Jul 3, 2026

RAMEN LOVERS

As Salam

Hari tu masa scroll dekat shopee, aku ternampak offer ni. Beli 4 packet RM83.78. Terus grab sebab jarang sekali dapat harga below RM21.00 per pack. Tak lama pun tunggu order ni sampai. Around 3 days je. Bila dah sampai tengok expiry date February 2027. Ok la tu. Rasanya macam tak sempat cecah bulan January 2027 semua ni dah selesai dimakan. 😆

Aku amik 2 flavor ni sebab yang carbonara is kids fevret walaupun aku hanya bagi makan seminggu sekali. Samyang cheese tu adalah fevret Hata. Pun jarang-jarang makan. Cuma sekali makan memang kami akan masak sampai 4 packet sekaligus. Makan pulak dengan jeruk lobak putih tu. Memang ngam. 😁

Sejak ada ramen kami dah jarang makan maggi. Kalau ada pun maggi kari. Kadang-kadang masak maggi goreng untuk breakfast on weekend. Tak pun masak indomee atau aku buat lempeng then masak sardin or kari sardin untuk cicah.

Korang suka ramen samyang yang mana?

10 comments:

Suria Amanda said...

Ramen samyang yg chicken flavour tu...yg mula2 viral tu..tap sumpah akak x tahan pedasnya...maggi pedas giler tu pun akak x boleh tahan inikan pulak samyang

Abam Kie said...

anak2 sy hantu ramen tp sy x makan benda ni....

adnil linda said...

Tak pernah makan pula..hihi..

Eyma Balkish said...

Lama sudah tak makan samyang. Minta pada adik sahaja bila dia makan :)

ejulz said...

menarik ni.. mesti sedap..

Roziah @ Cie said...

Anak2 ni suka sangat ramen. Kalau nak masak sendiri dorg beli yang cup tu je.

Puan Hazel said...

Anak² PH suka yg pink tu. Akk tumpang2 rasa je :)

mama tisya said...

suka yg carbonara tu...ankdara kt umh ni mmg ada je la stocknya...dlu2 xleh mkn 1 bungkus..try sesudu dua je yg anak buat...skarang dh bole mkn 1 bungkus hehe tp jrg2 sgt la maknya mkn

Mama Zharfan said...

my boys suka ramen..kalau beli, biasanya yg pack pink tu

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Samaaaaaa saya juga sukaaa Samyang yg pink dan kuning ini kak. Tp saya beli juga yg extra spicy , yg warna merah tuh. Itu kalau sedang teringin yg pedas lah. Yg pink dan kuning ini kan tak terlalu pedas soalnya. Tp anak saya yg sulung suka sangat pink. Siap campur susu kalau masak, supaya lebih creamy 🤣