Showing posts with label SPRING CLEANING. Show all posts
Showing posts with label SPRING CLEANING. Show all posts

SPRING CLEANING SELEPAS SETAHUN

As Salam

Hari Sabtu lepas, Hata handle mengemas bilik menjahit. Aku settlekan bilik tidur kami. Aku vaccum 1 bilik termasuklah bawah katil. Tarik keluar drawer kiri kanan & dikaki katil. Vaccum bawah katil tu. Lepas tu aku bersihkan jugak lorong sliding door tu. Sampai ke dinding bilik yang tercapai dek vaccum pun aku suruh vaccum sedut. Hasilnya aku puas hati. Berpeluh macam buat zumba sebab aku tak on kipas. Hanya bukak sikit sliding door & bukak stand fan speed no.1.

Hari Sabtu, Hata berjaya mengosongkan 6 storage boxes. Ya Allah. Apa yang kami bawak balik dari rumah lama? Jawapannya adalah...Costume lama-lama. Ada yang kami lupuskan. Lepas tu ada jugak hasil fizikal kerja design Hata yang 11 tahun lepas pun kami hapuskan. Cukup-cukuplah simpan hasil kerja design Hata tu. Dah boleh jadi kenangan dalam hati dah ni. Tak perlu fizikal item dah.

Hari Ahad Hata berjaya kosongkan lagi 3 storage boxes. Yang ni batch barang entah apa-apa dah Hata cakap tak penuh pun setiap storage box tu. Mana-mana yang boleh disatukan, Hata satukan. Hari Isnin Hata dapat WFA. Lagi 3 storage boxes berjaya dikosongkan. Ini pulak batch bag-bag yang dah rosak tapi kami simpan sebab planning nak bawak kedai gi repair. Tapi tak pegi sampai ke sudah. Sudahnya aku & Hata pilih untuk ketepikan dulu untuk fkir kali kedua sebelum amik keputusan nak teruskan niat untuk repair atau hapuskan.
Inilah situasi bilik menjahit aku hari Ahad hari tu..
Ada costume yang kami hapuskan sebab memang dah tak guna dah..
Ada costume yang aku kena repair sebab dah rosak pulak.
Ada barang lama yang kami simpan sebab SAYANG tapi tak guna.
Aku suruh Hata buang aje la.
Inilah storage box yang berjaya dikosongkan tu..
Kami ada 4 biji meja ni.

Awal dulu beli sebab aku nak buat tempat aku letak mesin jahit & tempat memotong kain. Lepas tu aku beralih ke meja banquet yang lebar sikit. Ada meja sendiri untuk mesin jahit tepi. Lepas tu digunakan untuk letak dapur memasak masa dekat rumah lama. Lapik dengan tikar getah & ada yang dijadikan meja study che mek.

Bila dah pindah. Terus meja-meja ni kami tak gunakan sebab dah ada build in kitchen stove, bilik anak-anak ada meja & Ammar buat keje sekolah dekat dining table. Kelmarin Hata offer meja ni pada anak sedara yang dekat Kajang. Alhamdulillah mereka berminat nak amik. Jadi tunggu mereka datang amik aje la. Dapat clearkan lagi bilik tu.
Aku dan Hata nak sedekahkan je katil ni pada sesiapa yang berminat. 
Semua complete kecuali kain net keliling katil atas tu.
Aku bagi jugak 4 pcs papan playwood yang dah siap wrapped untuk lapik dekat atas katil ni sebe;um letak tilam. Sebab jarak palang lantai katil ni jauh sikit. 
Tapi ada jaring.

Cuma kena self-collect bawak kenderaan sendiri yang sesuai untuk bawak balik katil ni. Ini sebab anak-anak dah ada katil sendiri. Aku tak nak letak katil ni dalam bilik menjahit sebab rasa semak. Kalau ada yang nak, bagitahu aku cepat-cepat ye. Aku nak sedekah aje ni as long as korang ade transport untuk amik. So far katil ni masih kukuh sebab waktu guna katil ni. Anak-anak semua masih kecil. Ammar waktu tu baru umur 10 tahun. Che mek baru form 3. Katil ni pun baru dalam 3-4 tahun je dibeli.

