As Salam
Hari Jumaat lepas Hata selamat sampai ke rumah dari Medan Gopeng, kami balik ke rumah baru sebab mane muat nak tido atas toto 4 beranak kome 😆...Malam tu kami clearkan bilik menjahit sebab nak bagi space barang esok dari rumah lama....Hari Sabtu dalam Jam 8.45 pagi anak-anak sedara 3 orang sampai rumah..Kak ipar bekalkan nasi lemak, nasi berlauk & satay nasi impit untuk sarapan. Jam 9.45 pagi aku, Hata & seorang anak sedara lelaki ke rumah lama sebab lorry sampai jam 10 pagi.
Inilah keadaan rumah aku hari Sabtu..
3 kipas angin yang kami tak perlukan lagi kami bagi pada budak lorry...
Hanya 1 je yang kami amik...
2 jam jugak proses angkut keluar dari rumah & susun dalam lorry ni kome...Ni dah nak menjahit huru hara rasanya sebab tak jumpa gunting & segala perkakas menjahit..Jadinya semalam waktu lunch hour, terpaksa la aku mencari gunting baru dekat mr.DIY Avenue K tu...
Jam 1 tengahari kami sampai ke rumah baru dan tunggu aje la budak-budak lorry selesai angkut barang-barang naik ke rumah..Sambil-sambil tu clearkan mana-mana space supaya ada ruang yang lebih...Sementara kami bertiga dekat rumah lama, anak-anak sedara aku yang perempuan 2 orang tolong che mek pasangkan almari solek che mek...Lepas tu pasangkan rak sangkut tuala aku...
Comey aje meja soleknya kome...
Meja solek aku je belum berpasang lagi...
Tunggu la lepas habis CF nanti 😁
Untuk makan tengahari kami beli fast food dari grab je sebab dah tak larat nak memasak atau pegi kedai...Dalam jam 3 petang jugak baru selesai angkat barang ke dalam rumah...Lepas selesai hal lorry, kami ber-5 sama-sama cuba pasang katil aku pulak...
Alhamdulillah...Sabtu malam ahad dah boleh tidur atas katil baru...
Katil ni aku beli dekat shopee...
Ada 3 drawer iaitu di kaki katil dan di kiri kanan body katil...
Nak pasang katil ni tak susah...
Cuma memang kena ada yang tolong baru cepat siap...
Alhamdulillah...Dah siap...
Aku letak katil ni ditengah-tengah bilik mengadap wardrobe...
Alik kanan katil ni kami letak karpet..
Alhamdulillah...
Masih ada ruang yang selesa untuk berjalan selepas letak katil secara menegak mengadap wardrobe...Tinggi katil ni selepas aku letak tilam ade la dalam satu tapak tangan selepas lutut...OK la kan..Vibe-vibe tinggi katil hotel gitewww 😆





8 comments:
Chaiyok...sikit lagi...boleh bayang kepenatan pindah rumah tu
Dah angkat barang semua kena recharge balik tu bagi badan fresh balik....lepas tu boleh sambung balik unpacking.
selamat mengemas....caiyok caiyok!!!
mesti tak sabar nak setelkan urusan mengemas tu! moga settle semuanya soon, chillax ok
alhamdulillah...seronoknya...
ada ank2 sedara tlg bantu ngemas ..sure tk sbr nk setel tu
Moga cepat settle la urusan pindah ni
SA : Byk lagi nk kena unboxing ni sis =D
Ezna : Betul tu sis..Rasa mcm nk gi spa je lps ni =D
MA : Thx sis =D
MZ : Betul tu sis..otak ni ligat fikir nak susun mcmane brng2 ni =D
Linda : Thx dear =D
Mama Tisya : Alhamdulillah mereka ada masa free nk dtg tlg..Thx sis =D
Cuya : Amin..thx dear =D
Post a Comment