. Gambar lupa nak snap.

Lepas maghrib kami semua ke Wangsa Walk dengan harapan dapat harga murah sikit dari yang dekat Senawang tu. Alhamdulillah kami pegi ke satu kedai repair ni dia charge RM200 untuk tukar LCD screen tab ni cumanya kena order dulu. Lepas bayar deposit RM50 untuk order LCD tu kami pun pegi la makan sebab che mek cakap dia nak makan dubuyo. Aku tak tinggalkan tab ni. Risau ler. Baik la tunggu dia order, barang sampai then aku gi hantar sebab proses pasang dalam sejam je kata staff kedai repair tu.
Che mek & Ammar order set spicy tteokbokki ni... 
Aku share dengan Hata makan ayam spicy korea ni...
Sedap jugak kome. Dah lama tak makan..Rasanya last makan masa kami ke Sunway Putra Mall beberapa tahun lepas.
Hata yang kononnya tengah control diet. Makan side dish dari set anak-anak je. Tapi Hata cakap this time tiga-tiga dishes tu tak sedap. Macam dah lama. Jadi masa OTW nak balik sanggup pegi singgah roti boy tapau his fevret roti buttermilk.

Sampai rumah dah jam 9 lebih dah. Aku pun dah penat. Lepas selesaikan apa yang patut, aku serahkan urusan anak-anak pada Hata macam check tuala mandi Ammar dah jemur ke belum, bag sekolah dah kemas ke belum & so on. Aku bangun waktu dengar bunyi alarm jam 5.20 pagi je. Itu pun snooze sampai jam 5.40 pagi 😆

Malam ni nak kena kemas bag. Kemana kita cuti 4 hari ni? Nanti aku update.

Kome kemana? Ada yang dapat cuti sampai hari Selasa?

DAH ADA LAPTOP..DIA MINTAK TAB PULAK...

As Salam

Hari Jumaat che mek bagitahu yang dia dah kena start bawak TAB ke sekolah. Aku pulak dah start pening nak ingat semula dekat mana aku atau Hata letak TAB Samsung A7 yang dulu...Memang JAMMED otak mencari tetap jugak tak jumpa. Tapi yang Hata jumpa TAB Lenovo M10 yang kami beli hampir 5 tahun lepas. Tapi itu lah..Lupa letak passwordnya apa. 

Sudahnya semalam lepas Zohor kami ke Wangsa Walk area IT tu untuk cari tempat repair tab ni untuk format semula. Terpaksa la padam semua data yang ada dalam TAB tu. Tanya 3 kedai. Kedai ke-3 baru aku yakin yang teruskan operasi ni. Charge RM50. Lepas tu LUPA jugak guna email apa dalam TAB ni. Last-last recover dengan email aku. Mujur la dapat login semula.

Proses format & reset password amik masa 40 minit. Jadi sementara tu kami ke kedai makan nama SUKA HATI. Ini kali pertama kami masuk sini. Rege standard kopitiam. Ini menu-menu yang kami amik.
Menu Hata...
Kopi panas & roti kaya...
Hata cakap kopi dia pekat kome...
Menu Aku..Air aku amik kopi Ais - kaw kome.
Dried Pan Mee...Sedap jugak.
Ade lauk shitake mushroom dan dried cili sepiring kecik.
Mee kari pilihan Ammar...Not bad..Sedap jugak.
Dried wantan mee pilihan che mek...
Fried wanton tu sedap.

Lepas makan kami masuk Lotus's sebab Hata nak cari bahan untuk menu yang dia nak try masak. Kita layan aje. Janji cukup bahan & menjadi 😀. 20 minit lepas tu staff kedai kol bagitahu formating dah siap. Cuma kena login to gmail untuk mulakan access ke TAB ni. Bila dah selesai dekat kedai tu, kami pun terus la balik...
Alhamdulillah.Mujur la ada TAB Lenovo ni kome.
Kalau idak, pening jugak mana nak carik TAB untuk che mek bawak ke sekolah.
Memang mustahil la nak beli yang baru sebab yang sedia ada memang dah ada cuma tak ingat letak mana. Rasanya kalau tak jumpa yang LEnovo ni memang kena punggah semula la barang-barang dalam bilik menjahit tu 😆

Misi mencari TAB Samsung masih diteruskan sebab TAB lenovo ni untuk back up je. Doa-doakan kami jumpa semula TAB SAmsung tu ye. Tapi kalau jumpa pun masih kena bawak ke kedia untuk baik pulih screen & update software. Bila TAB Samsung tu berjaya dibaik pulih, TAB Lenovo tu akan digunakan dekat rumah untuk apa-apa yang perlu nanti. Mungkin untuk Ammar ke..Mane tahu kan?


Aku berjaya teruskan misi menjahit langsir. Nanti aku update sini ye.