Seronok rasanya dapat clearkan lagi storage box yang ada. Ini aku ada nampak storage box yang berlabel "barang menjahit". Aku plan time cuti hujung minggu ni nak jenguk la storage box tu. Ntah barang apa yang aku sumbat dalam tu masa nak pindah hari tu. Biar ada depan mata dari masuk dalam storage box sampai lupa nak guna.

Korang bila last buat spring cleaning dekat rumah tu?

KEEP OR THROW

As Salam

Hari tu masa sesi mengemas a.k.a CLEARANCE, mula la aku jumpa saknika benda yang aku simpan sebab SAYANG. Tapi tak pernah berusik jadi lama-lama menjadi SAMPAH. Jadi aku pun terfikir..KEEP or THROW aje benda-benda ni...
Kotak ni...

Menjadi persoalan di kepala aku nak simpan atau buang aje..Barangnya pun dah letak dekat badan. Jadi kenapa nak disimpan kotaknya walaupun cantik??? Jadi aku buat keputusan untuk BUANG aje la kotak-kotak ni. Dah beberapa kotak jugak yang aku buang..Sesetengah paperbag dan bekas cincin yang transparent cover atas dari kedai-kedai bling-bling ni pun aku buang selepas aku check satu-satu. Simpan resit & tanda berat satu-satu barang yang aku beli. 

Sekarang semua yang rasa tak perlu memang aku buang aje kome. Dah malas nak fikir tempat penyimpanan barang-barang ni. NEKAD 2026 ni aku tak mo simpan barang-barang yang tak perlu. Kecuali lanyard & tag masuk competition 😆

Korang pulak macamana? Simpan ke kotak-kotak & paperbag dari kedai bling-bling yang korang pegi?

Sekarang aku tengah tunggu kehadiran cucu sedara yang dari minggu lepas cakap dengan Tok Chik dia a.k.a Hata nak mandi kolam 😆...

BREAKFAST : DAGING BURGER WRAPPED

As Salam

Hari Sabtu lepas sarapan pagi kami adalah seperti tajuK diatas...Hata & Ammar suka sangat dengan menu diatas sebab katanya sangat mengenyangkan. Jadi gigih lah si Hata buatkan untuk his little hero ni...Aku join jugak makan sekali. Tapi masa Hata masak, aku buat kerja lain...😁
Kegigihan seorang Hata 😁
Susun pun gigih jugak 😁
Sedia untuk dimakan...

Lepas tu aku & Hata start la unboxing barang-barang dari rumah lama yang masih belum diusik. Kami kemas area rak kasut dekat balkoni, lepas tu barang-barang berlabel "barang dari dapur", "barang dari rak ayah" , "barang cosplay", "barang menjahit" , "kain"..Dan beberapa yang lain. ADA JUGAK YANG DIBUANG, dan akan diletakkan di tempat recycle.Hasil unboxing kotak..Pintu rumah jadi gini...
Penuh ye kome...
Ini sebelum Hata jadikan kotak ni sekeping-sekeping.

Bila sampai masa rasa dah penat, baru kami lipat kotak-kotak ni dan wrapped. Lepas tu bawak ke roro dekat bawah. Bilik menjahit pun kami dah restructure semula dengan susunan dan labeling yang lebih senang nak dibawak keluar jika diperlukan. Tapi katil double decker IKEA anak-anak tak dapat dipasang sebab kalau pasang bilik menjahit aku akan jadi sempat sebab dekat katil tu tak boleh nak letak apa.

Jadi aku & Hata decided untuk let go katil tu. Cuma belum advertise aje lagi. Ada sesiapa nak? Tapi kena datang amik sendiri guna 4 by 4. Sebab MPV tak muat.😁..Katil tu elok sangat lagi cuma jaring keliling je takde.
Contoh katil IKEA yang aku beli...

In Shaa Allah, sikit aje lagi nak selesai unboxing kotak-kotak ni...Dah selesai nanti kita susun elok-elok supaya senang nak capai. 😆