Lepas buat POORI, harus la kena ade massala kentang-nya kan?Baru lah "IN"..Huhu..Gigih jgk aku meng-google resepi..Tarima kasih pada yg share...Sini aku share resepi tu...
Massala Kentang
Bahan-Bahan :
1. 4 biji kentang sederhana besar dipotong 8
2. 1/2 biji carrot dipotong dadu kasar
3. 1/2 inci halia
4. 2 ulas bawang putih
5. 1 biji bawang holland di hiris
6. 1 biji cili hijau dihiris
7. 1 sudu biji sawi
8. 1/2 sudu kecik serbuk kunyit
9. Gula, garam & serbuk perasa
10. Minyak utk menumis.
Cara Masak :
1. Rebus kentang & carrot hingga empuk & tos kan.
2. Tumbuk hingga lumat bawang putih & halia.
3. Panaskan minyak, dan goreng bawang holland & bawang putih + halia yg dh ditumbuk hingga kekuningan sikit.
4. Masukkan kentang, carrot, serbuk kunyit, biji sawi dan cili hijau gaul hingga sebati
5. Masukkan air sikit utk jadikan kuah sikit.
6. Masukkan gula, garam & serbuk perasa secukupnya..
7. Dah nampak pekat & rase dh kena dgn tekak, bolehla tutup api & dihidangkan utk dimakan sama poori...SIAP...
Masuk aje semuanya...huhu
Sungguh enak dmakan dengan poori...Huhu
Senang aje kan?
Kalo rajin mmg macam2 menu boleh masak utk mempelbagaikan menu sarapan..Haha
Baru skrg rajinnya wehhhhh..Sebelum2 ni penyegan sikit....Haha
Ape2 pun selamat mencuba semua...
Semua bahan simple2 je...huhu
End
4 Comments:
sdap ni..blh cuba..:)
sedapnya! tambah tambah kalau makan time petang hujan hujan hahaha
Kak Normi : Cuti panjang nnt boleh la try....Huhu
Shafyqah : Adehhhh...Kalo mkn time tu mmg layan..Haha
Done follow..
tak pernah masak...
sedapnya,nnt nak try
Post a Comment